Thursday, January 21, 2010

A person needs a little madness, or else they never dare cut the rope and be free.

Disclaimer: Kali ini cerita bukan tentang saya.

Above quote is my favorite. Betul lah seperti yang disebut-sebut oleh Nikos Kazantzakis. Seseorang memang memerlukan satu kegilaan. Atau mungkin lebih.

Lagi sekali, ini bukan cerita saya. Tapi kata ganti 'saya' masih digunakan as reference kepada penulis (saya la tu!).

Jam handphone saya menunjukkan angka 6.15 pagi Isnin. Alarm yang berbunyi saya abaikan, snooze terus. Seperti biasa saya akan set 1/2 jam awal dari waktu yang sepatutnya saya bangun. Tapi hari ini lain, saya terus meraba tempat tidur di sebelah yang biasanya dihuni oleh adik tercinta, Ina. Kosong. Err, saya terus terjaga.

Isnin lalu, Ina apply AL. Hajat di hati dia mahu beratur depan Green Box Bukit Bintang untuk dapatkan tiket Super Show 2 bulan March nanti. Okay, saya cerita sedikit sejarah Super Show ni. Super Show ialah show bergerak oleh group Korea, Super Junior (SUJU). SUJU dianggotai oleh 13 orang lelaki muda yang cantik dan pandai menari. Sebelum ni SUJU dah pernah tour ke Thailand, dan beberapa negara lain di SEA (saya tak ambil tahu sangat) pada Super Show yang pertama. SUJU pernah datang ke Malaysia kot, lebih kurang 1 tahun lepas. Tapi time tu Ina belum lagi menjadi peminat kipas susah mati mereka.

Jam 8 pagi

Antara yang awal

Dua orang yang 'gila' SUJU. Ina dan kawannya, Nina.
Nina bawa cash hampir RM10k sebab dia beli lebih kurang 29 tiket untuk kawan2 yang lain.
Gila kan? Belakang diorang pun dah ramai.

Mahal gila kot.
Yang paling murah pun mahal (apa saya cakap ni?)


Wah, sanggup kan Ina beratur seawal 6.30 pagi. Harga? Tak payah cakaplah. Tiket yang dia nak ialah tiket di Rock Pitt yang berharga RM458. Gila lah. Tak sanggup lah saya. Tiket harga RM100 pun saya dah rasa mahal. Lagi lah 4 kali ganda harga tu. Dapat jugak Ina akhirnya setelah bangun bersengkang mata dan beratur. Khabarnya dia orang ke-7 dalam barisan. Ada lagi awal ke? Ya, memang ada. Orang tu katanya datang dari jam 6.

puas hati la kot dah dpt tiket. huhu.

Kegilaan ini turut dikongsi oleh dua orang adik beradik saya yang lain. Kakak saya, Kak Mimie dan adik bongsu, Luqman. Tapi gila-gila lagi dua orang ni takdelah sampai membeli tiket Rock Pitt. Mereka settle dengan tiket RM238. Tapi, saya masih fikir tak berbaloi. Mahal kot.

Jadi orang Korea boleh buat duit ke,
or jadi lelaki cantik yang boleh buat duit?

Dasat betul penangan artis-artis Korea. Kat rumah now gila cerita Korea. Mak, Ayah, dan adik beradik lain semuanya menonton KBS World di Astro. Nasib lah saya tak berjangkit.

18 comments:

sicKo^ said...

memang btul btul gila.. tak sanggup.. tak sanggup..

CAHAYA said...

sicko - belum gila lagi la tu. hehe.

Faisal Admar said...

korea yang merupakan left over orang jepun, sekarang lagi popular dari orang malaysia. orang malaysia left over dari mana pula? :)

saya lebih gemar jepun dari korea. entah kenapa.

sama dengan cahaya, saya tak akan habiskan duit ke arah concert. bukan jenis saya. tapi saya boleh habiskan ke arah buku, buah, movie, travel dan rumah.

selain tu, taknak. termasuk kereta.

orang nak kata kedekut, kata lah :)

CAHAYA said...

faisal admar - left over? haha. i loike the way you described about the korean, japanese and malaysian. Haha.

Saya rasa lebih baik gunakan duit untuk faedah yg lain. Dan kalau sekali sekala nak berlibur, biarlah nanti tidak mendatangkan tensi di hujung bulan.

kedekut duit sendiri. apa ada hal. haha.

Faisal Admar said...

betul. selalunya orang yang kaya tidak boros. orang yang tak seberapa kaya pula yang berbelanja ikut size orang kaya. siapa nak jawab tu? :)

tapi, masing-masing punya kocek, masing-masing punya grey hair kan?

sekejap lagi kawan nak datang ambil bawa makan dekat padang kota. yummy!

enjoy lunch ye cahaya :)

p/s: crossed fingers. nuffnang, nuffnang, nuffnang!

CAHAYA said...

faisal - haha. cute theories. but saya masih lagi dlm golongan sederhana yang tidak berbelanja sakan dan tidak boros (at least baru2 ni la).

wah, makan sedap je hari2. saya dah breakfast, so gonna skip lunch. enjoy urs, k? :)

p/s: still blur about nuffnang.

HEMY said...

pergh....gile betol hobi ni...

CAHAYA said...

HEMY - hobi ke? macam bukan je. ini kegilaan lah!

Faisal Admar said...

hopefully boleh earn at least rm50 lah sebulan :) buat makan-makan.

CAHAYA said...

faisal - hmm. click needed kan?

Inah said...

dear..this group mmg best..if i kat msia pun i dah pi..hehehe :P..anyway, one concert yg saya naaaaaaaakk sangat pegi..michael buble..do update me kalo dia dtg msia eh :)

ixora said...

adk me pn same..'gile' ini.. tp nasb bek xde org nk sponsor dia..so, leleh liur je la..hahaha..

Unknown said...

cahaya...

x sanggup jugak.... mmaahal banget...

Kniedaz said...

Aduh yaiii..mahal gler tuh! Ble beli brg dapur 2 bulan..huhu..tapi org dah minat dia tak kira apa kan? nasib baik kniedaz bukan die hard fan mana2 artis kalau tak kopak kot..

CAHAYA said...

Inah - best ke? Wah, orang aussie pun minat group ni ke? Mahal la tiket dia sayang oi.

p/s: Me likey Michael Buble too.

ixora - serius lah xora pun sama? uisk! dasat betul penangan eh?

CAHAYA said...

kak izan - saya pun tak sanggup. gila mahal!


kniedaz - saya walaupun die-hard, saya takkan beli tiket semahal ni la. setuju sangat. kalau saya ni, duit banyak tu boleh beli barang dapur 4 bulan kot. hehe.

Faisal Admar said...

kalau diikutkan dari apa yang saya baca, click pun dapat, ramai visitor pun dapat.

CAHAYA said...

faisal - ohh really? teach me, please.