Tuesday, January 12, 2010

If love is the answer, could you rephrase the question?


Iklan di atas bukan sekali keluar di Facebook saya. Malah dalam hari ini sahaja sudah 3 kali new post yang sama bila saya click LiveFeed. Teringin bertanya pada tuan punya post beberapa soalan. Tapi rasanya, biarlah dia rasa sendiri. Saya hanya akan membebel di sini. Di tempat yang lebih selesa.

Pekerjaan saya menyebabkan saya sedar perkara di atas bukan hanya perlu difikir oleh dua orang yang terlibat. Tetapi lebih dari itu. Okay, isu isteri pertama memamg semua sudah maklum. Itu memang sudah menjadi isu sejak dulu-dulu lagi kot. So, might as well not discuss it here.

Concern saya ialah pada si lelaki dan perempuan ke-2,3 dan 4 serta yang bakal lihat cahaya di bumi selepas 9 bulan. As I said, pekerjaan saya menyebabkan saya sedar beberapa perkara. Perkahwinan bukan setakat ikatan. Malah lebih dari itu. Rasanya semua pun tahu kan?

Malaysia ada undang-undang. Dan undang-undang perkahwinan adalah salah satu daripadanya. Jelas, undang-undang yang dibuat untuk kebaikan semua. Perkahwinan di luar negara perlu didaftarkan untuk membolehkan mereka dapat hak sepenuhnya atas kertas. Kenapa perlu? Kalau takda kertas ini, takda surat beranak. Bila takda surat beranak, macam2 lagi lah masalah.

Implikasi terhadap anak yang tak dapat sijil kelahiran akan melarat kepada isu tak dapat daftarkan anak sekolah dan lain2 lagi. Lebih menambah kekusutan bila suami meninggal dunia dan nasib anak seperti menumpang di negara sendiri. Tak boleh sekolah, tak boleh juga dapat sijil kelahiran, IC dan passport. Apa beza mereka ni dengan pendatang?

Jadi, sebelum anda telefon nombor di atas, fikir implikasi yang saya sebutkan. Jangan nak fikir sedap je. Ops!

8 comments:

sicKo^ said...

iklan camtuh pun ada.. hahah

Kniedaz said...

Macam xde barang len je nak diiklankan..poyos tol..& semestinya iklan ni utk lelaki2 jongos yg tak sedar diri..huh (marah bunyinye nih..haha)

CAHAYA said...

sicko,

itu la pasal. macam dah takde benda lain nak berniaga.

---------------------------------------------------

kniedaz,

kan? tahu nak sedap je. ape dia kesah ape orang lain rasa. (mmg nampak marah la sis)

HEMY said...

hehe...tp kalau perkhidmatan ni buleh make sure dia yg daftar..ok kot..ekekeke

CAHAYA said...

daftar mmg kena buat sendiri. Xde makna org lain boleh buatkan.

DrSam said...

ramai yang agaknya nanti lepas baca entri ni, sedap-sedap aje telefon no tu...

bluecrystaldude said...

Salam Cahaya,

betul betul. kesian anak2 yang bakal lahir di kemudian hari. Facebook sekarang dah bagai dinding di jalanan. Iklan di mana saja :(

CAHAYA said...

Salam,

Itulah. Teknologi dah disalahgunakan. Pelik2 je iklan yang keluar. Ada yang berlawak pun tak kena tempat. :(