Friday, May 7, 2010

Bahasa jiwa bangsa, or sakit jiwa.

Aku baru je pulang dari tapau dinner aku. Guess what I'm having for dinner? Subway. Dipendekkan cerita, Taman Tun sekarang ni dah ada Subway. Sepelaung je dari ofis aku. So, since ni my last meal yang full dengan calories, nak jugak treat perut ni dengan sesuatu yang ngam sikit. Esok dah kena diet. Doctor's order.

Ok, berbalik pada cerita yang nak aku ceritakan. There was one couple berbaris depan aku. Rupa mereka sangat Melayu okay, pakaian tak payah cerita la, Melayu habis. And bila turn dia order, budak Subway tu pun tanya la dia nak makan apa. So dia pun gila speaking lah. Budak tu pun reply dalam English.

Then, tiba-tiba budak tu tanya, "Nak toast tak?".

Minah tu pun mengamuk, "Hey, I cakap dengan you in English. Why are you replying me in Malay? You don't know how to treat your customer ke? Boss you tak ajar?"

"Eh, eh, boleh pulak dia reply dalam Melayu," bisik hati aku.

Budak Subway tu terpinga-pinga, dan lepas tu kawan dia lagi sorang sambung layan couple tu in English. Laki Minah tu diam je. Malu kot tengok wife/gf dia meroyan.

Kesian. Tiba-tiba je budak tu kena herdik. Kus semangat. Aku kat belakang Minah tu pun aku tergamam terus. Gila ah. Herdik orang pasal tu je. Kalau tak faham lain lah cerita. Ni sah-sah lah dia faham. Kadang-kadang aku tak faham dengan bangsa sendiri. Kenapa nak berlagak sangat huh? Tak tentu pasal pulak tu. Lawak!

Tapi seperti biasa, customer always right, kan? Hmm.

Lagi kelakar bila ada dua budak lelaki Chinese kat belakang aku order dalam Bahasa Melayu. Walaupun campur-campur. Cute!

 Okay, now I wanna enjoy my sandwich! 

19 comments:

Jard The Great said...

subway? lama tak makan.. tp mmg superb la sandwich die.. agagaga

Jard The Great said...

ish... org berlagak neh biasanya... org lupakan asal-usul.. heheh... contohnya dulu miskin.. pastuh kaya.. dan terus berlagak sbb mase miskin die.. pernah org kutuk2 die kot.

CAHAYA said...

Jard - Subway memang sedap pun. Haha. Funny explanation ko tentang orang yang dulu miskin pastu kaya dan berlagak sebab dulu orang kutuk dia. Haha.

Aku takde masalah pasal miskin kaya ni, cuma jangan berlagak la. Tak kira lah pasal harta, or cara kita hidup.

Shima Ibrahim said...

Orang mcm ni mmg mintak penampar. It's a yes/no question je pon. Klau nak cakap English sgt, reply je la in English. Yang klaka nye, bole plak nak maki org in broken English. Lost of words dah ke? Adoh..

Anyway, my favorite Subway is Chicken Teriyaki! Fuh! Nikmat!

CAHAYA said...

Shima - Hehe. Itulah. I wonder the same too. Bila time maki, campur2 pulak bahasa dia. Maybe alasan dia takut budak tu tak faham kot. Haha.

My favorite of all is Seafood & Crab. Tapi itu esok. ;)

Adziim said...

Ah...sedapnya sandwich tu!

Pernah jumpa orang macam ini, berlagak tak kena tempat dan cara. Marah juga tidak bertempat plus diri sendiri guna broken English.

Ingat Subway tengah promote English Week ke apa nak suruh dilayan dalam bahasa English.

Kalau saya jadi teman/bf perempuan itu...rasanya tak boleh tahan lama.
Perempuan tiada adat, lelaki takkan sayang lama, mesti cari lain nanti.

Jujur dari saya, benda nampak kecil tapi adat seorang wanita sangat dipandang tinggi.

CAHAYA said...

Adziim - Sangat sedap okay. Tapi saya pernah makan sandwich lebih sedap dari Subway. But, kat Malaysia ni choice untuk makan sandwich sangat terhad kot.

Itulah. Muka pun tak berapa nak ado kan? Pastu mengutuk orang beriya2. Kesian budak tu. Tak pasal2 je. Satu word je untuk lelaki yang macam tu. Loser.

Tak mustahil lelaki tu dikuin kontrol kat rumah/atas katil.

john said...

silap la kalau aku yg berator belakang melayu tuh.

CAHAYA said...

john - maybe aku lapar sangat. tu pasal aku tergamam tak sound dia. lagipun, malas nak gaduh.

catz said...

eh..aku jakun sadnwich cam ni. bila lah jajahan bangi/putrajaya ni nak ada subway ek...

cahaya, u dah start diet eh..waaaa...bagusss..jeles....huhuhu.

eh..pompuan tuh aku rasa gila kot. bukan dia tak paham bahasa melayu or english campur2...oh..sgt geliiiii org camni...dia ingat dia beli sandwich subway kat taman tun tuh dah oramputehhhh habisss lah ke???? memalukansss

CAHAYA said...

catz - Jakun ke? Eleh, singgah KL tapau lah!

Diet esok baru start.

Itulah. Aku pun rasa pompuan ni giler. Habis orang puteh la tu tak makan nasi. Baru makan roti 6inci, terus tukar lidah mat saleh u ols!

yonna said...

apehal menggelabah nak mati perempuan tu? gelupur sangat apa halllll? masalahnya, bukan dia tak faham ke apa apa budak tu cakap, yang dia nak herdik pekerja tu buat apa T_______T , kalau kawan yonna lah, mmg kasi sepak je. kurang ajar gila

Faisal Admar said...

ada 1 subway di Qbay mall. nak try lah! eh, i nak cakap bahasa apa ek?

Sally said...

LOL!!
'kamdar' kut..

mangosteenskin said...

Arhh...malunya baca cerita ni.

mahpuzah said...

hey....i think the lady is just showing off. it is not the language but the speaker....nak eksen tak kene tempat. penguin and me we spoke english most of the time and we are nice people...honest..bile ckp bahasa melayu fasih. bukan mcm ada org yg ckp dalam bahasa melayu slang mat saleh. ada artis yg nyanyi lagu melayu sebut t kalah mat saleh. mcm shafinaz ckp sebut 'the'pun tak boleh. anyway each to their own. hey u have a nice day dear....saya sayang awak.

CAHAYA said...

yonna - Sangat kurang ajar. Dan kurang sopan. Tak terkejut la bila dulu2 orang cakap Malaysia antara salah satu negara ter'rude' di dunia.


Faisal - Maybe you can try speak Japanese. :P

CAHAYA said...

tchersally - Prolly!


kulitmanggis - Saya nak cerita pun malu. Bangsa sendiri.

CAHAYA said...

mahpuzah - That's the thing. Ramai je orang yang saya tengok cakap English in public, tapi takdelah sampai maki2 orang sebab tersilap cakap. Kalau nak tegur pun, mesti ada cara. Kita kan Melayu, penuh adab sopan, bukan penuh dengan caci maki.

Slang tak payah cerita la. Kadang2 cakap melayu pun nak slang English. Tak faham!