Apa yang Cahaya tulis kali ini bukanlah pasal lagu ini, mahupun kumpulah MUH itu. Tapi kenangan sewaktu mula² dengar lagu ini berkumandang di radio. Mula² dengar, menyampah je. Ops! Yelah, cara nyanyian yang tak biasa kan? Dan sebutan 'mu' di hujung itu seakan 'miu'.
Cahaya dah di'haunted' lagu ini selepas pertama kali mendengar. Dan seingat Cahaya, bulan puasa time tu. So setiap kali bangun sahur, Cahaya akan masak dan menyanyi lagu ini. Terus satu rumah bangun sebab sangat dengki akan sebutan 'miu' Cahaya yang melebihi MUH sendiri. Haha. Padan muka korang.
Cahaya kejut semua orang selama sebulan dengan lagu itu. Walaupun diorang dah bangun. Haha. Macam dah kena 'possessed' je. Haha. Dan Adik Cahaya selalu jerit, "Diamlah, orang tak nak makan. Orang tak nak bangun." Haha. :)
Ada sekali waktu MUH datang ke Tronoh untuk Konsert Hotlink. Penyanyi utama itu menari tak hengat sampai terbelit mic, shades jatuh dan pecah. Pastu dia baling kat audience. Masa time tu, dalam hati cakap. "Apehal la dia ni gelabah sangat!" Haha. Style masing² kan. Itulah namanya artis (art gitu kan?) Setiap gerak geri adalah seni. Dan itu mungkin cara dia 'layan' time tu. :) Wallahualam.
Cahaya ni pelik kot. Setiap kali Cahaya benci sesuatu lagu atau movie. Lagi kuat ingatan terhadap lirik dan jalan ceritanya. Kenapa eh?
Lama² dengar, sedap la pulak lagu itu. Setiap kali berkumandang di radio sehingga sekarang ini, Cahaya akan menjerit² sakan dalam kereta menyanyi sambil 'exagerate' lebih part 'miu' tu. Yelah, Cahaya punya radio dalam kereta je. Hehe.
Lepas 'Lagu Untukmu', lagu 'Pari² di Bawah Angin' pun sangat layan. Dan Cahaya 'looking forward' untuk lagu² lain dari MUH. Anda tidak membosankan Cahaya. At least Cahaya akan ada lagu untuk menyanyi musim bulan puasa akan datang. Hehe.
Gambar dari guaMuzik
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua
29 comments:
cahaya
same ngan ween lah
lg benci lg lah lagu tue yg kerap bermain2 di bibir
:D
me tak tengok ajl one uoolsss.. uhuhu
^arween^,
haha. tu lah kan? kenapa? karma kot. Lagi benci. Lagilah terngiang2 di telinga. haha. :)
p/s: dulu waktu sekolah, lagu Rahmat pun Cahaya ingat. Sakit betul hati. Dah la mendayu2.
----------------------------------------------
en_me,
i pun tak tengok. keje la en_me. haha. dengar dlm radio je. :)
tapi en_me layan Oscar or MTV Music Award je kan? So class yer. :)
My opinion, Faizal Tahir or Estranged should win this competition. Base on performance, yes, MUH deserve to win but for the songs and lyrics,obviously goes to FT and Estranged. Just my 2 cents.
skullsplitter
saya bukan peminat Faizal Tahir..tapi persembahan dier mmg kaw. satu je yang saya suka pasal dia...sbb nya kalau dier wat persembahan, dier akan bagi 101% kan.
Kenapa skrg ni abah tak minat nak tgk AJL? Dah tua agaknya. Dan semua lagu2 yg masuk bertanding bukan lagu2 yg abah boleh layan, except few. Aduihhh, memang sah dah tua. Era juara lagu cuma tinggal kenangan saja lah. Pass kat orang2 muda lak layan AJL.
skully,
It was a song competition with real judges. And maybe this year judges lebih berminat pada something yang luar dari 'biasa'. Kot! Haha.
p/s: means FT tak layak ke dpt persembahan terbaik tu?
-----------------------------------------------
mummySyafie,
Yep. FT bila bertanding tu, semangat dia semacam. Kan? Like really into it, gitu. :)
AbahMuiz,
AJL takde era kot. Samada dulu atau sekarang ternyata kita boleh lihat peredaran muzik negara semakin baik. Atau kadangkala tu mcm di takuk lama.
Ada jugak sajian lama yang tak nak berubah2. Rakyat Malaysia dah jelek dengan 'biasa'. Time for change, maybe!
i agree.. it is time to change.... takleh berada di takuk lame....
Dakjaat,
Biasalah. Manusia sangat compulsive. Dan keluar dari kebiasaan itu sangat weird.
Yang lama bukanlah usang, buruk atau dah tak best. Tapi beri peluang yang baru mencipta nama, dan ternyata bakat mereka juga gah bersama yang lama. :)
Dulu, waktu ziana zain buat album, dalam satu temubual, dia pernah cakap, yang dia nak up-to-date. Dan ternyata lagu Dingin, tak macam lagu2 dia yang dulu. Masih kekalkan kekuatan vokal dan up-to-date. Masa dia buat album ni, kalau tak silap, masa lagu Langit ke-7 naik, dan beberapa lagu balade yg lain.
Best buka radio skang ni, layan je semua lagu. Peneman Cahaya pegi keje. Except of bercakap2 dan iklan yang lagi lama dari lagu. Huhu.
Saya tak tengok AJL dan apa2 saja berkaitan musik kat tv.Ntah padahal minat menyanyi sgt mendalam siap belajar kod togeh. Mgkn faktor usia kot. Anyway tahniahlah untuk mereka.
ps:1992 my band perform kat Sungai Petani, kena baling ngan telur huhuhu..la ni dah berkubur
Tu lah Haritz. Biasanya perempuan yang suka tgk anugerah2 ni. Cahaya sker tgk event LIVE. bukan nak tempel muka kasi glemer. Tapi, sker tgk kamera tu pan-in and -out. Teruja u!
Dulu waktu belajar, pernah satu semester amik course buat video clip. Best, meriah! Tapi dah takde dah Video tu. PC dah kena rembat. Huhu.
p/s: Cahaya dulu waktu sekolah selalu nyanyi² dengan kawan2 kat sekolah. Masuk nasyid, masuk dikir, siap nyanyi lagu All 4 One lagi. Last sekali show, dengan grup lain, waktu kat TI, nyanyi lagu All My Life - KCI and Jojo. Sampai skang minat lagu tu. :)
masa mula2 dengar lagu ni satu je dalam hati... "tiru mat salleh nye rythm lagik!"
hehe i don't know any song pun dalam AJL. tapi dah 1 family layan, i ikut je la. my mom semua genre dengar dan tak kira bahasa lol.
sekarang mood mandarin! huang hun :P
Tak sangka lak lagu tu menang.. Muzik indie ek..hmm tah camana muzik tu pun ad tatau..Apa2 pun oklaa lirik dia..
Tak tahan tak tahan tak tahan..hehe..
cahaya cuba try halusinasi
faisal Admar,
btol! melodi dan rhythm selalu ada dlm band2 rocks yang sedia ada di pasaran. dan kat Malaysia, blom ade lagi kot. Kalau ada pun mereka blom tonjolkan diri. Hehe.
Waktu i tgk kat ofis ari tu. dengan 2 colleagues indian. Pastu, i kena explain A to Z kat diorang. But, diorang seems to enjoy it. Best kan?
Muzik apa2 bahasa pun best kalau melodinya cantik. :)
-------------------------------------------
AdRifza,
Tak tahulah kenapa diorang panggil indie - ada orang cakap Independent. Tapi sama je cam musik rock yang International.
Yang penting, kali ni lain dari yang lain.
p/s: layan Kate Perry - Hot N Cold skang ni. You!
riena.yumi,
best eh Halusinasi? Nak cari nanti. So far, 2 lagu yang disebut dlm post ini tak mengecewakan. Best! Haunted gitu.
haahhaha..
catz kan..baru tgk 1.5 lagu dah ZZzzzzzzz..tau2 je terbangun tgh berita kul 12.30..hahhahaha
haha Catz. 1.5 lagu? Ada ke macam tu. Termasuk persembahan pembukaan ke idak? Haha.
Takpe, janji Catz up-to-date! Tgk berita kan? Haha.
perghh!!meremang bulu tengkuk masa dengar mamat lan tu nyanyi lagu ni malam tu.dia memang layak menang.huhu
Lan ke nama dia? Tatau la plak. Huhu. Cahaya dengar dlm radio sebab otw nak balik rumah dari office. Me'layan' Cahaya sorang² dalam kereta.
Waktu dia announce pemenang pun dlm kereta gak. Tapi dah parking kat umah, adik Cahaya cakap jiran2 komplen sebab ada kaki melalak baru ganti jiran belakang umah Cahaya. Haha.
Layak eh? Ada orang lain cakap x layak. Tapi ape pun, keputusan dah muktamah. Underdog dah dipandang skang ni. Kalau tak, balik2 muka itu je.
benci saya!!! hate me..plzzzzzz... :)
hate u? apesal plak? confiusnya. salah blog ke ni?
maksud tepak sireh tu kalau benci dia nanti Cahaya akan inggat sangat sangat la kat dia..hehe
kniedaz suka lagu pari2 di bawah angin...
samala mula2 tak minat sangat lagu untukmu tu..macam terjerit2 je..tapi betulla berhantu sebab mula2 tak mau dgr tapi lama2 mesti nak nyanyi sama...hehehe....
axim,
1st, Cahaya tak paham. 2nd, Cahaya still tak faham.
-------------------------------------------------
kNiedaz,
best kan pari2 dibawah angin? Catchy je. Dan mendayu part 'haaaaaati, ku percayakan mu' hehe.
kan dah cakap, berhantu. hehe. :)
p/s: jgn biarkan diri anda diselubungi hantu. huhu.
lagu ni since drama KAMI yang first2 kuar dulu lagi aku dah start minat.. best kan diorang ni.. huhuhu.. baru2 ni ade grup nama bunkface.. best jugak yo! hohoh..
yonna pon mcm akak.
bila dah benci satu2 lagu tu,
semakin hafal lak lirik! hahaha
dah lama sikit baru suka :p
landaklaut,
bunkface pun okay gak. but, bunyi2 dia lebih kurang Nitrus je. I want something fresh!
--------------------------------------------------------
yonna,
kan? itulah, camne la nak ilang. Semakin tak nak nyanyi, sekeping2 lirik tu kita ingat. siap lenggok lagi. Hehe.
Post a Comment