Wednesday, November 11, 2009

Mereka selalu guna 'dowh'.

Dalam blog tak payah cakap la. Bersepah orang pakai 'dowh' ni.

"Mana boleh 'dowh'..."
"Kau kat mana 'dowh'?"
"'Dowh', jom makan..."

Banyak lagi sebenarnya yang aku mahu senaraikan. Tapi cukuplah setakat itu. Aku tidak tahu dari mana asalnya 'dowh' ini. Dan aku selalu beranggapan bahawa ia berasal dari perkataan bo'dowh'(bodoh). Tidak tahu betul ataupun tidak.

Post ini terinspirasi daripada SMS yang aku terima dari seorang rakan. "Aku kat KL, 'dowh'". Aku terus reply, "Jangan guna 'dowh' dengan aku. Aku tak suka. ;)" Dia terus call dan minta maaf.


Kamu tahu ia dari mana? Perkataan ini kerap kali aku dengar dari mulut2 remaja or orang yang perasan dia masih remaja. Kawan2 adik aku selalu juga sebut. Entahlah. Padaku, aku tidak gemar mendengar, apatah lagi mengucapkannya. Aku rasa perkataan ini adalah perkataan kegemaran mat2 rempit. Jadi sekiranya diucapkan oleh orang yang berpangkat, mungkin aku akan hilang hormat padanya. Maaf kalau kamu salah seorang dari mereka.


Mungkin yang mengucapkan perkataan ini terasa mereka sangat hip or mungkin rasa mereka mengikut trend. Percayalah, banyak lagi trend berfaedah yang kamu boleh ikut daripada menggunakan kata ganti itu kepada rakan kamu.

p/s: Aku harap tiada yang menggunakan 'dowh' di sini. Thanks. ;)

17 comments:

joegrimjow said...

rajin print screen
hehe

Jard The Great said...

oh... ehehe... ok..

❀aRaBeLLa❀ said...

aiyopp..ok..sy bese guna dol..ekekekk

suezen said...

oopsss...i x gune dowh....i cuma gune tho!

HEMY said...

hari ni breakfast ada special sikit dowh??ini pn nk pakai dowh...

agak2 la dowh..aaahaha

bg aku sbnrya dowh ni mmg dr asal bodoh..dulu masa mula2 dengar klakar..tp tak sume leh terime kena address cmtu.

bg aku utk main2..n ayat tu nk tunjuk kawan kita tu sengal or ntah pape..leh la gune

kat situ takleh park dowh
org tua tu dowh..hormat la

haa..contoh situasi yg betul utk pakai..tp kalau kwan tanya ko ktne jwab dowh gak, tak seswai la..bygkan :

ko dh makan ke??sian tgok ko lapar
blum dowh..

tak ke gampang tu

billa naha said...

ooooo...
I tot the word was derived from "though"..so usually i use kalau ada perkataan yg memerlukan perkataan "though", tapi...dibahasa Malaysiakan, ejaan jadi "dowh"..huhu..ntah le..

kawie2020 said...

memang dah rojak bahasa dah... hahahaha...

Nizam Gtz said...

positive2.. dowh tu mungkin tepung yang adh siap adun tuk buat kuih haha

Inah said...

first heard about dowh is when my friend brought me to cinema and we managed to watch bohsia..jgn pilih jalan hitam..haihh..

i tend to mix my english and malay..hope u'll be fine with that :)

Wahidah said...

dowh..huhuhuh..

ntah mcm dah jd trend skrang ne guna dowh2 ne..huhuhu

@xiM said...

doh roti kot..

sicKo^ said...

bagus topik ko nih..
aku pun macam ko gak.. ingat dowh tu dari bodoh.. tapi ntahlar...
aku pun slalu guna gak dowh tu.. dah terbiasa

Anonymous said...

hahaha entry ni wat sy gelak,sbb kdg2 sy guna gak perkataan ni..hehehe

izan said...

cahaya,

jeng jeng.... mlm2 k zan datang yek...hihi..

oooo.... gitu ke, nak kena marah budak2 kat rumah ni.... nampak ayat tu mcm biasa aje dia buat. kita ni org lama... mana nak tau apa dowh-dowh tu....

Unknown said...

cahaya.....remaja skrg hampir 99% suka guna ni...
cj pun kadang2 guna gak. dulu pun macam cahaya gak ingat perkataan tu singkatan untuk bodoh.. ada satu kes kat matrik...one guy talked to his frend... and ended the sentence wif "dowh"... hangin la mamat tu ingatkan that guy ckp dia bodoh..haha!

tapi b4 this ada terbaca blog kawan... dia tulis pasal perkataan yg kita guna ni. dowh dia cakap maybe originate from the word "though" but i'm not so sure. Tapi kalo btol..sah2 ramai yg guna tak beretempat kan perkataan..."dowwwwwhhhhh" tu...hiks...

lavidalabelle said...

aku selalu guna 'dowh' tu inspirasi dari Homer Simpsons :)

Anonymous said...

A'ah..selalu je rasa dowh tu asal dari perkataan bodoh. Agaknya versi sopan skit kot.
Sama la tak suka guna.