Monday, March 2, 2009

Peluang.

"Bukan berkhutbah, tapi betuli diri jua..." - Too Phat, Lagu: Alhamdulillah
Alkisah, ada 2 watak. A dan B. Dipendekkan cerita, A telah melakukan perkara tidak baik berulang kali kepada B. A telah meminta maaf dan berharap B memaafkannya.

Case closed untuk A, tapi mungkin bukan untuk B....

Di suatu malam yang dingin, B sms A, menuduh A melakukan sekali lagi perkara tidak baik kepada B. A menyatakan dia tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut. B masih terus menuduh tanpa usul periksa. A sungguh berkecil hati dan tahu bahawa B masih tidak melupakan kisah mereka dahulu walaupun A sudah lama meninggalkan perkara tidak baik tersebut.

Terasa seperti hukuman mati dijatuhkan pada kisah lampaunya sedangkan sesekali tidak A mengulangi perkara tidak baik itu. Mungkin ini balasan atas perbuatan A yang dulu. A tidak menyalahkan B, mungkin kerana pengalaman masa lampau menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Tetapi, wajarkah menuduh tanpa usul periksa? Lebih2 lagi A telah menerangkan bahawa dia tiada kena mengena dengan perkara tidak baik tersebut. Bukankah perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan? Pertanyaan boleh diajukan, tetapi bukan hukuman.

Seperti B, A juga punya perasaan. A juga berubah. A juga bertaubat. A mahu kehidupan baru yang jauh dari kisah lampaunya. A juga tidak mengulangi perkara tidak baik itu.

Mungkin tiada peluang bagi pesalah2 di dunia ini. Mereka tidak akan diberikan peluang kedua. Peluang untuk tidak menjadi seperti dahulu. Mungkin ini juga perasaan bekas penagih yang dipandang serong oleh masyarakat walaupun mereka telah sober. Agaknya itu sebab mereka mengulangi perbuatan itu. Mereka tiada peluang. Jadi baik pun mereka masih kata jahat. Lebih baik jadi jahat.

Nauzubillah. Minta jauh. Minta simpang.


"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)."-Al-Baqarah, Ayat 217.

Tidak perlu peluang dari manusia. Perlu peluang dari Dia sahaja. InsyaAllah.

p/s: Bagus juga begini, tidak perlu rasa begitu. Alhamdulillah, ada hikmahNya.

22 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

saye suke phrase ni

"Tidak perlu peluang dari manusia. Perlu peluang dari Dia sahaja."

en_me said...

aminn.. hi akak cahaya ittewww

Kapten Luffy said...

pasangan kekasih selalu cam tu kan.. ngeh3

a L i y a said...

yes,takpela kalau org menghukum kita tnpa usul periksa,minta pengampunan dari Yang Maha Esa kerana Dia maha adil dan saksama

Skullsplitter said...

Pengampunan dan peluang sentiasa ada. Cuma manusia kadang2 rasakan bahawa Dia ingin berubah, padahal secara tidak langsung masih melakukan perkara yang sama. Kerana manusia ini tidak pernah puas. Peluang sentiasa ada, tapi dgn ketidakpuasan hati, manusia sentiasa inginkan lebih. Baikkah sifat itu? Tak saya rasa.

Setiap masalah berbeza pendapat dan jawapan tentangnya. Penagih dadah dipandang serong kerana apa? Jika sekali, tk mgkn akn ada yg memandang serong. Cuba berada disituasi itu, anda pasti tahu. Mereka dipandang serong bila mereka ini manusia yang seperti saya katakan tadi, tidak pernah puas dgn peluang yang diberi. Tapi mereka tk pernah sedar yg mereka masih tidak puas dgn peluang yg diberi. Anda bagaimana? Mgkn anda melihat dari segi perspektif bahawa anda ingin berubah, walhal orang yg melihat merasakan sebaliknya. Ya mungkin benar pandangan manusia selalunya serong, tapi, tanpa pandangan manusia disekeliling kita, dimana boleh kita belajar ttg hidup? ttg agama? Lihat dengan akal, bukan sekadar mata.

Mmg pengampunan sebenar dtgnya dari Dia. Tetapi Dia juga telah ingatkan, kesalahan sesama manusia perlu diselesaikan sesama manusia sebelum memohon padanya. Kemaafan juga harus dipinta sesama manusia.

Peluang mmg tk pernah wujud dari manusia. Segalanya dtg dari Dia. Mereka, dia atau sesiapa saja hanyalah sebagai perantara. Dah dikatakan pun bahawa kita ini khalifahNya. Jadi siapa kita? Hanya penyampai dan penganutNya. Jika kita cuba menjadi Dia, bagaimana? Kaji sifat diri dan kenali diri, baru kita nmpk dimana peluang yg diberikan. Bukan sekadar menunding jari pd yg lain bahawa kita tidak diberi peluang. Sekali lagi, lihat menggunakan setiap inci tubuh dan akal, bukan sekadar dengan mata.

Maaf sekiranya setiap komen ini seperti melawan pandangan anda, ini sekadar pandangan saya. Kerana saya dan sedikit bosan dan muak mendengar perkataan 'tiada peluang' dalam hidup kerana pada saya, kita sentiasa diberi peluang cuma kita manusia, tidak pernah puas dan sentiasa mengeluh tanpa usaha. Peluang bukan dtg bergolek, tapi kita harus mengejarnya. Jika sekadar bercakap, kosonglah isinya. Just my 2cents.

**Blogger's gathering update at my blog. Please vote and spread the news. Thanks!

skullsplitter

Unknown said...

cahaya,

kita mana boleh menghukum orang... kita kena terima seadanya... betul/tak betul.. itu antara dirinya dengan yg Maha Kuasa.

kalau kita tak boleh terima... elak dari selalu bertentangan mata atau... kita maafkan saja supaya jiwa kita tenteram.

1. bagi maaf/terus berurusan dengannya.
2. bagi maaf/cari jalan tidak berurusan dengannya.

tepuk dada tanya selera... wahh..

selalunya kalu k zan kan... buat seperti x da perkara yang berlaku dan tak mahu memberatkan minda... terus tersenyum.

HEMY said...

mmg lumrah dunia...bila tgok drama wat camtu cam bodo..tp sbnrya mmg manusia camtuu

Jard The Great said...

must learn to forgive and forget.. huhu..

CAHAYA said...

arabella,

sememangnya kita perlu minta pada Dia, dan bukan manusia. Manusia hanya jelas mempermainkan dan pandai berkata2. Tetapi untuk mengotakan jauh sekali. Jadi, berharaplah pada Dia, yang Maha Esa.

---------------------------------------------

en_me,

hi. kakak ke? pasti?

CAHAYA said...

monkey.d.luffy,

Tidak semestinya berlaku antara pasangan kekasih. Sesama manusia yang lainnya juga terjadi perkara ini. Sahabat, keluarga, dan juga musuh.

-----------------------------------------------

aliya,

Betul. Minta pada Dia. Yang lain cuma cuba menjadi Dia dengan menghukum orang lain. :)

CAHAYA said...

skully,

Tidak mengapa komen kamu bercanggah. Masing2 punya pandangan. Dan mereka semua entitle untuk itu.

Bagi mereka yang tidak puas, memang tidak patut peluang diberikan sekali lagi. Persoalannya di sini, bukan mereka yang mensia2kan peluang. Tetapi, untuk mereka yang berhenti melakukan perkara tidak baik itu. Sudah dikatakan berkali2, tidak tahu menahu ttg perkara itu. Masih menghukum? Terpulang.

Jadi manusia, katanya. Menuduh tidak tentu pasal, setahunya bukan layak manusia. Layak Tuhan, Tuhan ke? :)

p/s: Will post about the blogger's gathering later, thanks!

----------------------------------------------

kak izan,

Memaafkan itu sudah tentu. Menghukum, tidak sekali. Dan kalau boleh, itu diharapkan dari manusia lain. Tidak menghukum sesuka hati. Tidak berlagak seperti Tuhan, tahu itu dan ini.

Cuba untuk tidak mengambil berat perkara begini. Tidak penting. Lebih banyak lagi agenda penting dalam hidup. Membazir!

CAHAYA said...

hemy,

betul. Dalam filem, macam meluat kan? Tetapi, kenyataannya itu yang berlaku dalam dunia. Tuding jari, tuduh menuduh, tanpa usul periksa.

---------------------------------------------

jard.the.great,

Yep. Forgive and forget. Boleh berjaya sekiranya dilaksanakan di dua belah pihak. Kalau sebelah sahaja, sampai mati pun takkan selesai.

Manusia menjadi manusia. Biar Tuhan buat kerja Dia. Cukuplah!

lavidalabelle said...

biasalah tu ragam manusia.

terkadang emosi sampai tak logik di fikiran.

CAHAYA said...

Melatah. Tapi takpe, colorful sedikit dunia. :)

@xiM said...

forgive and forget??

for me forgive yes..but to forget maybe not..

:)

Skullsplitter said...

Yup, seperti yang saya kata tadi, manusia tidak pernah nampak bahawa dia sebenarnya masih blum berubah. Dia hanya berkata dan rakan dirinya berubah, walhal orang disekeliling masih memandang, Dia masih memandang. Dia & mereka tahu sejauh mana perubahan yang berlaku.

Bukan persoalan siapa tuhan atau ingin menjadi tuhan. Tapi hakikatnya wujud dan nampak dimata kasar kita bahawa manusia ini masih lagi tidak puas dengan apa yang ada. Inginkan lebih dari itu.

Jangan kita mengharapkan janji orang lain untuk ditunaikan, pandang pada kwujudan sifat itu dlm diri kita, wujudkah? Kita sentiasa tunaikan janji ke? Erm.. I guess not.

Bercakap tentang hukum. Menghukum, dihukum dan hukum adalah perkara yang berbeza. Kita perlu fahami keadaaan dan situasi ketiga-tiga ini baru kita mampu untuk menyuarakan 3 perkara ini. Kita mengatakan org lain menghukum, tapi tidakkah dlm masa yg sama kita juga menghukum dia dengan tuduhan bahawa kita menghukum dia? Faham ape i tulis nih? Huhu~ =) Gunakan kelebihan yg diberi pada kita. =)

Dan akhir sekali, mengapa kita sering ditimpa bencana dan musibah seperti ini, ketidakpercayaan dan hadapi tuduhan seperti ini? Kaji diri, mungkin ada silapnya mengapa Dia turunkan semua ini. Selalunya, semuanya datang dari kita. K.I.T.A. Ini merupakan satu amaran dan pengajaran buat kita kerana Dia sayangkan kita. Ingin berubah, bukan sekadar kata dan ungkapan, dengan perbuatan. Setiap inci tubuh, luar dan dlm. =)

**Panjang jugak yg nih. Isk. Hehe.

skullsplitter

Skullsplitter said...

Ermm. Terlintas difikiran tentang janji.

Perlukah kita tunaikan janji demi kepentingan yg lain dan ia bakal memudaratkan kita? Sedangkan Dia menyeru kita untuk cuba mengelak dari sebarang kemudaratan diri. Erm.. janji..janji.. =)

skullsplitter

CAHAYA said...

Axim,

:) Masing2 ada pengalaman masing2 kan?

---------------------------------------------------

Skully,

Orang lain yang menilai, itu betul. Tapi jelas penilaian hanya pada mata kasar. Diri sendiri sahaja yang tahu. Orang di luar boleh cakap apa sahaja mengikut naluri masing2. Jelas mereka masih belum tahu.

Tidak bersyukur, tidak puas. Itu masih juga kata orang yang diluar. Hanya diri sendiri sahaja yang tahu azabnya. Mereka di luar hanya masih boleh melihat. Hanya dengan mata kasar.

Allah SWT menguji, hanya Dia sahaja tahu sebabnya. Manusia di luar, jangan cuba jadi Dia mengatakan itu dan ini. Manusia jadi manusia. :)

Janji? Rasanya salah topik ni. Tapi tak mengapa, kita sebut juga dalam sini. Tak salah. :)

Still, attempt menunaikan janji itu telah dibuat. Tapi ada yang ego kononnya rasa bagus, tidak reti menjawab kepada janji itu. Kesalahan masih terletak pada orang yang satu lagi. Kononnya cuba lari. Cuba selamatkan diri.

p/s: Janji yang dipaksa janji, kira janji ke? Apa tujuan? Untuk tunjuk diri berkuasa? Meluat!

Faisal Admar said...

Kesilapan boleh dimaafi. Penipuan tidak.

Sekian :)

CAHAYA said...

Faisal,

Masing2 ada pendirian tersendiri. :) Sekian.

Faisal Admar said...

Pendirian yang macam mana?

Sekian.

CAHAYA said...

Faisal Admar said...
Kesilapan boleh dimaafi. Penipuan tidak.

Sekian :)

yang di atas ni bukan pendirian u ke?