Sunday, October 7, 2012

7:10 - Menggelabah

Soal kahwin.

Selalu orang tanya pada pihak perempuan. Kenapa tak pada lelaki secara terus? Bukankah mereka yang sepatutnya memulakan; tak kira dari segi pinangan, dan seterusnya ke acara pernikahan. Tapi yang selalu ditanya mesti perempuan.

Jika hal ini ditanya terus pada pihak lelaki, agak-agak bagaimana respon kepada soalan itu? Mengelak? Menggelabah? Berpeluh? Selama ini orang asyik bertanya, ke mana hala tuju kita. Sampai di sini atau ada perancangan lain yang lebih menyakinkan?

Di satu majlis perkahwinan, tetapi ditanya oleh beberapa orang. Antara respon-respon si lelaki:

Respon 1 - "Tunggu la nanti rompak bank." (Macam tak ikhlas je dia ni!)
Respon 2 -  "InsyaAllah, awal tahun depan." (Dan-dan la awak ni. Tadi cakap lain!)

Selepas dugaan di atas; respon tuan punya badan, "Fuhh! Berpeluh-peluh kena tanya soalan pasal kahwin."

Dalam hati: "Haaa. Rasakan. Macam tu lah yang saya rasa tau tak!" Hehe.

No comments: