Kuching2 sekalian, tunggu saya
Esok, Selasa 24/11/2009. Saya akan terbang bersama keluarga ke kampung halaman di Kuching untuk Raya Haji.
Saya hampir lupa bagaimana saya menyambut Hari Raya di Kuching. Kali terakhir rasanya semasa saya masih belajar di sekolah menengah. Masa itu pun Raya Puasa. Mungkin lebih meriah sikit dari Raya Haji yang bakal kita semua sambut Jumaat ini. Tapi itu tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk melangkah naik 'belon' esok.
Dua tahun berturut-turut saya bekerja pada Aidiladha. Kerja bersama2 mereka yang sambut Deepavali dan Tahun Baru Cina. Tapi kali ini Mak saya belanja tiket AirAsia RM70. Merasalah saya terbang free. Seronok kan?
benda pertama yang saya akan cari bila sampai
Salam Aidiladha semua. Maaf salah silap saya. Halalkan makan minum, jika ada. Hutang saya tak minta halal. Yang memandu pulang ke kampung halaman, pandu ingat orang tersayang. Mak ayah tunggu awak kat kampung tu. Saya akan nasihatkan pilot saya bawa kapal terbang slow juga esok. Biar lambat asalkan selamat.
p/s: Orang sana tanya ole2. Saya jawab terus terang tak ada. Sayu. Tapi balik ke KL, insyaAllah ada. Kalau nak pesan, call atau SMS yer.





