Tuesday, April 27, 2010

Satu dua tiga hal.

Aku nak tukar blog ni jadi blog emo. Chewah! Macam lah sebelum ni konsep blog ni tak emo kan? Tak, maksud aku, aku nak jadi full-timer emo. Ye lah, sebab aku memang full-time emo kan? Ceh! Macam pekerjaan pulak full-timer, part-timer ni. Kalau ada pekerjaan macam ni, sure gaji aku tinggi. Tu blom masuk overtime lagi.

Lagi satu, maybe aku tukar bahasa sekali kot. Konsider ada orang komen grammar aku gila babi punya lemah dan ntah apa2, so aku rasa baik aku tulis je dalam bahasa melayu. Aku bukan pandai english pun. So baik aku sedar diri.

So, dah abis cerita tukar konsep. Now, balik kepada life carca marba aku.

Ntah kenapa aku rasa 1 May ni macam tahun baru pulak. Konsider perkara yang jadi 3 tahun lepas, which aku harap takkan berulang lagi. Perkara apa? Perkara yang aku cerita hari tu lah, 7 April.

Next week, aku plan nak buat trip kami sekeluarga. Trip ke mana? Ke Penang kot. Initial plan cuma aku berempat tanpa adik perempuan dan ayah aku. Dua orang ni macam anti-family-plan. Asyik nak buat hal sendiri je. Macam alergik plak ngan kitorang. Tapi guess what? Aku berjaya pujuk dua orang ni sekali join kitorang. Woohoo! Gila happy. Mintak2lah takda apa jadi penghalang time 1 May nanti. Doakan keluarga aku yer. Thanks.

Kenapa aku pilih Penang? Aku cuma cadangkan sebab aku sendiri lama dah tak pegi Penang. Tahun lepas tak jejak langsung. Tapi kalau ikutkan, dalam bulan May aku ada 2 kali lagi trip ke Penang. Tapi apa ada hal, Penang dah macam Seremban je pada aku. I heart Penang u ols!

So orang Penang, kalau island korang bergegar, bawak bertenang. Mungkin bukan tsunami atau gempa bumi. Cuma 6 orang gemuk (eh, 5. tolak mak aku. mak aku kurus) serang island korang. Haha. Jaga!

11 comments:

Adziim said...

Janji jdi diri sendiri ok la kan?

Sekali sekala bleh la kot selit entry emo.
Try tngok emo side kau.
Excited r plak.

CAHAYA said...

Yep. Orang emo kena berlagak emo. Takkan nak buat2 happy pulak. Penat dah pun.

Sekali sekala ke? Kalau selalu jangan jemu pulak.

mahpuzah said...

have a nice holiday dear.....jgn lupa makan nasik kandak tau. be happy ok?

catz said...

salam,

hi cahaya..

err..saya rasa oke je cahaya tulis dlm bahasa apa pun. sekadar menulis perlu ke guna perfect englis. org yg tulis dlm bahasa melayu pun ramai je yg tak guna perfect bahasa melayu. saya rasa bahasa adalah medium utk menyampaikan maksud. tak perlu bahasa yg gah2..or nak perfect grammer pun. kenapa ada org yg suka nak komen utk cari kesalahan etc sekadar menulis di blog je pun. bukan artikel ilmiah, jurnal ke apa pun..org baca , faham dah oke. itu pendapat saya lah.

selamat bercuti.
me too...i loikeeee penang!
baru balik dr penang.
nasik kandar plissss.

Noraishikin Mohd Salleh said...

hahahahha, kelakar...sapa yg sengal nak komen grammar tuh? cam bagus.

neway, saya doakan trip penang selamat pergi dan balik...enjoy ur day okayh!

i miss penang too :(

DrSam said...

blog ni medium untuk kita berkongsi cerita dan pengalaman. Bahasa blog pun ada gaya tersendiri, sama seperti bahasa sms dan bahasa bersosial lain. Itu stail. masing-masing pun ada stail. jadi tulislah seikut rasa - emo pun kita pun tumpang emo juga. hepi pun kita tumpang sekaki.

Saya sendiri menulis kerana nak mencairkan otak dan membetulkan bahasa asing yang bukan ibunda, sambil berkongsi pengalaman. Itu pun PA kat rumah selalu tegur pasal 'gremer' dan 'sentences' yang songsang :) Tak apa, sama-sama kita belajar.

Selamat bercuti bersama keluarga CAHAYA.

p/s: projek berasap kita terpaksa ditangguhkan nampaknya.

DrSam said...
This comment has been removed by the author.
CAHAYA said...

mahpuzah - Thanks so much. Hehe. Sure. Nasi kandar tu menu utama. ;)


catz - salam. itu lah kan. tapi biarlah. manusia kan tak pernah puas. baik dengan diri sendiri atau orang lain. ada je hal. redha je la. lagipun english cahaya memang macam hape gak. so elok la ada orang tegur kan?

catz, kita pegi penang pun pasal tgk entry catz ari tu la. terus teruja. I loike penang too!

CAHAYA said...

Cikinto - Hehe. Orang yg komen grammar tu sure la orang pakar2 bahasa adik oi.

Thanks. Will have fun! ;) Woohoo Penang!


DrSam - Betul la tu. Lain orang lain cara tulis. Nak perfek grammar pun tak berapa nak reti. Tapi elok la ada orang tegur, at least next time tak buat salah lagi.

DrSam tulis english berbunga2. Best baca. Best lah ada PA. Kirim salam PA yer.

Thanks.

p/s: Auwh, kena tunda ke? Can't wait for next gathering. Lama tak berjumpa2an.

yonna said...

yeah,akak! marilah jadi full time blogger yg ada entry emo ja! hahaha mcm blog hitam yonna tu. merapu meraban sepuas-puashnya :D

CAHAYA said...

yonna - Akak takde dua blog. So blog ni akan ikut mood la. Kalau emo, emolah. Kalau tgh emo, takkan nak happy kot. Ataupun, kalau happy, takkan nak emo kot. Haha.