Tuesday, March 16, 2010

Anak derhaka.

Hari ini saya gaduh besar dengan mak. Saya tahu itu memang salah saya sepenuhnya. Saya tak reti jaga mulut dan tak bersyukur atas apa yang dia telah korbankan pada saya. Saya rasa bersalah.

Ceritanya begini, saya bangun lewat. Dalam masa yang sama saya ada janji makan tengahari dengan kawan lama. So, nak dipendekkan cerita, saya terus bersiap untuk ke pejabat. Saya bajet untuk makan tengahari dengan kawan saya dan terus ke pejabat. Lagipun saya mula kerja jam 3 petang.

Saya keluar rumah lebih kurang jam 12.30tghari. Sebelum itu mak saya tengah membebel perihal duit yang tak pernah habis. Memandangkan masa ini masa bulan penuh saya, saya tak begitu berminat mendengar leteran dia. Dia keep provoke dan minta saya beri duit pada dia. Saya dah beritahu, nanti hujung bulan baru saya boleh beri pada dia. Now memang saya takda duit. Tapi dia masih mahu duit. Dia provoke saya.

Lalu saya cakap padanya, "Patutlah ayah cakap mak mata duitan. Asyik mintak duit je!" Dia marah. Dan saya terus angkat kaki keluar rumah. Jahat kan saya? Neraka jahanam sahaja tempat saya ni.

Saya sepatutnya masuk kerja jam 3 petang. Tapi saya tak boleh buat kerja sebab kepala saya sakit memikirkan saya telah derhaka pada mak saya. Saya drive balik rumah. Minta ampun sujud kaki dia. Dia sudah maafkan saya. Tapi dia masih membebel perihal duit.

Kali ini saya diamkan sahaja. Saya tak mahu buat salah kali kedua.

14 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

ish serba salah dibuatnyer....

CAHAYA said...

arabella - bukan serba salah je. serba serbi tak kena.

Adziim said...

Aku pun dah nak masuk alam kerja ni...sah2 kena bagi dit kat mak. Kot diri sndiri pun tak terjaga.

mahpuzah said...

girl...u poor thing. i know how it feels. we always say things we don't mean. moneymoneymoney..everything is money. just hang in there ok? i have been there too. sacrificing my job to look after my family then being accused of taking and controlling my husband's money. really hurts you know. don't know how many tears i have cried....taking all the insults..that is why i told penguin never give up your job. you will lose your dignity,your pride,your independence...at what expence? being taken for granted,not being appreciated. well somebody has to do it right?and that somebody is me. iam thankful all my 3 children are doing fine in their education.all tha best to u dear n take care.

CAHAYA said...

Mimpi - Tu la pasal. Diri sendiri pun semput. Kalau ada, takyah mintak. Dah lama dah hulur. Tapi tu la sometimes dia tak pernah faham. Dia cuma nak orang faham dia je.


mahpuzah - I know everything is money nowadays. It's sad that I can't gave her money the way she wants it. I hate to make her cry or sad. I would give everything to her if I had everything. The thing is, I had nothing. Nothing left for her, and nothing left for me.

Pasal duit memang dunia pun boleh terbalik. Sigh.

Faisal Admar said...

family saya pun ada banyak masalah kewangan. kalau jumpa apa tu... pkkl... pllk? entah apa tah yang kerajaan war war kan untuk orang yang dibebani masalah kewangan yg teruk, sure dorang pun terkejut.

nasib saya baik sikit tak perlu hadapi mcm ni. cuma perlu buat pinjaman bank rakyat, tu pun dibayar balik setiap kali dpt gaji.

so, memang tak beban langsung.

pening juga kalau jadi mcm ni kan... haiz.

CAHAYA said...

Faisal - Masalahnya ini bukan masalah kewangan. Ini duit untuk dipakai belanja hari2. Banyak beza tu.

I think the acronym you're looking for is AKPK kot. Haha. Cute la you.

Bank rakyat? Baguslah. Saya malas berhutang. Takut tak mampu nak bayar. Biarlah makan cukup2 skang ni.

Sally said...

read ur n3. understood ur situation. nothing much that i can say to make ur sorrow go away, other than "sabar lah girl.."

Kniedaz said...

duit boleh membuatkan adik beradik, kawan kawan, ibu bapa bergaduh...semua org akan laluinya dlm hidup now & then...huhu..

CAHAYA said...

tchersally - thanks sis. so far dah okay rasanya. but still nagging pasal duit lagi. i've learned my lesson. so, tak perlu jawab apa2.


kniedaz - agree. duit macam racun.

@xiM said...

betul/
kerana duit dunia porak peranda..
tapi kena pikir jugak..sebagai anak kita perlu nilai mana baik dan buru ok.u take care.:)

CAHAYA said...

Axim - I know. It was my fault. Anak yang tak mengenang budi. :(

Orait!

❀aRaBeLLa❀ said...

semalam sy macam nampak kak cahaya kat ptpn kl sentral, nak tegur tak sempat sebab akak dah nak balik..

CAHAYA said...

arabella - Yep! betul la tu. Semalam settle habis hutang PTPTN. Nak bayar habis pun diorang terhegeh2. Geram!

Lenkali terjumpa tegur la. Akak tak perasan awak yg mana satu.