Tuesday, October 6, 2009

Jika begini, aku tidak mahu jadi kaya.

Sejak beberapa minggu yang lalu, aku sering terima SMS dan wall post (Facebook) yang minta aku ubah nasib aku dengan menjoin diorang. Diorang itu ialah kawan2 baru yang aku kenal semasa audition 'The Biggest Loser Asia', Ogos lalu.

Cerita punya cerita, mereka set date, dan aku pun pergilah. Kata mereka, dengar dulu. Kalau tidak berminat, aku boleh pergi.

Bak kata mereka lagi, "Sakinah join pun saya takkan jadi kaya, Sakinah tak join pun saya takkan jatuh miskin."

Sampai di sana, mereka suruh aku dengar talk. Bunyinya berbaur MLM. Tapi mereka tidak cerita produk. Mereka cerita 'kedai'. Istilah mereka barangkali. Terus terang aku katakan aku tidak suka berbisnes yang tidak nampak di mata. Mereka kemudiannya minta aku laburkan sejumlah wang dan cari orang untuk buat pelaburan yang sama. Wang pelaburan itu kononnya seperti membeli barangan untuk kegunaan sendiri. Kegunaan sendiri? Sudah lama aku tidak bershopping untuk diri sendiri. Jadi, aku cakap terus terang. Aku tidak mahu join. Aku tiada wang.

"Kereta besar, rumah besar. Takkan takde duit."

Selepas perjumpaan malam itu, makin banyak SMS dan wall post yang aku terima. Berbaur ugutan pun ada. Yang kononnya aku ini tidak kenal dek untung dan membazir peluang di depan mata. Banyak yang aku delete sebab semakkan biji mata aku saja melihatnya. Hati aku pun sedikit tercalar.

Kalau ada pun aku simpan, ayat quote dari orang2 berjaya. Seperti yang di bawah ini. ;)


Dan ada juga yang kurang best macam yang ini. Bukti untuk aku report polis bila sudah tidak tahan diharass nanti. Buat masa ini aku masih mampu.

23 comments:

Faisal Admar said...

Say fuck off to them.

Take me as example... my RM7.2k gone in a blink with that fucking worm fertilizer shitty business!!!

CAHAYA said...

Faisal Admar,

How I wish. My plan, not to answer any SMS or wall posts from them. They will go away, insyaALLAH. But they did hurt me.

Woa, that was a lot of money, man. Next time, don't invest something that you did not see in your own bare eyes.

aRaBeLLa said...

teruk ar diorang ni..bile kite tak join mule le dia kate kite memacam..sy pon pernha kena..memula kawan la dok suruh dtg konon nak tgk kedai dia,sekali kena dengar talk diorang pulak..ampes jer!

mangosteenskin said...

waaa...macam si taik-taik saja diorang tu ya!

i agree with you, baik diam2 je ... diorang akan give up sendiri. My sister in-law and mom in-law also asked me to join such business. i can see they doing very well, but i know it's just not for me.

Dj Epoi said...

Siut & Skema giler jer ayat siut!!!
Bikin hati tambah BINAWE jer bila baca....

Kot yer ponk dik.....banyak lagi cara untuk berjaya.....

Satu yg Gua perasan! diaoarang dah ada skrip berangkai untuk menarik perhatian skank nih....

Bukan Gua tak sokong ...! tapi biarlah berpada2 untuk menarik minat hati orang...

Tapi Gua suker baca IDEA2 dan pandangan orang yg berjaya dalam MLM dari buku2 diaorang untuk kegunaan harian Gua. Banyak yang menarik! tentang background diaorang sebelum berjaya...

Pikir2an heheheheheheh

Jemput datang rumah Gua Dik Cahaya....

haritz said...

Hidup bukan kerana harta semata2. Siapa nak kaya silakan tp bukan saya

HEMY said...

diorg ni kadang desperate sgt smpi taksub...bila kita tak minat mula la lekeh2 kan kita...kalau ada apa2 yg ragu leh tnya I..leh kata sume MLM i paham cara operasi

zaiMi said...

xpaham dengan org MLM ni.. mula2 ckp dengar je.. xnk join pn xpe.. tp ble dh dgr & xnk join die mrh plak.. pehal? kemaruk sgt nk duit org ke? prangai cmtu jgn hrp la nk jadi kaya..

CAHAYA said...

arabella,

itu la pasal. tengok kedai la, tengok business la. lepas tu, dia suruh kita dengar ceramah pulak. isk isk. serik2.

--------------------------------------------------

mangosteenskin,

yep. sangat tahi!

Yeah, that's the thing. I can see did very well. But I can't see myself doing the same thing. It just not me. And I rasa macam ada tipu orang juga kot business ni, menindas orang bawahan. :(

CAHAYA said...

DJ Epoi,

Itulah. Kalau setakat quote2 tu saya suka. Sebab macam sumber inspirasi pula la kan? Tapi yang mereka buat itu mesej2 berantai. Yang sama dan kadang2 tu mereka sendiri pun tak sempat nak baca sblm forward pada orang lain.

InsyaALLAH, kalau tiada aral, sampailah Cahaya ke teratak Bro yer. ;)

CAHAYA said...

haritz,

Semua mahu kaya. Yang pasti, cara kena betul. Dan mestilah halal. Mereka suka suki meletakkan cara mereka halal, sedangkan ada juga yang ditindas dalam bisnes mereka ini.

Cahaya pernah lalu cara salah. Tidak berbaloi! So, tak perlu la nak ulang semula.

CAHAYA said...

HEMY,

Haha. Ntah2 kita jumpa orang yang sama. Sebab sama je ayat dia. Haha. Dia akan cakap "You'll Never Walk Alone". Itu sebelum dpt duit. Dah dpt nanti? Wallahualam. Tapi tak sanggup la nak amik risiko kan?

---------------------------------------------------

zaimi,

Mungkin orang yang sudah berjaya dan di atas tak gunakan cara paksa ini. Tapi bila dah desperate, apa2 cara pun mereka sanggup kan? Pelik!

Mereka kata mereka banyak duit. Dah dpt pulangan empat angka la, lima angka la. Yang beriya2 sangat nak tolong kita ni kenapa pulak?

Jard The Great said...

uish.. dasyat gak tuu..

harrassment la tu.. kalo terus-menerus camtuh.. baik wat repot kat polis. huhu

CAHAYA said...

Jard,

Kan? Aku tahan selagi boleh babe. Dah tensi esok, aku give up la.

Firol said...

kalu rasa nak menerajang tu aku nak join cahaya.

sempena aku masih sihat..aku cuba mengingat Allah sebanyak mungkin..tu nilai juta-juta...sikit aku tak kecoh..

CAHAYA said...

Firol,

Jom2. Haha. Kidding. Biarlah mereka dengan cerita mereka.

Sempena aku masih hidup, aku berubah ke jalanNya. Dah 'jauh' sangat aku pegi. :(

mangosteenskin said...

ada satu benda lagi yg menyakitkan hati serupa mcm mlm. maybe lebih teruk.

when u jalan2 kat shopping complex, ada org tiba2 nak bagi u pen free, botol minuman free, voucher free, keychain free...when we say we don't want, ada yang sampai meninggikan suara cuba meyakinkan kita benda tu free! dan anda akan diserbu oleh lebih dari seorang.

sebenarnya mereka nak pancing untuk masuk premis. nanti kena suruh gores dan menang...tapi anda tidak boleh membawa pulang benda yang anda menang itu sekiranya anda tidak membayar deposit. walau apapun syarikat yang mereka wakili, AOWA, homeEtech, dll tp ayat2 yang mereka gunakan sama sahaja!

p/s: kalau aku buat blog giveaway, ko dapat satu benda free + 9 lagi benda free ko nak tak? tapi yg 9 lg tu kena bayar. kalau tak bayar yang sebijik tu pun tak boleh amik. nak tak?

eh bukan mlm pun mcm tu ke?

CAHAYA said...

Haha. Betul. Konsep dia sama sahaja. Dan barang yang kena beli itu kadang2 barang merepek yang belum tentu kita akan gunakan sepanjang hayat kita.

Patut kena banned semua benda yang menipu secara halus begini. Tapi kalau masih ramai yang mahu mengejar kekayaan secara begini, tak boleh nak cakap apa kan? Tepuk dada tanya selera.

Ayat terbaru aku kena tembak:
"Sakinah simpan duit dalam ASB kan? ASB tu keuntungan melalui interest. Interest tu riba'. Riba' haram!"

Bisnes mereka dapat hasil dari siapa ya? Menindas orang lain sudah dipandang 'mulia' sekarang ni agaknya. I wonder.

Faisal Admar said...

but the worm fertilizer still there right?

Wahidah said...

i pun selalu gk ade frenz yg ajak join biz2 mcm ne...zhulian la..uptrend la..and whatsoever..kalo org dh tk nak tk yah la nak paksa...

nama pun biz mana leh paksa2...

CAHAYA said...

Faisal,

I'm not sure. The area kinda far from my place. Macam Bukit Mertajam ke Gurney. Hehe. ;)

Ada kot. Nak minta duit semula ke?

-----------------------------------

Wahidah,

Rasanya yang ini persis Uptrend kot. Kumpulan Unstoppable. Tapi ntahlah. Kalau orang yang ajak join tu dah kaya, buat apa cari orang lain lagi. Pelik pelik la diorang ni.

Bisnes paksa sebab terdesak. Kalau tak terdesak, pasti relaks je.

Suka Bebel said...

itu dah sampai ke tahap melampau tu, aku memang biasa dapat email pasal macam macam MLM ni tapi kalau sampai tahap nak provoke lebih lebih macamtu, nak kena la tu.buat tak tau je udah.tak leh block je ke dia kat facebook?hehe


ayat MLM yang aku tak akan lupa - "kau suka tak kalau kau tido duit ko semakin bertambah?"

CAHAYA said...

Sukabebel,

Fyi, aku dah buang dia dari list dah pun. Senang. Hehe.

Ayat MLM memang ntah ape2. Cuba la buat ayat lain. Kadang2 tu kopikucing dari MLM lain. Sabar je la.

p/s: Takda cara mudah nak kaya melainkan usaha.