Thursday, April 1, 2010

Oh, April!

1 April selalu berkait dengan April Fool. Pelik, tahun ni tiada orang buat lawak sengal depan muka. Mungkin umur dah nak masuk geng angka 3 ni diorang taknak kacau, ataupun mereka tidak sanggup kena lempang bila buat lawak tak boleh blah depan mata.

Bukan nak cerita pasal April Fool pun. Saja mengomel tak tentu pasal malam-malam ni. Kerja shift malam bulan ni, masuk jam 10 malam. Masih lagi dengan clique yang sama. Habis lah telinga dengar lagu Tamil sampai pagi. Huhu.

Wangsawalk

Sejak dua menjak ni sering berkunjung ke tempat di atas. Boleh dikatakan almost everyday. Yang penting atas ajakan kawan-kawan (dan dibelanja kawan-kawan). Kalau nak pergi dan bayar sendiri, jangan haraplah. Rasanya staff situ pun dah kenal dah pun. Masuk pun tak payah beratur.

Kenapa hari-hari? Kawan saya tengah prektis nak masuk ujibakat apa ntah. Ujibakat hujung bulan nanti. Rasanya April menyaksikan saya jadi pengunjung setia di sini. Layan je lah!

4 comments:

Unknown said...

cahaya,

mcm best je tmpt uji bakat tu... hihi ni nk usik ni... mlm ni ngan kawan2 yg sma ye... dia nyanyi lagi ye... leh ler cahaya uji bakat sekali....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
CAHAYA said...

Kak Izan - Ni bukan tempat ujibakat. Ni tempat mengasah bakat. Tak kuasa nak ujibakat sekali. Bukan berbakat pun. Setakat melalak syok sendiri boleh la.

Ju-Jue On the Line said...

aku penah gi sini gak..mase tunggu giliran cam tunggu nak jumpa doctor je rase