Saya bukan pelajar cemerlang. Berbekalkan 7A1B masa PMR, saya diterima masuk ke SMT Cheras. Saya hanya pelajar biasa yang mencuba nasib hidup di asrama. Banyak kali juga la saya menangis kat pondok telefon depan hostel cuba convince kan parents saya untuk bawa saya balik ke sekolah lama (atau sekolah lain) dari minggu orientasi. Tapi masa berlalu macam air sungai. Cepat sangat. Tahu-tahu je dah sampai hujung tahun 1998. Ya, saya lepasan SPM tahun 1998, pangkat 1, 9 Aggregate. Dan saya bersyukur mak dan ayah saya firm dalam pendirian mereka untuk tidak tukarkan saya ke sekolah lain kerana dekat sini saya belajar tentang hidup. Dekat sini saya belajar segalanya tentang dunia. Dunia kecil saya dan kawan-kawan.
Banyak nak diceritakan di sini, tapi 3hari 3malam pun takkan habis. So semalam saya teringat satu chapter dalam hidup kami semua penghuni asrama. Kemelut krisis ketiadaan air akibat empangan di hulu langat yang hampir kontang. Kes ni menyebabkan ada di antara kami yang pergi sekolah tak mandi. Teringat zaman beratur kat lori JBA untuk dapatkan bekalan air bersih. Lagi funny bila sakit perut, air orang lain pun kita sapu sekali. Haha. Memang mendatangkan kemarahan la kan. Dah la air sikit, kena curi lagi.
Kemelut ni berlarutan untuk beberapa minggu (or bulan, saya pun lost track). Walaupun lori JBA kerap datang, kami dibenarkan untuk datang sekolah dari rumah masing-masing. Ini bagi mereka yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur lah. Yang jauh, terpaksa la duduk kat hostel dan tak mandi. Yang paling best bila satu hari, sedang kami kusyuk prep petang, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Sangat lebat sampai tak nampak bangunan kat sebelah. Syukur Alhamdulillah desis hati kami sambil memandang satu sama lain dan membuat isyarat muka. Isyarat muka mengajak mandi hujan. Cepat-cepat kami lari ke hostel dan tukar pakaian lebih selesa sebelum terjah hujan. Hanim dan saya yang mulakan aktiviti ni. Tak sampai 10 minit, hampir 1 asrama perempuan join kami mandi. Ada yang siap basuh baju lagi. Best!
rindu weh!
Selepas aktiviti mandi hujan tu, ramai yang demam. Tapi kami puas. Seronok. Ntah bila dapat mandi hujan lagi. Kalau dah besar-besar ni mandi hujan. Sah-sah orang kata tebiat. Tak pun gila!
19 comments:
ehehehe....aku pon pernah alami kemelut krisis ketiadaan air...
yeh? area tahun yang sama ke?
salam. Hari datang dan pergi. Tapi memori tetap kekal dalam hati.
Wherever we go, kita punya cerita dan moment yang sentiasa akan kita ingat
life was much simpler n happier when we were in school kan..? ( compared to now..)
SHIMI - Yep. Memori bawa kita ke depan. Walaupun terpaksa pandang ke belakang sekali sekala.
tchersally - simple dan tidak banyak isu manusia. senang! hari-hari happy je.
Hidup zaman sekolah memang best.
Ahh~ ingin kembali ke masa lalu.
Mana para saintis? Tak siap2 lagi ke mesin masa?
Mimpi - Rasanya masih belum tercipta mesin tu lah. Kalau tak, sure kita dah terima kunjungan mereka dari future. ;)
setuju..
kita tak ingat hari
kita akan ingat peristiwa..
it's funny how time really flies kan..
if only we can turn back the time..
Axim - bila dikenang, memang akan senyum sorang-sorang. Masa berlalu cepat sangat. Tak sempat nak catch up.
We can't turn back the time, but certainly we can turn back to the memories.
kak,nk tnya.. gmbr tu mane satu akk??
duduk. paling kiri. ;)
main ujan mmg best and yg lagi best kalau buat skang..tak kena marah dah..hehehe
aku pn teringat zaman mandi open kat tangki tadahan luar blok masa kat matrik pilah yg kurang ujan
zaman sekolah? ponteng sekolah, belajar merokok dan mandi sungai sambil makan nasi lemak 2 bungkus. pergh! syahdu... nampak pula bohsia berlegar di area sungai mandi dengan wajah ghairah.
malangnya, the next day, kena jumpa guru besar!
tapi, sama dengan cahaya. "puas"!
HEMY - memang tak kena marah. tapi behavior tu pelik. orang kata tebiat nanti. haha.
mandi open? wow!!
Faisal - wah, wajah ghairah. hehe. sabar je la. tak senonoh!
puas kan?
sapa juara main netball eh masa sekolah dlu? yg tau haneem memang hebat la jadi GA GS...
cemerlang result ko... haha
aku mandi hujan kt kampung jak
zarul - kitorang menang. hehe. :) hanim memang terer pun kan.
Luffy - nda cemerlang. besa jak.
mandi hujan best. sejuk!
the older days were full of memories...
yes, agree. I missed those moments.
Post a Comment