Tuesday, October 27, 2009

Kasih Sayang Kasihan.

Kamu orang yang bagaimana? Kamu beri kasih sayang kerana kasihan kan kekasih kamu ataupun kamu mengasihinya. Memang root word dua perkataan ini sama; 'kasih'. Akan tetapi dua perkataan ini carry makna yang lain2.

Kamu sanggup ke terima orang sayangkan kamu sebab kondisi yang ada pada kamu? Contohnya; harta, penyakit, kedudukan, rupa paras dan macam2 lagi.

Sebelum ini aku fikir harta, kedudukan dan rupa paras menjamin kehidupan manusia di dunia ini dan selepasnya. Ternyata aku silap. Aku salah pandang. Setiap langkah yang aku jalani itu tak bermakna bila aku kejar 3 perkara ini. Mujur aku terhantuk awal.

Aku tak mahu dikasihi hanya kerana aku sakit dan perlukan seseorang disisi aku. Aku tak mahu disayangi hanya kerana apa yang aku ada dan dia mahu miliki itu. Aku tak mahu dicintai atas luaran yang sememangnya tidak kekal. Aku tidak mahu kasih sayang kasihan.

Aku hanya mahu cinta sejati, tulus datang dari hati, yang direstuiNya. Kalau kamu ada yang ini, bak datang! Lalalala.

Mengharap, berbaloi ke?

p/s: Jangan letak nasib atas tangan orang lain. Jangan terlalu bergantung. Pen itu hak kamu, jadi kamu yang berhak corakkan nasib sendiri.

36 comments:

HEMY said...

betul2..pen itu milik kamu..kecuali lah pen tu pn ko pinjam..ahahaha

CAHAYA said...

HEMY,

Dulu aku pinjam pen orang. Tapi pen orang tu tak best. Bila dah pakai pen sendiri, rasa betul hasilnya. ;)

Alhamdulillah.

Kamu ada pinjam pen sape2 tak?

Anonymous said...

sy sygkan dia sbb sy mmg mengasihinya.sy harap dia pun camtu..ermm =/

Jard The Great said...

ehehe... tak salah mengharap... ;p

CAHAYA said...

Nemo,

Sweetnya. ;)

CAHAYA said...

Jard,

Kalau sanggup, apa salahnya. ;)

Honeydy Love said...

i won't mind. as long as i'm happy n the person is happy.. in healthy way. janji tk kaco hak org.. :P

CAHAYA said...

;) betul gak tu. kan?

ein asari said...

open up for chances. u'll be surprised :p.

CAHAYA said...

yep2. we'll never know. plus, i love surprise!

shiela said...

saya xtau adakah harapan sy kat org tu akan jd kenyataan..just follow the flow je la..heh

Suka Bebel said...

kasih sayang yang datang dari hati lah sebab hati akan tidak tenteram tanpa orang yang dikasihi berada disisi.tak perlu tengok muka orang tu, hati dah boleh bayangkan keindahan paras rupanya.tak perlu dengar suaranya, hati sentiasa dialun lunak merdu suaranya.tak perlu dipeluk si dia, hati sentiasa rasa aman damai seperti dalam pelukan kasih sayangnya.hehehe...

mangosteenskin said...

cinta pd yg mencintai itu lebih worthy daripada mencintai seseorang yg kita harapkan akan mencintai kita sepertimana kita mengasihinya. selebihnya percayalah pada naluri dan takdir. betul, jangan letak nasib pada orang lain, tapi letak nasib pada Allah.

Inah said...

:)..somehow this entry and prev entry relate to each other..wish we can sit and have a cup of coffee together one day :)

perhaps we can discuss more bout men :P

balqissy said...

menerima kasih sayang tak menyakitkan...

Faisal Admar said...

saya ada pen. saya tulis masa depan dan kehidupan cinta saya satu persatu. walaupun banyak kertas dikoyak saya, akhirnya dapat juga saya keputusan yang saya mahukan di atas kertas tersebut.

... tidak mustahil saya akan menggunakan kertas yang baru dan tidak mustahil juga apa yang saya perlukan hanya lebih banyak kertas tanpa koyak yang lama.

zara said...

Nice post as always, Kin. ;-)

Saya pun begitu juga. Biarlah perasaan sayang tu ikhlas. Zaman sekarang, sukar nak cari keikhlasan seseorang. Mata kita semua berbeza, pandangan juga berbeza. Mencari keserasian dalam perbezaan itu sukar tetapi tidak mustahil.

sepul said...

ishh nak komen camne yeh.. emmmmm.... pen dan kertas? errr cuba pakai pensil. kalau salah leh padam. kalau pakai pen kalao salah tulis kena pakai liquid paper... nampak comot. isyyy apa ni aku merapu nih. maybe perut aku tgh lapaq kot.

CAHAYA said...

sheila,

harapan selalu disertakan dengan usaha. kalau dah nak ikut flow, mungkin kamu dah berserah. ;)

-------------------------------------------------

Suka Bebel,

Wah, jiwangnya. Harap2 berkekalan lah begitu yer. ;)

CAHAYA said...

mangosteenskin,

Mak Cahaya pernah pesan, sayang/cinta pada orang yang lebih mencintai kita. Tak tahu la sejauh mana pernyataan ini. Pada Cahaya, baik sayang sama rata. Kalau ada lebih atau kurang, mcm tak adil plak.

Mengharap kasih sayang orang yang tak kunjung tiba pun satu kerja merepek. Macam menanti buah durian tak jatuh, macam pungguk rindukan bulan.

Betul kata kamu, nasib atas diri sendiri dan DIA akan beri yang terbaik buat kita semua. InsyaALLAH.

CAHAYA said...

Inah,

I really hope we can do that soon. ;) Really hope to see you when you're here, last time. But takde rezeki kot kali ni. Maybe next time.

This subject is still open for discussion. ;) We'll catch up when the time comes.

CAHAYA said...

balqissy,

As love is a game for two, I guess both parties have to participate in giving and receiving. No such thing for one-way love.

-------------------------------------------------

Faisal Admar,

Koyak banyak mana pun, mesti kamu berpuas hati dengan hasilnya. Teruskan mencorak dan melakar hidup sendiri, hasilnya tentu lumayan. ;)

CAHAYA said...

Zara,

Thanks. ;)

Perbezaan itu kadang2 yang mencantikkan. Yang menjadi pelengkap. Kalau semua sama, tiada canggah, tiada berbalah, rasanya terlalu perfect. Mungkin pada orang perfect tu bagus, tapi kalau sekali meletup, susah gak.

Sampai skang I still wonder how to measure keikhlasan orang. Mungkin terlalu banyak agenda sampai terkabur niat asal. Dan orang lain pun sure tersalah pandang niat kita.

Nasihat kpd diri sendiri: Terima flaw atau kekurangan diri sendiri dan orang lain sebagai permulaan.

CAHAYA said...

Sepul,

Mudahnya kehidupan kalau boleh erase sesuka hati kita. Hakikatnya tidak begitu. Setiap perlakuan datang bersama tanggungjawab. Besar atau kecil tanggungjawab itu bukan soalnya. Yang penting samada mahu pikul atau lepas tanggungjawab itu.

Jadi, kamu diberi pen. Gunakan pen kamu sebaik mungkin. Terserah di mana kamu ingin melakar. Kertas, dinding, lantai, jalan, di mana sahaja. Itu kehidupan kamu. ;)

p/s: jom makan jom. kesian kamu lapar. hehe.

lavidalabelle said...

aku pilih lelaki yg sayang aku melebihi aku sayangkan dia :)

CAHAYA said...

belle,

;) beruntung kamu!

DrSam said...

kita sayang kepada orang yang sayang kat kita :)

CAHAYA said...

DrSam,

Betul tu DrSam. Setuju sangat. Harap kasih pada yang tak sudi kan kerja sia2. ;)

catz said...

nice entry..i likee..
mmg susah nak cari kasih yg ikhlas..without any condition...bukan saja nak cari kekasih...nak cari kawan yg betul2 ikhlas pun susah ketemu...
tapi saya pasti..
ia pasti ada..
cuma masih belum bertemu...
Tuhan beri kita lambat kerana mahu beri yg terbaik..jgn jemu atau putus harap.
pasti ada.

KiKiHanakO said...

nice.. i suka ni.. =)

zafi said...

I like this entry...
meaningful...
yeah i am seeking for it now! :D

Ad Rifza said...

Yup betul kata Cahaya...tidak sepatutnya kita mengasihi kerana kasihan..akibat kasihan kita mengasihi..semua itu hanya hipokrasi yang akan menyelubungi diri kita sendiri kelak..Mengasihi dengan cara begini tidak akan kekal lama..Tidak salah mengasihi tapi mestilah ada terdetik rasa kasih yang abadi...kasih yang tulus ikhlas dari hati..
Tapi percaya tak kasih boleh dipupuk?..Macam org2 dulu kawin..tak kasih pn mula2nya tapi bila dah beranak pinak..kasih itu semakin mekar dan segar...hmmm..

CAHAYA said...

Catz,

Kawan memang ramai. Nak cari yang ikhlas, yang berkawan dengan kita tanpa kondisi itu susah. Setuju dengan Catz, yang baik dan ikhlas itu ada. Biarlah masa menentukan. Sebab perkara yang baik2 akan dtg tanpa diduga. ;) Aku takkan putus harapan Catz. Aku akan tunggu.

------------------------------------------------

Ladykiki,

;) Thanks babe.

CAHAYA said...

Zafi,

Yeay, tell me when you've found one. ;)

---------------------------------------------------

Ad Rifza,

Kasih sayang kasihan semestinya tidak kekal. Sebab ada 'sesuatu' di antara si Adam dan Hawa. Sesuatu itu ialah kondisi yang Cahaya nyatakan di atas.

Kasih sayang yang dipupuk tidak kiralah sebelum atau selepas bernikah lebih abadi. Kadang2, sekejap pun akan buat kita rasa puas nikmat bercinta itu. Apatah lagi bertahun2.

p/s: mahu jadi seperti orang dulu2. Kasih sayang dipupuk selepas bernikah. Kalau diduga pun, ikatannya sudah sah. ;)

Wahidah said...

i ade eksperimen couple ngan guy sbb kasihan..n mmg tk kekal pun...ssh la kalo kasih sbb kasihan...biarla sbb kiter btol2 kasih kt diee

CAHAYA said...

Wahidah,

Wah, siap bereksperimen lagi. So dah dapat conclusion? Yang penting, jangan ada agenda. Been there. Memang takkan kekal. Menaikkan benci orang lagi ada.