Monday, June 7, 2010

Fobia.

Kadang-kadang bukan semua yang kita nak kita akan dapat. Dan kadang-kadang bukan semua yang kita nak kita tak akan dapat.

Aku suka sebab semuanya berlaku di luar jangkaan. Tanpa dirancang. Dalam masa aku terfikir, "Eh, ada orang nak kenakan aku ke ape ni?" Tapi bila tak dirancang, itu lah yang paling indah.

Susah nak selesakan diri dengan orang yang kita baru kenal. Tapi dengan dia aku rasa macam aku dah kenal dia berbulan-bulan. Lagi sweet bila dia pun cakap perkara yang sama tentang aku. Aku happy sebab bukan aku yang memilih tetapi dipilih. He chose me. Rasa dalam hati seperti babak Jack Sully dalam muvi 'Avatar', "I see you."

Walaupun semua perkara baik-baik berlaku akhir-akhir ini, tapi aku tetap rasa perkara ni macam mimpi. Aku tetap rasa yang kemungkinan dia tak serius dan hanya nak main-mainkan perasaan aku je. Aku tak boleh terima yang ada orang boleh terima aku seadanya. Aku cuba korek salah dia satu persatu.

Semuanya hanya kerana aku fobia. Fobia dengan satu perkataan yang bernama CINTA.


Meaning of phobia (noun)
form plural: phobias
an extreme fear localized to particular objects or situations

9 comments:

catz said...

hi cahaya,

hidup ni penuh dengan perkara yang tidak disangka.
Mungkin sudah tiba masanya, berlaku perkara yang baik-baik dalah hidup cahaya.
:)

CAHAYA said...

Catz - Mungkin jugak. Tapi macam tak percaya la. Serius!

Wawan Kurn said...

Kunjungan perdana kak,,!!!

Salam hangat dari http://wawank-wawank.blogspot.com/

CAHAYA said...

Wah, bangganya.

Kniedaz said...

terima dengan hati terbuka...jgn fobia..kenali dia seadanya

CAHAYA said...

insyaAllah.

Wahidah said...

kena percaya syg...mungkin dh smpai waktunya..u deserve to be bahagia keen

CAHAYA said...

Hmm. Ntah la Wai. Rasa tak caya lak. Takut terkena lagi.

BlueIceCube said...

am so happy for you!

i'm happy whenever i find people in love

(tho i might not get the chance anyway. serik jugaklah, old wound pun tak heal lagi)

-another love-phobic-