Monday, October 26, 2009

Kamu bila lagi?

Sigh. Soalan ini lagi?

Kalau ikutkan nak je meletup macam kakak aku bila dia diajukan soalan ni bila pegi kenduri kawen sape2. Marah betul dia. Tak cukup marah, bebelan dia akan berlanjutan untuk 2 atau 3 hari selepas tu.

Aku selalu senyum je. Tak pun, aku akan jawab sambil senyum (aku kan kuat menjawab). Lagipun yang tukang2 tanya tu plak kategori terhormat dalam keluarga aku. Yela, pakcik makcik, mereka adalah yang terhormat bagi aku.

Jawapan 1: Untuk Makcik2 aku yang kerek.
Duit tak cukup lagi. Kawen skang pakai banyak duit.
Eh, kamu plak keluar belanja.
Sikit tak banyak, konfem ada keluar duit sendiri gak. Buat masa ni, saya tak mampu lagi.
Macam2 la kamu ni.


Jawapan 2: Untuk Pakcik2 aku yang sporting.
If Malaysian Law allows gay marriage, I guess I've been married long time ago.
Err, is your dad know about this?
Haha. Kidding. LOL. (I am kidding, okay!)
Lemah semangat aku dengan ko ni la.


Jawapan 3: Untuk orang lain.
Saya tak nak kawen. Skang ni lelaki banyak gay, tak pun dua alam. Susah nak cari yang lurus.

Teringat aku konversation dengan cik ZackZara yang aku jumpa di The Curve, jumaat lalu. Cik ZackZara datang ke KL dari Miri. So, aku grab peluang jumpa dia.

Kami juga cerita hal yang sama. Tentang si G and S. Gay atau Straight. Susah nak cakap sebab ramai yang bertopeng kadang2. Yelah, si 2 alam.

Buat masa ni ramai plak kawan2 aku dari spesis ni. Terpaksa kot aku besarkan network aku ke golongan lurus (sepenuhnya). Aku takde masalah berkawan dengan gay ataupun 2 alam ni. In fact, aku suka berkawan dengan diorang. Memahami gitu. Nasihat2 pun kena dengan jiwa raga aku yang lara ni.

Aku pun pencinta lelaki. Dan aku sangat setuju dengan status si Aida ni.

Aku rasa percentage untuk aku kawen berkurang dari sehari ke sehari. (Alasan aku je ni)

p/s: Kalau kamu banyak kawan lurus, kenalkan pada aku yer. Kalau kamu ada jawapan best untuk jawab pertanyaan di atas, aku juga mahu tahu. So at least I can buy 2 or 3 years more. Thanks!

18 comments:

joegrimjow said...

ku pencinta perempuan

CAHAYA said...

sejati ke tak?

Jard The Great said...

when I think why I'm still single.. I read this post.. it heightens my mood.. huhuhu.. thins post

CAHAYA said...

Jard,

So kamu ni picky ke Jard? Aku ni jenis selective jugak kot. Tapi aku tak admit. Hehe.

p/s: aku suka post si munchkin tu. tapi kenapa dia sudah tidak update yer?

Suka Bebel said...

gelinya aku dengan gays ni, memalukan umat.hehe... susah nak tahu orang tu gay ke tidak melainkan berlagak gay supaya dioffer oleh golongan gay ini tapi aku tak sanggup.huhu

ada jalan yang lurus kenapa dipilih jalan yang bengkok?hehe

CAHAYA said...

Suka Bebel,

Ko tak sanggup ape? Haha. Lawak la ko ni. Jalan itu semuanya pilihan. Dah itu pilihannya, nak buat macam mana kan?

zaiMi said...

ade sorg gay yg xmalu mngaku die gay.. siap kt status facebook die tulis " i need ass tonight".. aku "kick ur ass" baru tau.. hahah

CAHAYA said...

zaiMi,

Dia selesa macam tu kot. Kamu berkawan dengan dia ke?

suezen said...

its hurt to know that a guy yg kiter minat is gay

@xiM said...

kamu bila lagi??

*saja tanya lagi walaupun aku tahu kau tak suka..hehehe

mangosteenskin said...

argh~ kalau nak dilayan sangat pertanyaan orang memang boleh sakit jiwa. same goes to orang yg susah nak conceive.

jawab sajalah. "Allah saja yang tahu".

zara said...

Wello dearie!

hehehe.. as I move in to new age number today..I set aside the thought of "bila lagi". Pernah di tanya "bila lagi" by one of my relative..jawapan i mudah je : "Dahulukan yg tua2..baru yg muda ikut contoh" and I refer the statement to a lot of single uncles and aunties. But they all are cool. And dont bother much about this lame Q.

On a separate note : THANK YOU SO MUCH for meeting me. It is such a pleasure meeting you in person, dear.. but our cuppa coffee is not coffee, literally. hehe.

CAHAYA said...

suezensuzanna,

yep. itu memang hurts. kamu ada minat lelaki gay kah?

---------------------------------------------------

axim,

Hehe. Aku bagi kamu jawapan no2. Kamu bila lagi?

CAHAYA said...

mangosteenskin,

I like your answer. Nanti I masukkan dalam list. ;) True. Bila dah kawen nanti tanya bila nak beranak. Lepas tu tanya bila nak bermenantu. Isk isk, soalan takkan putus2.

---------------------------------------------------

Zara,

Happy Birthday Babe! You've reached the number. ;) You ada aunts and uncles yang tak married. So far, I takde yg x married. Semuanya berkeluarga. Besar2 lagi plak tu. Huhu.

Note: Thanks to you too. Next time we gonna have coffee. But yours is Mocca something2 kan?

Unknown said...

xmo bengkok bengkok...

lurus je lagi baik...

Adam dan Hawa berpasangan bukan Adam vs Adam

CAHAYA said...

~o~,

Haha. Sama mahu yang bengkok. Semua mahu yang lurus. Adam memang pasangannya Hawa. Adam ngan Adam main lawan pedang je la. Huhu.

haritz said...

Saya pencinta wanita, orang lain a lantak diaorang, tapi benda ni kalau ada ilmu senang. Sangat menjijikan la.Allah dah turun bala untuk kaum Nabu Luth, dan untuk kaum Luth baru bila ye? takut..

CAHAYA said...

haritz,

Bila bala turun, kalau x efek orang lain xpe. Ni dengan yang tak berdosa tu pun sama terkorban. Kadang2 melebihi target grup.

Kamu pencinta wanita? Semua orang tahu kot. Kamu kan player!