Thursday, March 25, 2010

"Esok aku mati mata terbeliak."

Ayat di atas bukan ayat saya. Ayat Ayah saya. Teringin benar dia nak bercucu. Apakan daya, anak dia BF pun tak berapa steady. Apetah lagi nak bercucu kan?

Ayat Ayah panjang sebenarnya. Lebih kurang macam ni, "Ayah asyik kawenkan anak orang je, pergi kenduri orang, tengok cucu orang. Kenduri anak sendiri ntah bila, lagi la nak timang cucu. Esok aku mati mata terbeliak. Kempunan."

Aduhai Ayah, bukannya taknak kawen. Dah jodoh saya belum sampai (at least saya rasa macam tu la). Dulu waktu zaman sekolah teringat time baca paper kat pusat sumber. Bila terbaca kisah orang2 muda yang meninggal meninggal dunia sebab accident, siap berdoa dalam hati. Minta2 lah itu bukan jodoh saya. Nak tergelak kalau dikenang cerita lama. Kesian Ayah, harap Ayah dan Mak boleh hidup lama. Dan sempat menimang cucu.

Cerita lain pulak.

One of my colleague, Nalis dapat baby seminggu lepas. Hari ni baru dia start bekerja semula. Suka tengok muka dia bercerita kisah dia dan isterinya waktu saat2 nak bersalin. Pengalaman pertama. Berseri-seri muka dia. Saya pula terdiam. Rasa meremang, ngilu, semua ada.

Anak dia comel pula tu. Kawan-kawan saya cakap macam muka bapa dia. Hehe. Serius, tang ni, saya tak pandai nak komen. Penat saya senget2 kepala nak tengok dan pastikan persamaan tu. Tapi lama2 saya rasa itu hanyalah komen2 mesra kawan2, nak sedapkan dan gembirakan hati si bapa. Ah, comel betul lah kawan2 saya.

Tahniah buat Nalis. Comel kan baby dia?

14 comments:

*~ aRaBeLLa ~* said...

huhu, kelakar lak akak bulih pikir camtu..kalo sy bile bace org yg mude mati accident terpikir sedih lak diorang ni tak dapat nikmati hidup sepuasnye tapi in same time diorang untung gak sbb tak banyak dosa nak kena hitung ..hukhuk

CAHAYA said...

Arabella - Haha. Tu lah. Ntah macam mana boleh terfikir macam tu tak tahu lah. Dulu doa siap tadah tangan lagi tau. Afdal mudah-mudahan.

Mati awal, dosa sikit. Betul juga tu.

Jard The Great said...

hehehe.. ku pon pesen lambat kawen... adik ku kawen dulu la gamaknya

Ad Rifza said...

INSYALLAH..adalah tu rezekinya bila2 yea..Doa2lah selalu tanpa serik yea..ALLAH sentiasa mendengar hambaNYA..

dukunlintah plk said...

hmmmmmmmm..

~0~ said...

semoga cepat ketemu jodoh...

catz said...

cahaya,
tak usah risau..
jodoh itu akan datang...cuma mungkin belum sampai waktu dan ketikanya.
hmmm..
comel baby itu.

:)

CAHAYA said...

Jard - Kitorang bukan pesen Jard. Dah nasib macam ni. Tapi ada gaya kot adik aku akan kawen dulu memandangkan kegatalan diorang. Hehe.


Ad Rifza - InsyaAllah. Doa tak pernah putus. Semoga DIA mendengar doa Cahaya. ;)

CAHAYA said...

dukunlintah plk - Ape hmm hmm?


~0~ - Aminnnnn. ;)

CAHAYA said...

catz - InsyaAllah. Kitorang memang lambat kot. Ataupun takde. Apa2 pun, tak kesah lah. Tapi kesian la plak my parents. Berharap je. Hmm.

Faisal Admar said...

cute sgt baby tu :)

kdg2 kita boleh rasa stress dari parent sendiri.

CAHAYA said...

Faisal - Yep. Cute.

Tension and stress from parents boleh lead to impotent. Haha. Nanti dah kawen tanya pasal anak pulak. Damn!

Porcelain Doll said...

Chommelnyer!!!

Well, my case - my parent super kewl plus dia tahu anak dia ni sibuk kerja, takde minat nak berdating. Tapi makcik makcik saya yang kepoh tu je sebok tanya. Rasa nak je tanya diorang balik, nak sponsor ke?! *haish*

CAHAYA said...

Doll - Comel kan? Geram betul.

My parents used to be so kewl about all this marriage thingy, but lately they just can't help not to talk about this. Pressure diorang. Kesian.

Kalau ada sponsor best jugak. :)