Tuesday, February 2, 2010

All happiness depends on a leisurely breakfast.


Rasanya semua orang tahu nasi lemak antara makanan favorite rakyat Malaysia tak kira lah waktu pagi, tengahari, malam ataupun tengahmalam. Uniknya di Malaysia, nasi lemak bukan sahaja ada versi Melayu, tapi setiap kaum ada versinya sendiri. Even mamak pun ada masak nasi lemak juga kadang2.

Cerita ni terhasil dari diskusi saya bersama dua orang rakan sekerja berkenaan stall2 nasi lemak berhampiran pejabat kami. Banyak sangat orang yang berniaga kat kawasan pejabat kami, bersilih ganti. Yang kekal, ada la 1 atau 2 gerai sahaja. Walaupun gerai yang kekal ni tak berapa sedap, saya tak pasti kenapa setiap hari ramai je orang singgah. Siap beli secara pukal lagi.

Nazir, rakan sekerja saya juga adalah seorang penjual nasi lemak yang berjaya. Tapi selepas waktu pejabat lah. Sambal sotong mak dia, boleh nanges lah! Memang sedap. Tapi katanya dia akan berhenti berjual tak lama lagi sebab hasad dengki orang lain. Mak dia sakit pelik, berubat kat hospital pun tak baik2. Sejauh mana kebenarannya, ntahlah. Tapi ini bukan pertama kali saya dengar kes2 macam ni.

Kenapa tak boleh bersaing secara sihat? Kenapa nak guna pelaris lah, santau lah. Apa2 je lah nama lain hanya untuk pedajal orang tak kasi dia berniaga lagi atau bagi orang ramai kat kedai dia. Sanggup pulak tu makan hasil dari penganiayaan orang lain. Sampai betul hati. Cuba la bersaing secara sihat. Kalau nasi lemak hang jual tu tak sedap, sedapkan lah. Yang dengki tak tentu pasal tu kenapa pulak. Haish! Mintak jauh la yer kawan2. Bila dah ada kes2 macam ni, tu yang buat nak makan makanan tu pun saya dah geli. Yucks! Ye lah, kadang2 benda yang diorang pakai tu pun bukannya bersih. Kombang tokak den!

Susah kalau bertuhankan tuhan selain dari Tuhan kita yang Esa. Dunia lepas lah kot. Akhirat? Wallahu'alam.

23 comments:

Inah said...

hah..nasi lemak!! rindunyaaa :(..nak buat lah malam ni :D

catz said...

hi cahaya,

saya pun sama terpikir mcm cahaya.
kenapa peniaga MELAYU susah nak bersaing secara sihat.sukia nak guna mandrem mak esah segala tuh.
kalau sedap, org akan tetap datang.
berniaga makanan ni, walaupun gerai tepi jalan, yg penting SEDAP, HARGA MASUK AKAL dan BERSIH.
mmg sellau gak terpikir, ada kedai mkn yg rasa biasa2 / tak sedap tapi org tetapppp ramai. dan kedai sekeliling nya kosong takde pelanggan. Nak berniaga makanan, kuncinya kenalah betul2 sedap yg sgt sedap (ihiks). nasi lemak kena rasa nasi lemak. bukan rasa gitu2 je. sambalnya pulak kenalah best.
market nasi lemak ni luas, sebab semua kaum makan, tak kira siang ataupun malam.kalau sgt sedap, niaga kat mana pun org cari.

:)

CAHAYA said...

Inah - masak ke? Nak sikit!!!


Catz - Tu la tu. Nak letak segala mandrem. Sah2 la orang tahu. Ape ntah. Kesian tau tabur pasir periuk nasi orang. Ape ntah.

Hari tu Cahaya ada cakap kat satu gerai ni. Sambal dia, cili pun tak blend hancur. So sure la cili tu nampak di mata. Saya cakap kat dia, akak, esok blend cili ni sampai hancur. Sure ramai orang datang.

CAHAYA said...

Catz - Eh Catz, saya teringin la nak makan nasi lemak air tangan catz. Hehe. :)

Jard The Great said...

sedar tak sedar.. jenis pengiayaan sesama kita akan menghancurkan kaum kita pada mase hadapan....... huhuhu..

CAHAYA said...

Jard - Betul la tu. Kesian tau kaum kita masa depan. Tak berdaya saing. Tapi berdaya mandrem. Ape ntah. Kita yang makan ni pun makin bodoh lah jadinya.

catz said...

hi cahaya,
hehhehe..
bukan le sedap sgt saya masak ni cahaya oi...sedap di tekak saya belum tentu di tekak org lain.
datanglah ke bangi.
saya weekend ni (ahad) ada di rumah,
now susah nak gerak.
saya kemalangan 3 minggu lepas.now tadek kereta.kena tunggu lagi 2-3 minggu kot baru ada kete balik.
mai le ke bangi.

Dj Epoi said...

Selepas daripada masuk Hospital itu hari...Dr nasihatkan Gua supaya turunkan berat badan.....
Setelah 2 minggu ..sampai kehari ini tak sentuh lagi nasi lemak siut hehehehehehe....

Dalam Bisnes camnih...ar...
Kalau dia tak kacau kita melalui Gangster...dia kacau pulak melaui menda2 halus....nih.....

Kadang2 tersa dunia ini tidak adil...bila kita bersungguh2 untuk bersaing bila terjadi macam nih....

Dugaan semua nih kan?

Buat rakan yg niaga nasi lemak tuh...
Anggap jerlah ..ini adalah salah satu dari ranjau yg kita patut tempuhi dalam line bisens nih...

P/S - Jangan Fed Up k....
Yang buat menda2 camtuh.....


Gua pelik juga.....selepas 2 hari Gua berenti kerja....tetiba pinggang Gua sakit sampai ke hari ini.......
Kaki Gua kebas siut!

?

CAHAYA said...

catz - alahai catz, saya bekerja setiap hujung minggu bulan ni. cuti semua tgh minggu. nak melepak2 dgn kawan2 pun gagal. harap offernya masih dibuka bila saya cuti time weekend. :) thanks so much catz.


Bro DJ - wah, diet eh? Tak sentuh nasi lemak. Bagus. Semoga berjaya Bro.

Ye lah. Tu la yg kawan saya cakap pun. Bukan rezeki dia la kot. Cuma dia tak sanggup la mak dia dibuat sampai macam tu. Hati anak sayu tgk ibu dia sakit.

Eh, pelik plak pinggang sakit lepas benti kerja? Time keje takde plak sakit? Ntah. Saya pun tak pasti sejauh mana kehebatan secara halus ni. Tapi saya tahu kewujudannya. Just berdoa supaya kita dijauhkan dari semua tu. InsyaAllah.

Faisal Admar said...

lumrah. yang pelik, melayu je yang suka buat macam ni.

kaum lain tak pun.

cuba tengok gerai2 lain, terutama cina. siap saling tolong menolong lagi kan?

CAHAYA said...

Faisal - memang la. melayu je tahu mandrem2 ni. cara mereka halus dan makan dalam.

kalau kaum cina atau india dah jadi isu gangster plak. kadang2 awak nampak je diorang aman. Cuba tanya peniaga tu, sure diorang terpaksa bagi wang perlindungan.

So, ape je jenis kaum pun. Ada je yang dengki. Cara nak ubah, kena ubah sikap la. Bersaing secara sihat. Tapi kalau dah biasa makan duit hasil aniaya orang lain, takde maknanya nak bertaubat.

Kniedaz said...

betul cakap faisal tu..kalau tgk gerai org cina ok je..kdg2 jual benda yg sama sebelah menyebelah takde hal pun, kalau g gerai melayu kita dok kat depan gerai A kdg2 takleh order kt gerai B, apa hal plak tu? PHD tinggi sangat kot..tu yg jd camgitu...

Firol said...

betul kata hang cahaya..manusia ni kadang2 kalau cemburu je mesti nak jatuhkan orang tu...takpe terlepas kat dunia,kat sana nanti terhitung jugak

Shimamon said...

uish! nasik lemak tuuu..sedap btol tgk gmbr nye..lapor la plak!

anyway, hasad dengki ni mmg ade kt mane2..tp slalu nye kite dgr kna kt org bisnes2 ni la. ape la penyakit x leh tgk org lain sng..ish3..pesan kt Nazir tu, sabar la byk2..try berubat kampung..

HEMY said...

melayu sllnya camni lah...pantang tgok org len berjaya..susahhh

Unknown said...

selalu impikan dpt makan nasi lemak yg sedap dan lain dari yang lain.. bayangan je tu waktu tengah lapar. tapi yg menyedapkan hidangan tu... tarikan pada sedapnya sambal dia... rangup nye kacang dia.... garingnya ikan bilis dia..... dah cukup.

bab org x leh tngok org lain senang ni.... dh ada sejak azali tu yg susah nak dihilangkan.

CAHAYA said...

kniedaz - Bangsa kita masih belum merdeka kot. Tapi kalau cakap macam ni, sure depa marah2. Tak faham betul. Sapa la suruh pakai mandrem segala.


firol - cemburu bukan boleh pegi mana2 pun. yang nak buat orang itu ini, sampai bila? takkan nak cantas semua orang yang cucuk line dia kot.

CAHAYA said...

shima - Alhamdulillah Mak Nazir dah berubat kat Pusat Rawatan Islam. Dah nak okay dah pun. Tapi itulah dia, nak teruskan berniaga, kang orang tu 'up'kan plak mandrem dia. Bikin naya orang jak.


HEMY - Betul la tu. Takleh tgk orang senang, satu. Yang nak jalan singkat, tak nak usaha tu kenapa pulak? Haish!

CAHAYA said...

kak izan - setakat ni kak, nasi lemak paling sedap pernah saya makan ialah hasil tangan mak saya. Air tangan ibu kan, goreng telur pun jadi!

Sejak dari azali masalah yang sama, meminta pada tempat yang tak betul. Yucks!!

@xiM said...

so macam mana kita nak banteras mender ni?dah berakar umbi since zaman nenek moyang kita lagi..

generasi baru macam kita ni lah kena perbetulkan keadaan..simple jer kan-masak sedap,konpem ramai singgah..itu pun diorang tak leh nak adapt..hmmm aku pun tak paham sebab tak meniaga kot..

CAHAYA said...

Axim - Dah biasa hidup senang dengan mudah. Ada pelaris, jual batu salut tepung pun laku agaknya. Kesian la tgk orang yg berniaga dgn jujur. Jujur pun x dpt cari makan gak. Pelik kan?

Faisal Admar said...

wang perlindungan benda luaran. dari kita tak tahu apa-apa, tiba-tiba sakit teruk dan mati :)

di penang, kalau nak buat business memang kena sediakan wang perlindungan dari samseng.

Anonymous said...

melayu mmg cmtu la,ade jek yg tak puas hati..
takpe dunia lepas la,akhirat mungkin tak!