Friday, October 30, 2009

Patut dan tidak patut.

Imej aku Google jek

Tempoh hari aku sempat berbual dengan Papa (bukan ayah aku) berkenaan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang patut ibubapa dan anak2 lakukan.

Papa hari2 berdoa supaya anak2 papa dilindungiNya dan dalam keadaan baik2. Tapi diorang sepatutnya sebagai seorang anak hormat pada orang tua. Lebih lagi pada Papa. Buku mana pun semua ada cakap, anak kena hormat mak ayah.

Aku jawab,

Memang semua buku tulis macam itu. Semua kitab agama, baik Islam ataupun tidak, memang ada tulis yang muda perlu hormati yang tua. Memang diorang sepatutnya jadi begitu dan begini. Tapi isunya di sini, diorang tak ikut buku. Diorang refused untuk ikut buku. So macam mana?

Aku mahu tahu di sini, ibubapa semua fikir macam Papa ke? Semua fikir yang anak mereka sepatutnya begitu dan begini tapi tidak pernah mahu tunjuk jalan kepada anak2 untuk kembali. Dalam kes ini, anak Papa tidak mahu pulang kerana merajuk Papanya berikan layanan istimewa pada anak2 yang lain.

Bila anak merajuk, Papa hanya cakap, "Pergilah, aku tak kesah. Aku tak mati tiada kau kat rumah ni." Walaupun dalam hatinya, dia mahu anaknya stay bersama dia.

Itu ego ke? Atau dia mahu tunjuk kuasanya sebagai seorang bapa. Tapi dalam masa yang sama, anak dia tak tahu pun niat bapanya begitu. Anak dia hanya tahu, bapa dia halau dia, dan bapa dia tidak mahu lihat muka dia lagi.

Kamu rasa macam mana nak settle hal ini? Dua2 besar kepala taknak bincang. Taknak bersemuka. Si anak dah berikrar takkan jejak kaki ke rumah Papanya lagi. Si bapa pula apabila di tanya orang lain, bangga riak mengatakan dia tak hadap sangat anak dia balik. Padahal dalam hatinya aku tahu dia mahu anaknya kembali.

p/s: dulu aku salute Papa sebab hubungannya dengan anak macam kawan2. Anak2 open for discussion everytime nak apa2, ataupun untuk minta advice. Tapi skang ni, entahlah. :( Aku harap yang terbaik untuk mereka semua.

15 comments:

Jard The Great said...

huhuhu.. men and their egos.... bapa ku mcm tuh jugak.. tp sejak sakit2 neh.. die da tak ego da.. hehe

CAHAYA said...

Jard,

Takkan nak tunggu sakit plak Papa ni, baru nak turun ego dia. Aduhai.

Faisal Admar said...

i'd say give and take.

papa tak sepatutnya nak menuding jari kepada anak saja kononnya semua buku tulis begitu. akal fikiran yang waras harus digunakan.

faisal tak salahkan si anak sebab jika ini berlaku dekat kita pun, sure kita akan fikir memang papa taknak kita stay di tumah tu lagi. tambahan umur dah matang, kita akan fikir jika papa tak nak kita stay, why not kita mulakan hidup baru dan hidup sendirian?

papa sepatutnya lebih banyak makan garam dan reverse psychology perlu digunakan. papa perlu letak diri papa dalam situasi si anak.

ego perlu dibuang untuk kesejahteraan hidup... bukan sahaja dalam keluarga malah dengan kawan-kawan.

CAHAYA said...

Faisal Admar,

Give and take should be on both side, I guess.

Si Anak pun sesuka hati mengatakan Papanya pilih kasih. Sedangkan sama rata je semua anaknya. Cuma biasalah, resam manusia, tak pernah puas.

Nak mulakan hidup bersendirian kononnya itu pun tak kesampaian bila dia datang minta pertolongan dengan makciknya. Makcik lepas itu minta tolong ngan Papa dia jugak. Lawak!

Dua2 patut perlu fikir. Sebab Papa dah ada pengalaman. Anaknya pun baru berjinak2 mencari pengalaman. Dua2 besar kepala.

Ego ni baik takyah ada. Senang!

*~ aRaBeLLa ~* said...

off topic..wa cik cahaya..dah berhijab..alhamdulilah.. =)

CAHAYA said...

arabella,

minta diberi kekuatan. ;)

miss jane said...

lelaki mana nak tunjuk kan..ego!

haihaihaiahiahiahaih

CAHAYA said...

miss jane,

Err, Cahaya belum arif tentang lelaki ni. ;)

joegrimjow said...

nak tak nak anak kena ngalah
nanti anak kite plak ngalah ngn kite

ije said...

semoga papa n famili bahagia seperti dulu kala..

kawie2020 said...

bagi aku papa yg betul... apa2 pun kalau sianak tidak puas hati ngan papa, dia mesti patuh pd papa. kalau sianak mengguriskan hati papa walaupun sekelumit debu, sianak tetap bersalah dan derhaka...

walaupun siayah berperangai buruk cam ba*i pun, sianak wajib berbuat baik ngan siayah..

Ade kisah dizaman nabi musa dimana sianak tetap berbakti n melayan ibubapanya yg ditukarkan menjadi babi. allah menunjukkan sianak itu ahli syurga pd nabi musa...

buat sianak, bagaimana pun perangai ibubapa kamu, maafkanlah mereka, berbaktilah dan senangkan hati mereka.. baliklah kerumah...

sorry arr panjang la plak.. aku emo skit nih..

ixora said...

akak tau..
xora pernah ask 1 of my fren...isu yg hmpir sama...
jawapan dier.....

dalam rukun iman xde pn 'percaya kepada ibubapa'...jd kdg2 kita perlu buat keputusan kita sndiri dan kdg2 ibubapa bukan selalunya betul..zaman dia tak sama dgn kita..but kita kena hormat mereka..'hormat' yg my fren mksudkan adalah, setiap ape yg kita nk buat just bg tau mereka..sma ada bg atau tidak, kita tolak tepi..setiap org ade akal tuk berfikir..

sbb nnt, kita juga akan ada anak..

MariaFaizal said...

As a parent, i now know that no matter how egoistic a.k.a a parent is (irrespective mommy or daddy),we always wanted the best for our offsprings. The rest..is in God's hand :)

Take care girl!

.o r k e d. said...

da tuka url.sila update ya (:

CAHAYA said...

Thanks All for the great comments. I told Papa to take a step and try to improve the situation. Seems like the Anak is so stubborn.

And I hope he will be burn in hell. Boleh tak? Jahat punya anak, pi ludah plak kat bapak dia.