Dalam blog tak payah cakap la. Bersepah orang pakai 'dowh' ni.
"Mana boleh 'dowh'..."
"Kau kat mana 'dowh'?"
"'Dowh', jom makan..."
Banyak lagi sebenarnya yang aku mahu senaraikan. Tapi cukuplah setakat itu. Aku tidak tahu dari mana asalnya 'dowh' ini. Dan aku selalu beranggapan bahawa ia berasal dari perkataan bo'dowh'(bodoh). Tidak tahu betul ataupun tidak.
Post ini terinspirasi daripada SMS yang aku terima dari seorang rakan. "Aku kat KL, 'dowh'". Aku terus reply, "Jangan guna 'dowh' dengan aku. Aku tak suka. ;)" Dia terus call dan minta maaf.
Kamu tahu ia dari mana? Perkataan ini kerap kali aku dengar dari mulut2 remaja or orang yang perasan dia masih remaja. Kawan2 adik aku selalu juga sebut. Entahlah. Padaku, aku tidak gemar mendengar, apatah lagi mengucapkannya. Aku rasa perkataan ini adalah perkataan kegemaran mat2 rempit. Jadi sekiranya diucapkan oleh orang yang berpangkat, mungkin aku akan hilang hormat padanya. Maaf kalau kamu salah seorang dari mereka.
Mungkin yang mengucapkan perkataan ini terasa mereka sangat hip or mungkin rasa mereka mengikut trend. Percayalah, banyak lagi trend berfaedah yang kamu boleh ikut daripada menggunakan kata ganti itu kepada rakan kamu.
p/s: Aku harap tiada yang menggunakan 'dowh' di sini. Thanks. ;)




