Wednesday, January 14, 2009

Jalan² Singapura 29/12-31/12

Hari tu kan Cahaya pi Singapore dengan 2 housemates Cahaya. So, tengok² lah gambar. Gambar tak menipu kan? Hehe. Ops!

Kitorang naik bas. Hehe. Tido je la kan dalam bas tu. Nak membaca, pening rasa kepala. Gambar kat Arrival Hall tu sebenarnya tak leh amik. Encik Guard tu dah 'Neng2' kan Cahaya. Hehe. Sorry.

Sampai je, bas berhenti betul2 depan Golden Mill Foodcourt. Terus makan Sup Tulang Merah. First time cuba, rasanya, takkan cuba lagi kot. Hehe. Merah sesangat. Nak makan Ayam Penyet, tapi kedai tutup plak. Awal Muharram masa time sampai tu. :)

Esok pagi, terus gi cari Murtabak Singapore. Hehe. Portion sangat besar, ni yang paling kecik tau. Satu ayam, satu daging. Share 3 orang. Kenyang sampai petang. :)

Lepas makan, cari tiket bas balik. Kat area Beach Road jugak. Pastu jalan² Orchard sampai lebam. Tak shopping pun. Penat berjalan je. Hehe. Tak sanggup mak. Adoi.

Malamnya, kitorang pegi makan Nasi Ayam famous gitu kat Singapore. Order macam², maklumlah, last makan waktu pagi. Waktu makan murtabak tu. Hehe. Pastu sambung jalan² Orchard lagi. Nak tengok wayang, nak tengok Muallaf. Muallaf yang Yasmin Ahmad tu. Tapi dah abis tayang plak. Kenapa tak tayang kat Mesia. Huhu. Nak tengok!

Hari last, pegi area HarbourFront. Jalan² kat VivoCity. Mula² tak nak shopping. Lepas tu, tgk lah shopping bags. Taknak shopping konon. Hehe. Girls, mane leh tinggal shopping kan? Wajib. Souvenier kan? Souvenier utk diri sendiri. Hehe.

Malam tu, malam new year. So sambut new year atas bas. Mamat depan Cahaya borak ape ntah. Dia cerita business dan citer pasal Damansara. Hello, Cahaya dok sini dah nak dekat 5 tahun. Malas nak layan. Buat² tgk jalan. Pastu tido. Best. Tahu² je dah sampai KL.

p/s: Thanks Hasna sebab tumpangkan kami. Hehe. Thanks gurls, I had fun!

24 comments:

en_me said...

aiseh, cepatnyer pergi dan cepat kembali.. sonokkkannns.. ehehe

CAHAYA said...

hehe. cepat je. sepantas kilat. hehe. janji penuh tangan. tapi poket kosong. hehe.

p/s: nak tukar duit Sing Dollar itu. Dah abis dah duit poketku.

axim said...

wahhh bestnya jalan jalan singapore....

CAHAYA said...

best. memang best. axim ari tu pun jalan2 sana gak kan?

landaklaut said...

bestnye..rindu murtabak singapore... aumm.. hihihi..

Faisal Admar said...

hmm i ada kawan di sana pergi sana 2 tahun lepas kot. makanan dia memang portion besar gila kan? yang i pelik kenapa karipap kat sana selalu ada cheese ke tuh? ntah pe ntah.

tengok nama mckenzie tu teringat kawan di scotland :( dia dah meninggal.

Redbloodsnow said...

uiiii bez nyer jln² kat singapore
zie jd tingat kat iklan dak kecik usha dak kecik ppuan dgn nyanyi lgu "indahnya singapura" tuh arrr...hehehehe

:P

CAHAYA said...

landaklaut,

best kan murtabak singapore. Cahaya sker yang daging. manis² daging gitu. yang Ayam dia macam letak kari. tak besh sangat. hehe.

-------------------------------------------

faisal admar,

memang makanan sumer dlm portion yang besar. so kalau makan tu, yang kecil dah cukup untuk 3 orang. waktu makan sup tulang merah tu pun kitorang makan utk 4 orang. paling kecik tu. :)

p/s: sorry for your lost. :(

CAHAYA said...

redBlood,

haha. Cahaya terpengaruh dengan iklan tu jugak. tapi haram tak sempat nak jejak singapore zoo and sentosa. asyik nak shopping je. hehe. mane la sempat nak tgk tempat2 lawatan. :)

hasna said...

no problem babe!

good to see that u enjoyed singapore and great that you guys are independent, no need for a tourist guide. hihi.

CAHAYA said...

haha. nak pegi lagi. nak crocs. nak shopping. nak sumer. :)

izan said...

cahaya,

seronoknya jalan2...jauh berjalan bnyk pengalaman.

apa plan CNY ni... k zan 1 minggu cuti free...seronok hiiiiiiiii..

Catz said...

oh..tak suka sup tulang tuh ye?..haha..mmg susah nak mkn..dan lemak2nya tak berani nak mkn..haha..so lepas mkn..cam sama je sup tulang aku..mcm belum di makan..hiks...
murtabak kat zam tuh mmg mableshh kan..sodapp sesangat.

CAHAYA said...

kak izan,

CNY ni kite balik kampung je. lagipun cuti sabtu ahad. Raya Cina 2 hari kena keje. Hehe. Yeay. Duit duit duit.

-----------------------------------------

catz,

haha. itulah pasal. tapi catz makan sampai 2 kali kan? hehe. Cahaya punya pun sama je rupa. silap2 boleh jual balik. hehe. yucks!

murtabak tu sangat mabless. nak murtabak la. nak shopping. hehe.

haritz said...

Seronoknya jalan2, dah lama tak gi Singapore. Dulu boleh kata selang 2 minggu mesti sampainya tp kerja ler hehehe tak leh nak shopping pun..

CAHAYA said...

hehe. gi Singapore kalau tak shopping, macam tak lengkap je. hehe. :)

Ad Rifza said...

Wah wah wah..bestnyee dia jenjalan ke Singapore yea..hehe..tak ajak Ad ponn...hehehe...Banyak kot abeh tu..hehe

isha said...

wow...really cool to see this photos..Nice one gal....By the way i am Isha from india.I found your name in one of my friend's Blog.i have already added you in my blog roll if you dont mind please add me in your blogs friends list..LET US SHARE OUR EXPERIENCES.Bye takecare friend.And see you in next post...

yOnnA said...

kak! vivo city tu besar gile kn?
hahaha
mmg syurga beli belah betul!
akak g sentosa island x? hehe

CAHAYA said...

AdRifza,

Ad pegi jalan² pusing Mesia, tak ajak Cahaya pun. Hehe. :)

-----------------------------------

Isha,

Thanks Isha. Do come again. Hehe. :)

CAHAYA said...

yOnna,

rasanya One Utama lebih besar kot kalau nak dibandingkan dengan VivoCity ni. One Utama lebih menyakitkan kaki.

p/s: semalam pusing² the Gardens. pun dah pening. window shopping je. masih lagi nak recover kewangan dr efek Singapore ari tu. Hehe.

starla said...

knp sorg tu rambut kejung jek?hahahah...dah laaaa tuh, hari tu die msg aku kate aku sombong, bile aku balas balik die tak balas lak...ishk ishk ishk...kem salam kat die yek!

mummysyafie said...

bila lah boleh sampai sini lagi??.kui..kui..kui

CAHAYA said...

starla,

Ko cakap pasal sape Odah? Intan eh? Hehe. Dia ade msg ko ke ari tu? Tapi kan Odah, ko memang sombong pun. Hehe. :)

p/s: Nanti aku sampaikan salam ko kat dia. :)

--------------------------------

mummySyafie,

Bila2 pun boleh mummy. Sampai bulan 5 atau 6 best jugak. Singapore Great Sale tuh. Hehe. :)