Wednesday, April 7, 2010

Love can make you happy but often times it hurts.


Sudah lama ingin ku ceritakan kisah ini. Sudah lama juga ku pendam dan ramai yang pandai-pandai memberi nasihat kepada aku sedangkan bukannya aku yang memerlukan nasihat tu pun. Nak kata terpaksa, tak jugak. Tapi terima je lah. Aku pun dah tak sanggup simpan.

Penat!

Peristiwa beberapa tahun dulu. Si lelaki menyampaikan hasratnya pada si perempuan ingin bernikah lagi satu. Alasannya, dia kecewa dengan anak-anaknya. Dia kecewa dengan isterinya. Permintaannya tidak diperkenankan. Langsung hancur luluh hati satu keluarga, sampai ke hari ini terasa.

Si lelaki cakap dia kecewa dengan anak-anaknya. Apa yang dia kecewa, aku pun tak pasti. Anak-anak dia semua sekolah tinggi. Semua lulusan universiti. Hormat orang tua. Dengar cakap orang. Manusia memang tak pernah puas kan? Yang kecil sekali baru Tingkatan 4, tapi aku rasa dia pun boleh lulus universiti kalau bapak dia tak sibuk menikah satu lagi. Bab dia kecewa dengan isterinya, bukan area aku untuk ikut campur. Tapi pada aku, kalau rasa si perempuan tu tidak sempurna dari dulu, kenapa kau beriya menikah dengan dia dulu. Dah ada anak 4 baru perasan ke?

Pelik!

Aku tak tahu kenapa dengan si lelaki. Dia rasa seperti dia tak buat silap pun. Dia rasa soalannya itu orang boleh lupa. Boleh ke nak lupa? Soalan tu ialah soalan keramat. Satu soalan yang takkan pun terlintas di hati sang suami yang setia. Dia kata dia mampu? Hell no? Batin mungkin lah. Zahir aku belum rasa mampu. Aku tak rasa keluarga kami keluarga senang. Aku tak rasa hidup kami bebas beban hutang. So, please jangan berangan kata kamu tu mampu.

Walaupun soalan itu keluar 3 tahun sudah, tapi sejak dari itu, setiap inci pergaduhan, mesti ada selit di situ dan sini. Besar betul impak soalan itu pada kami. Now, hari ini si perempuan sudah keluar rumah. Merajuk betul hati dia.

I may forgive, but forget? Hell no!

17 comments:

Faisal Admar said...

i ada terbaca dalam fb:

"kenapa ye, lelaki dibenarkan kahwin sampai 4?"

terfikir gak walaupun tak baik fikir benda2 hukum ni :)

adil ke yang kahwin 4 semua tu? hmm. tepuk dada tanya selera.

CAHAYA said...

Faisal - Kalau bercakap tentang hukum, biarlah tahu semuanya. Pelik ttg masyarakat kita, bab ni memang taat, memang hafal. Cuba suruh baca Quran, belum tentu lancar. Itu kira mampu ke? Ilmu akhirat pun tak cukup tapi ada hati nak kawin banyak? Tak takut ke dosa tak dapat bimbing anak isteri?

Orang lelaki banyak nak ikut kerja Nabi, padahal ilmu di dada pun belum tentu boleh dipanggil umat Nabi. Sigh.

mahpuzah said...

i for one am a selfish person. i can't share my man with other women. saya tak nak payung emas. saya lebeh rela tarik diri.....my concience is clear. i have given my whole life and sometimes even feel i have nothing more to give. tapi kalau itu pun tak cukup tak taula.

CAHAYA said...

mahpuzah - For men, there's no enough in their vocab. We've might given enough, but their eyes just can't see it. Or maybe, they refused to see. Ntah.

I can't share my man. And my dad too.

yonna said...

hoh.mula2 mungkin lah mampu. esok2 mesti dah tak adil. susahnya dugaan berpoligami ni akak. lagi2 kalau kita in the first place. kita yang anak2 lagi terbeban. hari2 dgr gaduh. hari2 kita menangis senyap2. hari2 kita lalui keperitan tanpa mak atau ayah tahu. bukan senang untuk anak2 kan? :)

pandai atau tidak anak,bukan itu soalnya. masuk U atau tidak si anak, bukan itu pengukurnya. kalau kata anak itu kurang ajar atau perangai macam tak serupa manusia, selidik dulu dari ibu bapa. kdg2 semua tu bermula dari rumah. :)

hal2 keluarga,sampai mati kita akan ingat kan akak? sampai mati pun semuanya akan diungkit. lagi2 kalau benda yang meranapkan keluarga kita

:)

err sorry.mcm teremosi pulak kat sini. chill,akak! nak suruh bersabar pun, mesti itu je yg akak mampu buat. kalau tak bersabar, dah lama akak buat benda2 tak betul kan? hihi

*hugss*

CAHAYA said...

yonna - Thanks adik. Thanks so much. Orang boleh bercakap kan? Tapi yang merasa kita. Betul. Sampai mati ingat kot. Takkan lupa, macam baru semalam je.

Now akak dah tak sabar dah. Dah habis dah sabar. Yang tinggal cuma rasa tak peduli. Malas ambil pusing bila orang bising2 kat telinga akak. Biarlah kalau orang cakap akak ni selfish. Diorang apa tahu!

Pelik ibu bapa yang suka ungkit dia jaga kita dari kecil sampai besar. Bukan ke tu tanggungjawab? Kalau tak sanggup, tak yah la beranak dulu!

iNsOmNiAc said...

i second you, cahaya & yonna...

sometimes parents can be so ignorant. they often think that when they put a roof on our heads, feed food & clean water to our mouths & put us thru school - they thot they've done more than enuff.

what they fail to see is, with their constant bickering & disagreement, they have neglected the ultimate purpose of being a parent - to love & care for a child.

a child is still a child no matter what age and to witness such drama aihh... i dun think i have the strength to do so anymore.

i pray for the best - for all of us.

DrSam said...

terimakasih CAHAYA berkongsi secebis kehidupan buat pedoman.

HEMY said...

pada encik faisal, jgn difikirkan bab kenapa dibolehkan tu..tp cari guru yg boleh kupas n terangkan...sbb agama islam bukan logikal yg boleh pk logik. time rasulullah dia kawin sbb nk jaga maruah pompuan tu..yg tertindas dll

tp mmg susah nk adil..i have 4 personal experiences of poligami..easy to say but fucking hard to do

CAHAYA said...

insomniac - Yeah. I don't know how my lil' brother face this. He has symptoms of rebellion. Dem!

Pray for us too. :(


DrSam - Thanks kerana membaca.

CAHAYA said...

HEMY - Poligami sering disalah erti. Macam ko cakaplah, zaman Rasulullah, tujuannya menutup aib perempuan. Yang ini aib apa? Dia yang gatal!

Orang mungkin cakap aku over-reacted. Tapi try la rasa. Sakit gila!

balqissy said...

my mom pun macam you,sis. ayah dia (my grand dad) pun kahwin baru. she always compared how my grand dad treat his new wife between her mom(granny), even my granny past away already. tapi, saya rasa saya faham apa yg my mom rasa. she feel hurt, she feel that he is unfair. but, for me. maybe i pun xleh accept on that things. but for now, just think +ve and be selfish. What i meant to be selfish here is, dont think about others feeling. coz sometimes when u think that he is happy, she is happy while u, and ur mom are suffering, then u akan sakit hati sgt2, kan? live ur life! ask ur mom to be tabah, n i know she is. =D

CAHAYA said...

Thanks gal.

The things is, I think my dad belum kahwin lagi (at least that what he told lah!). And walaupun belum kawin, kami rasa sakit macam dia dah buat pun. The betrayal because of the intention. Because of 'that' question.

I hate to see my mom, my lil' brother sad. As the rest of us girls, we've all grown up and strong (at least I think I am). I don't wanna things to go back as they were. I wanna start fresh. But I guess that's so much to ask.

Sigh.

Jard The Great said...

wow.. the comments here are good.. =)

CAHAYA said...

Jard - Good people with good advise. Thanks so much guys.

Faisal Admar said...

kebanyakan yang kahwin 4, semua alasan takut buat dosa.

haha lawak pun ada.

CAHAYA said...

Faisal - Dosa tak berlaku adil kira tak? Mesti tak punya!

Sangat lawak ok.