Tuesday, September 1, 2009

Gelagat Ramadhan.

2pm: Ramai dah kerumun area ni. Tahu tak tengok apa?

Ha, nampak tak? Ke tak nampak?

Dah nampak sekarang?

Dari cermin ofis Cahaya boleh tengok Pasar Ramadhan 'upper-east-side' TTDI. Kenapa dengan 'upper-east-side' tu? Pasar Ramadhan ini agak glamor di kalangan artis2. Setakat ini ada la terserempak dengan 2,3 artis tak berapo nak glamor dan banyak juga la yang glamor. Ops! Yang datang pun semua pakaian ala2 baru balik show gitu, walau hakikatnya pegi pasar je pun kan. Alamak terlaser plak. Huhu. Mungkin betul kot baru balik show.

Hot chick dan lelaki hensem macho pun banyak. Sama naik la cara pakaian diorang. Bak kata bebudak ofis ni, "Saya puasa, tapi saya sexy." Hilang terus pahala bebudak ni sebab sebok jamu mata dari beli untuk jamu perut bila berbuka nanti. Yang lelaki siap pakai topi ala2 Jason Mraz. Ada jugak yang dress-up gaya Justin Timberlake. Yang kesiannya, diorang ni berpeluh sakan pun maintain je. Hehe. Chomel.

Cahaya kerja petang bulan ini, jadi berbuka puasa di ofis most of the time. So,beli kat bazaar je. Biasanya beli kuih2 rm2 je. Ha, kuih TTDI ni mahal sangat (bukan kuih je, semua mahal). 50sen sebiji. Kat Gombak still 5/rm2. Boleh lah, nak alas perut kan? Balik rumah kul 10 baru makan. Mak masak lagi sedap. ;)

Yang di atas pulak gelagat budak2 ofis sebok kerumun cermin dan plan apa nak makan waktu berbuka nanti. Pukul 1.30ptg dah bising nak makan ape. Pukul 2.30ptg dah bertekak sape keluar dulu, sape stay. Perkara ni akan berlarutan sampailah jam 5ptg. Time pukul 5, kitorang akan gilir2 turun beli makanan. Tak boleh keluar sekali, al maklumlah, tempat ni operation 24 jam. Buka puasa pun sambil mengadap kerja.

Seronok Ramadhan kali ini. Tak terasa pun dah 10 hari. Alhamdulillah.

p/s: Minyak RON95 sama harga dengan RON97 yang dulu. Sedihnya.

27 comments:

balqissy said...

pernah pergi sana last ramadhan. popia basah dia sedap! yummy ~ >.<

CAHAYA said...

balqissy,

Hmm. Still ada kedai popia tu kat sini. ;) Bila nak dtg lagi?

Nite Garden said...

Bestnye buka puasa kat ofis. tingat kenangan silam i. last year i ada jugak gi pasar ramadan kat ttdi tu. tp most of the time beli kat cafe ofis jer. anyway selamat berpuasa.

CAHAYA said...

Nite Garden,

Bestnya ofis ada cafe. Kat sini terpaksa hadap Pasar Ramadhan je. Lagi sedih bila makanan yang dibeli tak sedap. Kalau hujung minggu plak, kul 5 lebey, dah abis makanan. Dasyat betul pembeli.

Kat pasar ni bukan Melayu je membeli belah. Rasanya Cina India pun sama banyak jugak. Majmuk la katakan. ;)

dukunlintah plk said...

best lah opis takrang.. dpt cuci mata.. haha

CAHAYA said...

dukunlintah plk,

Yalah tek. Nang cuci mata sebelum sungkei. Haha. ;) Lelaki pun hensem2. *sigh*

haritz said...

Bulan puasa ni yang betul puasa hampir takder, percaya tak!

Inah said...

sama lah kite..inah buka puasa kat lab je :)

bawak bekal ajo..rindu bazar ramdhan ;)

HEMY said...

aku penah keje kat vads tower tu...beli situ..mmg mahal oo mknn...nasi2 je cm ok..

CAHAYA said...

haritz,

Percaya. Tapi boleh je kalau mahu. Tepuk dada, tanya hati. ;)

-------------------------------------------------

Inah,

Hmm. Kerja pun Ibadah juga kan? Tapi tak best sebab missed Terawih kat masjid. Lepas ni kerja pagi waktu normal hours. Best2. ;)

CAHAYA said...

HEMY,

Ohh, ye ke? Skang ni dah kureng. Mahal tetap sama. Kualiti takde. Sama macam minyak jugak. Hish!

Inah said...

out of curiousity..what's ur fav dish for berbuka puasa?

CAHAYA said...

Inah,

I love 'bubur lambuk' so much. And my mom cook today. ;)

FdausAmad said...

hah..TTDI,Tg malim pun kelas woihh..kahkahkah

Faisal Admar said...

haha. biasa lah cahaya. bulan puasa memang semua suka sangat berbual tentang makanan walhal bila tak puasa, tak pula.

hmm minyak naik lagi. bosan kan. tq pak najib :)

Miss TeJa said...

salam sis cahaya...hahah..bazar ramadhan adalah bazar yang amat dinantikan bila menjelangnya ramadhan...

tapi, skang cam takur nk pegi..taku h1n1..huuu..teja baru 2 kali je g bazar...n yes..sepuluh hari berlalu tak terasa pun..mungkin kerana terlalu bz kan...tapi alhamdulillah, tiada kesukaran puasa kali ni..

sis,
ter'touching' dengan previous entry..huu...thanks 4 sharing anyway..

Miss TeJa said...

salam sis cahaya...hahah..bazar ramadhan adalah bazar yang amat dinantikan bila menjelangnya ramadhan...

tapi, skang cam takur nk pegi..taku h1n1..huuu..teja baru 2 kali je g bazar...n yes..sepuluh hari berlalu tak terasa pun..mungkin kerana terlalu bz kan...tapi alhamdulillah, tiada kesukaran puasa kali ni..

sis,
ter'touching' dengan previous entry..huu...thanks 4 sharing anyway..

Kcynodia said...

mahalnya kuih. 50 sen sebiji.

btw, bazaar Ramadhan yang diceritakan oleh Cahaya ni memang kawasan trendly lah. siap berfesyen sakan. Ambillah gambar diorg yang berfesyen sakan ni...hehe

sepul said...

hye cahaya... hmm i pun kadang2 gi pasar TTDI tu sebab tak jauh je dari rumah. ye setuju bab pakaian tu. bukan intention nak mengutuk tapi tu lah kan. dengan packnye orang kat pasar tu.. pakai pun macam nak terkeluar buah di badan itu dan yang lelaki macam nak gi zouk. heheheh ish ish ish. u kat vads ye?

CAHAYA said...

FdausAmad,

Blom penah pegi Pasar Ramadhan Tg Malim. Best ke?

-------------------------------------------------

Faisal,

Itulah. Tapi seronok tengok 'budak2' dewasa yang baru belajar puasa ni. Belum pukul 2 dah cerita pasal nak makan ape. Cute je. ;)

Tq pak najib. I missed chedet. :(

CAHAYA said...

Miss Teja,

Kalau ikutkan, last year, Cahaya sekali pun tak pegi Pasar Ramadhan sebab the whole month kerja pagi. So balik rumah terus, berbuka di rumah. Jimat. Lagipun makanan diorang jual tu tangkap muat je. **Sakit hati dengan ikan keli sambal yang rentung sebelah**

Takut eh? InsyaALLAH okay. Tawakal je. Pakai mask waktu pergi tu. InsyaALLAH takde ape2. 12 hari berlalu tanpa kepayahan. Syukur Alhamdulillah.

Touching eh? Just sharing anyway. Malas nak enable komen. Kang ade je jawapan pelik2. Huhu.

CAHAYA said...

Kcynodia,

Haah. rm50 sebiji. Ada certain tu siap mencecah rm1.50 satu. Contohnya, pulut panggang.

Ambil gambar? Tak sanggup lah. Ramai gak tgk photographer dtg ambil gambar. Tapi tak terfikir plak nak ambil. Rimas, banyak sangat orang. Nak jalan pun 1/2 langkah sekali.

CAHAYA said...

sepul,

Haha. Betul2. Hari cuti lagi sakan. Dengan bag LV la, Gucci la pegi membeli belah kat pasar ramadhan. Rasanya macam x sesuai je. Tapi takpe, diorang tahan panas, okaylah tu.

Macam2 gelagat lagi kalau nak ikutkan. Comel giler. I'm not from VADS. ;) tapi dekat2 situ gak.

Nem0 o0h Nem0 said...

tapi sekurang2 nyer minyak ron 97 lagi mhl dr ron 95 skang.. =p

CAHAYA said...

Nemo,

Nanti RON95 tu naik, nak compare dengan ape pulak? We pay RON97 price for RON95. Okay ke? I don't think so.

CATZ said...

haaa..tu la...pernah dgr yg bazar ramadhan kat TTDI ni ramai artis dtg..
hehehhe..pi bazar ramadhan kena pakai ranggi-ranggi eh..hikssssss...
mahalnya kuih satu 50 sen. tupun berduyun gak org beli kan.....
apa beza RON 95 dgn 97 ek..hiks..jahilnya catz ni..

CAHAYA said...

CATZ,

Itu la pasal. Ari tu, menteri plak datang. Yang peliknya, what's with the camera and press? Lawak betul. Kat mana shopping juadah berbuka pun masuk suratkhabar ke? Funny.

Memang mahal kuihnya. Tapi beli gak. Sedap gak kuih2 kat sini. Worth it jugak la.

For RON97 and RON95. It's something regarding the ability of the oil to fight auto ignition. And kalau nak cerita kat sini, memang la panjang. Basically, higher octane number is designed for high performance vehicle. Macam kereta sport ke, racing ke. But normally kereta2 skang ni, macam Toyota, or Honda, tong dia memang design untuk RON92 ke atas. Kalau x silap la. Hehe.

Kereta CATZ green engine kan?