Friday, December 4, 2009

The more we read, the more we know that we are stupid.

pasir pandak, Eid-ul-Adha

"Eh Skin, aku tengok kau diam je skang ni. Tak sehat ke?" tanya Suren.

Pertanyaan itu diajukan oleh colleague berbangsa India. Dia cakap jarang dengar suara saya sekarang. Kalau dengar pun time meeting ja. Pertanyaan seperti ini bukan saya terima dari Suren seorang saja. Ada 2,3 orang lagi yang bertanyakan soalan yang sama. Sampai mereka tak perasan saya yang 'kecil' ini wujud dalam ofis. Hmm.

Saya sihat. Baik2 sahaja. Saya tak sakit, mahupun demam. Cuma saya rasa lebih selesa diam. Takpun saya akan dengar lagu seorang diri ataupun membaca. Lama dah saya tinggalkan minat membaca ini. Adalah dalam 2,3 bulan macam tu. Saya tidak pasti samada saya tinggalkan minat sebelum ini selepas terlalu banyak Albom dan Bukowski di mata ataupun saya sibuk dengan dunia. Dalam kes ini saya pilih yang kedua sebab saya masih minat membaca kedua2 mereka.

Saya dah mula IN semula dengan membaca. Saya rasa damai. Seperti title, saya rasa banyak perkara tentang hidup yang saya belum tahu. Selama ini saya ingat saya tahu banyak. Rupanya saya masih bodoh. Banyak lagi yang perlu saya belajar. Mereka kata, pembelajaran bukan datang dari bacaan, tapi dari kehidupan. Tapi, bila membaca kita dapat tahu kisah jalan hidup orang lain. Buat kita wonder kebesaran Maha Esa. Pengalaman masing2 berbeza kan? Bukan semua orang sama.

Pilihan bahan bacaan saya kali ini lebih santai, ataupun sekali sekala dark. Saya suka membaca Nick Cave dan juga Jonathan Safran Foer. Nick Cave sangat dark. Kalau awak mahu cuba, sila cari "The Death of Bunny Munro: A Novel". Encik Foer pula dah keluar buku baru. Saya masih membaca semula yang lama. Ambil feel kata orang. Haha.

Awak suka membaca? Banyak nikmat boleh dapat dari membaca ini. Selain dari ilmu, buku boleh buai mata untuk tidur juga (pada saya lah!). Masing2 punya cara untuk lelap. Ada yang baca Al-Quran, berzikir, kira kambing (saya pun tak pasti kenapa kambing, kenapa tak lembu?), dan macam2 lagilah. Saya suka membaca sebelum tidur. Tak kiralah kitab ke, buku novel kanak2 ataupun suratkhabar. Apa dapat dicapailah pada masa nak tidur tu.

Pada yang tidak suka membaca, bukanlah saya kata awak akan terlepas satu dari nikmat yang best ini. Mungkin awak ada cara lain untuk belajar ilmu atau tahu tentang kehidupan. Cara masing2 kan? Apa ada hal.

p/s: Saya ke Pay Less Book di Wisma MCA beberapa minggu lepas. Terjumpa karya Hamka bertajuk "Falsafah Hidup". Best! Kawan saya cakap susah nak dapat buku ni.

14 comments:

catz said...

saya setuju,..
dari membaca boleh belajar byk perkara...
walaupun kdg baca novel, tapi kdg dlm novel pun ada fakta yg mudah kita absorb dlm minda..
buku2 motivasi, buku2 kewangan, buku agama etc..mmg akan buka minda kita...saya setuju,bila kita banyak buku, banyak lagi benda yang kita tak tahu rupanya..

:)

Wahidah said...

i use to read a lot be4..but nowadays mcm dh kurang sket..best kan readingg

balqissy said...

lama sgt x baca buku....
skrang kena study benda lama balik, sbb nak kerja baru. tapi, time addictive dgn membaca mmg heaven =)

As said...

as setuju ngan cahaya :)
esp with the title...
hehe
pasni jd diam2 ubi la die ^^

Jard The Great said...

aku pon baru start nk baca2 neh.. da lama ku tinggalkan.. ehehe..

sepul said...

cik cahaya ni pendiam kah orangnya?

Unknown said...

da lama x membaca buku...baca blog je...

@xiM said...

saya pun dah mula berjinak jinak dengan membaca..siap boleh tersenyum sorang sorang bila mengadap novel..kah kah kah

Ad Rifza said...

Ad amatlah ssh nak membaca esp novel..Pernah try sekali baca novel ayat2 cintun..tapi baca sikit tak habis alih2 bagi pinjam kat opis mate..huuhu..Ssh sangat..Kalo membaca just baca majalah yg tetap bulanan tu jer..hehe..So slmt kembali membaca lah ya..hehe

CAHAYA said...

catz,

how are you? lama tak dengar citer. I pun dah lama tak online YM.

baca novel leh sedu sedan selain dapat pengalaman baru. :) selamat membaca.

---------------------------------------------------

Wahidah,

Skop membaca luas, tak semestinya novel. Baca pamplet or manual kerja pun kira membaca. :) Sekarang cuti kan? Jom ke kedai buku.

CAHAYA said...

Balqissy,

:) study benda kerja? Tu pun kira membaca. :)

--------------------------------------------------

As,

Diam2 ubi tu takdelah. Tapi mulut rasa berat nak bercakap. Cuma dengan orang yang betul2 selesa baru buka mulut.

CAHAYA said...

Jard,

Jom! Kalau ada yang best2. Share yer. Boleh sama2 dpt ilmu. :)

--------------------------------------------------

Sepul,

Langsung tidak. :)

CAHAYA said...

~o~,

Skop membaca ini luas. Baca blog pun kategori membaca juga tu. :)

---------------------------------------------------

Axim,

Kalau awak senyum sorang2 kat luar sambil baca novel, awek2 mesti ramai terpikat. Sebab lelaki membaca ni lelaki sejati. Seperti kata pepatah inggeris, "Real Men Reads." :)

CAHAYA said...

Ad,

Tak kira jenis bacaan. Majalah, buku ataupun bahan bacaan elektronik. Asalkan kita boleh manfaat dari bacaan tersebut, dah cukup baik. :)