Thursday, February 25, 2010

I Should Learn How to Say 'NO'.

Disclaimer: Kata ganti diri aku digunakan kerana emosi tidak terbendung.

Semalam hari yang kurang best buat aku. Bermula dari jam 7 pagi takda elektrik satu kawasan Gombak sehingga jam kira- kira 7 petang. Berasap ke tidak? Tapi ini bukan cerita yang nak aku ceritakan. Cerita lain sebenarnya.

Okay, dalam sebulan ni aku banyak terima call dan juga surat yang meminta aku membayar itu dan ini. Dalam hati menyirap la jugak sebab semua tu bukan aku yang guna (atau punya). Bil berusia lebih dari 10 tahun pun ada. Aku ni seorang yang terlalu percaya pada kawan-kawan dan percaya kawan aku takkan buat tahi dengan aku. Maaf ya penggunaan bahasa tu. Tapi rasanya itu paling sesuai menggambarkan situasi sekarang.

Sebelum ni aku banyak 'pinjam'kan nama aku pada orang lain untuk urusan-urusan rasmi atau tidak rasmi. Contohnya sebagai penjamin loan kereta ke, syarikat kewangan ke, telefon (bil dan prepaid) dan beberapa servis lain.

1) Loan bank dan syarikat kewangan
Aku ni jenis tak sampai hati. Aku tak sampai hati tengok kawan aku susah. Aku sayu hati bila diorang ajak aku pergi tengok kereta dan buat muka sedih bila salesman tu kata gaji dia tak layak. So aku pun tolong lah. Tapi aku sakit hati sangat bila diorang ni hilang tanpa khabar berita dan tinggalkan aku dengan hutang tertunggak diorang 5-6 bulan. Kalau 5-6 bulan tu jumlahnya RM80 takpe jugak. Ni RM8000++. Geram!

2) Telefon
- Telekom
Aku rasa nama aku dah di banned dari memiliki telefon rumah. Peristiwanya bermula semasa aku belajar matriks di Melaka pada tahun 1999. Selepas di transfer ke Cyberjaya, telefon rumah dan internet masih digunakan oleh kawan-kawan yang tinggal di Melaka. Dealnya mereka akan bayar macam biasa, hanya menggunakan nama aku saja sebab mereka malas nak uruskan hal tukar-tukar nama. Aku terlalu naif dan rasakan mereka jujur, so aku ok je la. Dua tiga hari lepas, aku terima surat advocate yang minta aku bayar dengan jumlah RM1200++ untuk nombor telefon yang aku sendiri pun tak ingat. Lama kot, dah lebih 10 tahun. Aku call pihak yang hantar surat tu dan jelaskan situasi aku. So, pihak tu bagi aku diskaun 50% dan boleh clearkan nama aku dari list. Still, banyak kot duit tu.

- Timecel
Yang ni mungkin akibat kebodohan aku sendiri. Nombor ni daftar nama aku tapi yang pakai ex-boyfriend aku yang pertama. Now dia dah kahwin dan beranak 3 (atau mungkin lebih) dengan orang lain. Kekuasaan cinta memang boleh buat orang bodoh dan hilang pertimbangan. Ya, aku lah tu. Walaupun jumlahnya hanya RM300, aku buntu sebab aku tak tahu kat mana nak settle bil Timecel.

- Prepaid
Prepaid ni takda lah mendatangkan masalah apa-apa buat masa ni. Tapi nak cerita jugak macam mana perkara ni terjadi. Waktu mula-mula diorang suruh register nombor phone prepaid, ramai orang ambil endah tak endah je dengan notification yang dihantar oleh provider telefon masing-masing. Diorang ingat macam Y2K yang kononnya hanya propaganda. So bila dah keluar warning yang nombor telefon mereka akan disekat, masing-masing dah gelabah. So aku pun tolong beberapa orang kawan untuk register nombor telefon diorang melalui SMS iaitu atas nama aku. Buat masa ni aku dah mendaftar untuk beberapa orang. Ada yang aku masih berkawan dan ada yang tidak bertegur sapa lagi walaupun mereka masih pakai nombor tu. Kalau aku nak buat jahat lah, boleh je aku gi repot simcard hilang dan nombor mereka akan disconnect on the dot. Tapi aku belum jahat lagi. Hehe.

3) ASTRO
Buat masa ni aku ada 2 Astro. 2 Astro yang didaftarkan atas nama aku dan aku tak guna pun. Kalau Ju dan Intan terbaca, aku bukan refer pada korang. Korang pembayar yang bijak. So Astro yang satu lagi ni lah, yang aku 'pinjam'kan pada Encik T buat sementara pada mulanya dan dia terus buat harta. Kalau dia buat harta decoder tu je takpa jugak, ni dengan bil pun dia tak bayar. Dan hasilnya ialah bila orang Astro yang call aku suruh aku bayar bil, akan ku berikan nombor telefon Encik T untuk di maki. Tapi still akan berbalik semula pada aku sebab Astro tu atas nama aku. Hish!

Setakat ni, perkara-perkara yang di atas ni yang menjadi isu. Aku tahu bahaya. Aku tahu benda ni macam tempah kubur sendiri. Tapi semua dah berlaku. Jadi, salah satu azam aku tahun ni, aku akan belajar untuk cakap 'tidak' dan tidak akan buat favor untuk orang. Ye lah kan, perkara-perkara macam ni boleh buat hilang kawan kot. Tapi harus consider jugak nama aku untuk proses pensucian semula. Susah mau cakap!

26 comments:

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

yes u hve to...
hehe..
salam perkenalan..
menci telekom..

CAHAYA said...

MBS - tak benci. kena suka, sebab nak pakai streamyx. hehe. :)

sepul said...

ops... u have to be careful dear. jgn sampai kena blakclist sudahh

Jard The Great said...

prinsip aku senang.. once kawan minta tolong dari segi kewangan.. terus aku ban die dari jadi kawan..

money is the root of all evil.. kawan pon leh jadi musuh becoz of it

CAHAYA said...

sepul - itulah. almost dah ni. ke ntah2 dah sudah. :( the damage is done.


Jard - aku akan pakai prinsip ko mulai skang ni. aku pun banyak bermusuh dengan orang sebab duit. baik dari pihak aku, atau dari pihak diorang. :(

Unknown said...

ahaks......seram nengok bil2 yang cahaya dapat tu...
CJ pun mudah gak kalo kawan mintak tolong... ya lah kan, dengan harapan time kita susah nnt dia pulak tolong kita....

my update: http://cjalhafiz-lifejournal.blogspot.com/2010/02/hey-grannies.html

Kniedaz said...

wah..masalah ni..sbb itu knieda kalau member ofis nak minta tlg jadi penjamin itu ini kniedaz kata hubby tak galakkan..cuma adalah sorang kwn yg mmg tau rekod dia bersih kniedaz tlg sbb dia tlg kniedaz..huhu
bab astro tu p potong je yg en T guna sblum bilnya mggunung..yg len len tu..nak tak nak kena gak settle cahaya..
sebab duit semua ble bergaduh...dahsyat..

CAHAYA said...

CJ - mula2 memang fikir mcm tu. ingat nanti bila kita susah, ada lah yang tolong. tapi haremm.


kniedaz - astro tu mmg diorang dah block. so outstanding dia rm400 macam tu. nak taknak dia kena settlekan dulu baru nak guna.

bukan gaduh je, berbunuh pun boleh.

Faisal Admar said...

hmm, pengajaran tu. jangan jamin sape2 selepas ini ok?

CAHAYA said...

okay sayang.

lavidalabelle said...

rasanya kawan yang baik adalah kawan yg tak akan menyusahkan diri kawan2nya demi kerana kepentingan dirinya sendiri.

takpelah cahaya, biasalah tu kita ingat kita boleh percaya kat mrk. jadi kena tegas skrg bila depa sebut pasal pinjam nama ke duit, just say 'no'.

lemas dgn kwan mkn kawan. mmg mcm haram jadah.

CAHAYA said...

belle - so bukan kawan la kot. ntahlah. tu lah, kadang2 hati suruh percaya. sah2 lah hati ni menipu.

lepas ni kena belajar cakap 'no'. kalau boleh lah.

dukunlintahplk said...

ninek ku dolok selalu madah: biar jaik dolok.. jangan jaik dudi.. mok nulong pun biar bertempat..

sicKo^ said...

perghh.. banyak btul hutang ats nama ko walaupun bukan ko yg punya.. ko iklankan dalam paper besar2 sebut nama org2 yg tak bayar hutang tu.. biar satu malaya tau..

Adziim said...

tolong salah....x tolong pun salah.

Unknown said...

cahaya,

mengapa lar sampai gitu sekali... banyak tu semua tuk org. cuba betul semula keadaan... jgn abaikan kepentingan diri sendiri. ambil tindakan cepat dan betul usah menyusahkan diri.... masa akan datang untuk kita tak tahu lagi....

Wahidah said...

pasne tk yah dh jadi penjamin ke..guna nama ke..bahayala..end up nanti pergi kt kiter blk..:(

CAHAYA said...

pak dukun - ya lah ya. dah jadi dah pun. so masa akan datang perlu berhati-hati.


sicko - sangat berhajat daku untuk berbuat demikian. apakan daya, iklan juga memerlukan wang. so, baik aku guna duit tu bayar hutang.

CAHAYA said...

mimpi - now dah belajar. tolong memang salah. tak tolong betul. :)


kak izan - insyaAllah akan saya selesaikan. akan saya cari mereka2 itu sampai jumpa. kalau tak pun, carik mak bapak mereka. biasanya yang buat hal ni kawan-kawan saya yg dah lama kenal. yang mmg saya kenal keluarganya. cuma malas la nak campurkan mak ayah diorang. takut ada yg sakit jantung nanti, kojol terus.

CAHAYA said...

wahidah - memang dah serik. jangan haraplah nak tolong sesapa dah.

Faisal Admar said...

eh, tukar template lg?

CAHAYA said...

nak letak nuffnang tu. tak reti kalau pakai template lama.

zara said...

Kena ada perasaan 'sampai hati utk katakan NO!' pada org2 yg nak pinjam nama.

If it's too costly to advertise, use blog/facebook/twitter/webbie to PUBLISH their name and location...so others may be well aware of. If org2 gini boleh sampai hati nak buat kat u, dia akan sampai hati jugak nak buat kat org lain.

Org suka amik kesempatan atas kesempitan org lain. Sampai hati atau tidak je.

CAHAYA said...

Zara, I've learned that now. Walaupun semuanya boleh dikatakan logik akal, tapi bila dah dalam situasi tu, tak pasti dah mana satu logik atau tidak.

Couldn't agree more, orang memang suka ambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain.

Anonymous said...

nape sampai macam ni kak?
so akk ade black list kat mane2 bank tk?

CAHAYA said...

Nemo - Terlampau percaya orang dan orang amik kesempatan. Buat masa ni takde la blacklist sebab blom legal lagi.