Wednesday, August 26, 2009

1 tolak 1.


Ramadhan ke5. Alhamdulillah. Masih mampu. Masih bertahan. Masih kuat. Sebelum ku teruskan bicara, ku mohon ampun dan maaf sekiranya tulisan kali ini mengundang rasa gundah, rasa benci, rasa sakit atau apa jua bentuk rasa pada semua. Aku bukan sasterawan yang pandai bermain kata, yang pandai menyusun metafora dengan tertibnya. Maafkan aku. Tiada niat untuk raih simpati sesiapa, atau riak berkata. Sekadar meluah apa yang tak terluah dek percakapan biasa.

Ikutkan hati, aku mahu kenangan Ramadhan kali ini paling indah. Di mana aku jadi aku yang dulu. Yang pure, tiada hasad, tiada tipu daya, tiada negatif. Aku mahu tulisanku juga tidak berbaur begitu. Tapi manusia hanya mampu merancang. Dan rancangan itu subject-to-approval dari DIA, Yang Maha Kuasa.

Mereka kata, manusia buat kesilapan. Manusia itu tidak sempurna. Aku tahu itu. Tapi tidak ku jadikan alasan untuk ku buat kesilapan sewenang2nya. Tidak juga ku gunakan untuk menutup kesalahan diri. Ya, aku buat silap. Banyak silap sebelum ini. Dan yang pasti, aku tidak mahu berpatah balik di tempat yang lama. Nekad.

Dugaan demi dugaan datang. Mungkin balasan atas kesilapan lampau. Ku terima redha. Ku terima dengan terbuka. Setiap kesakitan ini adalah kesakitan yang ku cari sendiri. Aku percaya, setiap kesakitan itu akan buat ku belajar. Buat ku sedar, hidup bukan mudah. Hidup ini sangat bermakna. Begitu juga dengan hidup orang lain.

Alhamdulillah. Kelmarin Encik Iman bisa buat aku tersenyum luas. Satu dari seribu masalah selesai. Dan diselesaikan dengan jujur, tulus dari hati. Terima kasih, Encik Iman. DIA mendengar keluhku. Terima kasih Tuhan. Walaupun, ada 999 lagi yang perlu aku hadap. Aku masih tersenyum luas. Bukan puas, tapi bersyukur. Terngiang pesan kawanku, minta pada DIA, bukan pada manusia. Terima kasih juga buat kamu.

Senyum ku tak sempat menjelang senja. Dugaan baru tiba. Tapi aku redha. Walau jumlahnya masih sama. 1000. 1 tolak 1, jawapannya kosong. Aku tetap tersenyum. Pada pihak yang melaga, terima kasih. Pada yang iri, juga terima kasih. Kamu tahu siapa kamu, bukan? Aku tidak tahu siapa kamu. Jika menyakiti aku buat kamu gembira, bergendanglah.

p/s: Doakan aku tabah mencari diri yang hilang sekian lama. Entah kan sempat atau tidak.

18 comments:

Honeydy Love said...

Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. Kalau kita balas, kita mungkin adalah lebih teruk dari orang itu.
Sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Bersabar adalah jalan terbaik.
Dugaan senantiasa ada dan diberi olehNya.
Hadapi dengan tabah dan bersabar.
Buktikan pada Allah, bukan pada Manusia. Wallahualam...

ije said...

where is a will, there is always a way!

good luck dear. always be positive!!

time goes by. life goes on.

:)

aRaBeLLa said...

dugaan Ramadhan..sis, sabar itu jelah yg termampu kita lakukan..tabahkan hati okey!

iNsOmNiAc said...

after reading this over & over again, i came to a conclusion...
if i were to do one last soul-searching, hell, i SO wanna do it with u ;)
u're deep & witty, ur personality is full of substance and i think we gonna hv one heck of a good time finding our true self together2...
what say u, cahaya? :D

suezensuzanna said...

"minta pada DIA bukan manusia"-if i could turn back time

Inah said...

Babe..i dont really know what is ur situation right now..but i do hope u will do fine..ask HIM the way and He will lead you to the right one :)

HEMY said...

misteri betul la entri ni...mungkin sbb aku takde kaitn lgsg

Jard The Great said...

aku tgh kaco jiwa neh.. huhuhu

CAHAYA said...

Honey,

Betul. Buat masa ini masih pegang pada itu. Sabar juga kuncinya. Masih lagi bertahan. Alhamdulillah.

Biarlah apa pun orang nak kata, I don't owe any explanation or approval kepada manusia. Hanya pada DIA.

Miss TeJa said...

salam ramadhan wat sis cahaya...

mencari diri biar di jalan yang betul dan minta nasihat orang yang betul...

:)

CAHAYA said...

ije,

Betul. Allah akan bantu orang yang benar2 mahu berubah. InsyaALLAH.

Thanks. I will try my best not to be negative anymore. ;)

In three words I can sum up everything I’ve learned about life: it goes on.

CAHAYA said...

Arabella,

Betul. Dugaan. InsyaALLAH tabah. ;) Thanks.

-------------------------------------------------

Insomniac,

Woa, you flattered me too much. I'm UP for anything babe. I do mean it. ANYTHING!

CAHAYA said...

suezensuzanna,

Yang dah berlaku memang tak boleh nak undo. Tapi masa akan datang masih lagi boleh diwarna. Takda cepat atau lambat. Believe me. ;)

-------------------------------------------------

HEMY,

Tiada yang misteri. Cuma luahan general dan sedikit personal di dalam. Kehidupan ada dugaan dan cabaran. Kita tak boleh cepat berpuas hati dgn apa yang kita dapat. DIA boleh tarik dengan sekelip mata kalau DIA mahu.

CAHAYA said...

Inah,

Its in general, Inah. Human make mistakes. And me included. Even when we're already in the course of finding the very best for us, the negative vibes still won't leave us alone.

To be honest, I almost give up. I told Mr Iman about it. Thank GOD, ALLAH answered my prayer for help. One thing I've learned most about this life challenges: if you give up on yourself, no one could help you. Only you entitled for your own happiness. Every challenges has it own solution. Don't give up seek for it.

CAHAYA said...

Jard,

Jiwa kacau kah? Cahaya masih okay dalam jiwa. Cuma dalam otak terasa sedikit ditekan. InsyaALLAH okay nanti.

CAHAYA said...

Teja,

Salam Ramadhan, yang. ;)

Betul tu. Sudah-sudahlah Cahaya meminta pada manusia. Tidak kira lah dari segi apa pun. Yang penting, Tuhan kurnia akal untuk fikir mana yang baik dan buruk. Yang baik jadikan teladan, yang buruk kita tinggalkan.

Suka Bebel said...

minta pada DIA, bukan minta pada manusia...paling penting percaya yang DIA sentiasa mendengar setiap rintihan kita padaNYA. terus berdoa, pasti nanti DIA akan usahakan sesuatu.

entry banyak melayan jiwa nie, ada apa apa ke ni?hehe

CAHAYA said...

Suka Bebel,

InsyaALLAH Cahaya akan ingat nasihat itu. Sebelum ini memang mata kabur kerana apa di depan mata. Hilang punca. InsyaALLAH jumpa jalan balik tu.

Entry layan jiwa eh? Ntah. Jiwa lara. ;)