Tuesday, August 4, 2009

Asyik dan Lupa.

Kerana terlalu ASYIK berlari
Aku LUPA apa yang aku kejar

Kerana terlalu ASYIK mencari
Aku LUPA apa yang hilang

Kerana terlalu ASYIK bercinta
Aku LUPA cinta itu bukan milik aku

Kerana terlalu ASYIK melihat dunia yang jauh
Aku LUPA apa disekeliling aku

Aku ASYIK dengan dunia
Dan LUPA siapa aku dan Tuhanku


Aku ingin kembali
Kembali pada yang tidak ASYIK
Kembali pada yang tidak LUPA
Moga aku jumpa jalan itu
Jalan yang bernama kembali

peace.love.respect('cahaya')

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu - Ungu, Andai Ku Tahu

7 comments:

C-I-K-I-N-T-O said...

insyaallah :)

Sally said...

luv it! simply luv it!

suezen said...

asyik....asyik..asyik...asyik2 nya bercinta...lalalala....(tetiba teringat lagu ermm..dangdut tuh..sape nyanyi ntah)

DrSam said...

asyik sungguh menghayati nukilan ini sehingga hampir lupa mengucapkan "semoga bahagia sokmo"

Anonymous said...

moga ketemu dengan jalan itu.

sabar ya

Fai Zakaria said...

Alhamdulillah atas kesedaran yang datang
dan Insya-Allah, moga Tuhan tunjukkan jalan itu.

IamYonna said...

ayat ni perfect, thanks for the reminder :)