Thursday, February 5, 2009

Pandai ke komen?

Komen. Kritik. View. Opinion. Sama ke?

Cahaya pernah ditegur oleh seorang rakan blogger akibat tidak memahami apa yang ditulis oleh beliau kerana gaya penulisan beliau sangat 'tinggi'. Tinggi macam mana? Ntah. Mungkin sama tinggi dengan blog² yang dibacanya. :)

Ini semua mungkin kerana komen² Cahaya yang tak se'tinggi' IQ beliau. Perlu ke IQ yang tinggi untuk komen blog orang? Perlu ke? Ada orang komen panjang berjela. Tapi kopipes je dari internet. Tak patut! At least, ini pandangan hati Cahaya kan? (Actually, I don't want you guys to agree with me. Huhu)

Pada Cahaya, komen adalah 'view' dari pandangan seseorang itu. Mungkin penulis rasa tidak bijak bila kita tak 'sama' dengan apa yang difikirkan oleh 'dia' semasa 'dia' menulis. Tapi pada Cahaya, tak kiralah gaya tulis macam mana. Puitis ke, sajak ke, ape² sahaja. Yang penting pemahaman orang. Sebab orang lain pun yang baca kan?

Seorang penulis novel, harus memuaskan diri sendiri or puaskan pembeli novel tersebut? Kalau orang salah anggap, penceritaan akan jadi kucar kacir. Sama je. Tulis la berbunga². Kalau orang tak faham, tak faham jugak.

Tulisan juga boleh dianggap samar, tak jelas. Salah sape? Cahaya akui Cahaya bukanlah orang yang 'tinggi' ilmu. Dan Cahaya masih belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Dan bukan diam. (Bunyi macam tak puas hati je kan? Sebenarnya ok je ni. Hehe)

Cahaya teringin nak tulis² macam tu. Bila dapat komen nanti, kita tahu ape yang orang fikir. At least, what they can get from whatever we babbled here. Hehe. Ntah. Maybe. Boleh kot.

Tapi walaubagaimanapun, Cahaya suka baca blog tu. Boleh buat Cahaya fikir. Walaupun bukan sampai ke tahap fikiran dia. Dan Cahaya noticed yang sekarang ni dia hanya balas dengan :) sahaja. Smiley face sahaja. Komen 'tak bijak' lah katakan. Atau mungkin orang yang komen diblog beliau men'damba'kan komen² bijak dari beliau di blog mereka. Hehe.

p/s: Kat blog ni, sape² boleh komen. Cahaya tak komen blog kamu sbb mahu dikomen balik. Sekiranya tulisan anda menarik jari jemariku mengomen, kamu akan dpt komen yang berjela² seperti orang tak puas hati. Walaupun Cahaya ok je. Hehe.

Cahaya jumpa ni masa Cahaya bloghopping.
Chomel kan? Tak terfikir plak. Hehe.

33 comments:

en_me said...

hi akak cahaya tewww..
salamms dr me dikejauhannnns

CAHAYA said...

salam. hi. morning. kejauhan eh? jauh mane yer?

^arween^ said...

cahaya
komen yang berjela menarik atau penuh dengan kata puitis tidak menggambarkan iq seseorang
dan kita tidak memerlukan iq yang tinggi bahasa yg puitis utk meninggalkan komen

biarlah ianya lahir dari hati yg ikhlas

bahasa tunggang langgang pun oke je
asalkan maksudnyer smpai
:D

Sherita Aziz said...

cahaya :

bagi pendapat peribadi i lahhh... kita as blogger patut appreciate komen komen yg dtg dr pembaca kita, biarlah simple mana pon. betul tak?

apa yg you cerita tuh (i taktau blog mana yg u refer tu), i rasa mcm kat sekolah lah pulak, mcm blogger nih dok kelas pandai , and dia rasa org lain tuh dok kelas corot, bila dtg lawat kelas dia, dia mcm pandang rendah....

aiyoooo!!! gila lah... tp manusia mcm tuu lah... mcm mcm ragam.. and blog juga mencerminkan siapa diri kita sebenarnya...

betul tak?

Abah Mui'zz said...

Sebut soal komen ni, kena tanya diri sendiri dulu.

1. Apa tujuan kita benarkan orang komen kat blog kita?

2. Kita yang komen, apa niat dalam hati waktu mengomen?

Kalau jawapan pada kedua2 soalan diatas itu positif, maka tidak perlu bising2.

Kalau rasa letak ruangan utk komen kat blog sekadar untuk pujian, lupakan.

Kalau rasa mengomen, sebab nak mengkondem atau mengenakan tuan punya blog, pun lupakan.

Tak pasal2 hilang pahala, silap2 mengundang dosa.

Betul?? Entah...

Amer Yusof said...

komen adalah persepsi individu. persepsi datang dari suasana sekeliling org tersebut. dan persepsi adalah keprihatinan. kita sepatutnya meraikan keprihatinan org terhadap penulisan kita. go kak cahaya go! hehehe

landaklaut said...

yup.. kalau mengharapkan org komen utk tujuan populariti pun ade jugak.. lagi byk komen, lagi terasa popular. nak2 kalau komen tu dari org yg popular juga. :/

Marissa said...

Ehehe.. I like kotak komen bawah tu...

NAK CONTENG KAT SINI BOLEH, TAPI JANGAN.....

1- Ampu
2- Nak Tunjuk Diri Sendiri Baik
3- Komen untuk dapat balasan komen.

U say it comel. For me, it's not comel. It's jujur(walaupun kelihatan penulisnya tidaklah begitu series). U like it? Saya pun suka. Sebab yang dinamakan komen ni, seharusnya BEHARGA.

Kadang-kadang orang ni menulis tanpa pikir. Kadang-kadang mengomen pon tanpa pikir. Asal ado.

We are what we show others. Kata-kata kita menunjukkan siapa kita. Sebab itu ada istilah "Bahasa jawa bangsa..." Eh silap.. jiwa.

Nice entry, yo!

arep said...

i pandai komen.. c c i dah komen..

komen ke ni???


p/s: Sher i ni kelas mana pulak.. kelas corot ke??

dushhh

Sherita Aziz said...

arep.. u ols kan bad girl, haruslah dok kelas corot!!.. larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

haritz said...

Komen tak semestinya pandai, sekadar santai pun ok

Kniedaz said...

haha..
komen tu isihati pemberi komen
betul atau salah, setuju atau tidak, terpulang kepada org yg membaca..komen berjela pun kalau isinya nggak ada, org pun malas nak baca..huhu

Faisal Admar said...

i can comment like a novel if the topic touch anything related to finance :)

Wahidah said...

hurm..to me kan..kalo nak komen biar la dr hati kiter....sincere what...:)

Skullsplitter said...

Kadang-kadang, owner blog tu sendiri bukan cuba untuk meletakkan 'pengomen-pengomen' ditahap IQ yang rendah. Bukan cuba untuk merendah2kan pengomen, cuma kadang kala teguran dibuat agar pembaca memahami penulisan sebenar penulis.

Jadi kita sebagai manusia yang serba kekurangan, cubalah belajar dari teguran. Mungkin cara teguran itu agak kasar atau memalukan, tetapi hakikat sebenar tujuan penulis membuat teguran itu seharusnya dititik beratkan.

Sekadar pandangan. =)

skullsplitter

CAHAYA said...

arween,

btol la tu. ikhlas kan? ikhlas kan tak harapkan balasan. termasuk balasan komen. hehe.

----------------------------------------------

sheritaAziz,

yep. bila ada yang komen. kita appreciate ape jua yang dia komen. for me, itu pandangan dia. everyone has the same right to speak. including the commentators. :)

tapi blog orang kan? kena la beradab. :)

CAHAYA said...

abahMuiz,

yep. sesetengah orang komen sbb nak owner blog tu komen ke blog diorang plak walaupun takde ape yg patut dikomen.

berbalik kepada balasan komen di atas. rasa nak komen, komenlah. rasa taknak. takyah la pecah kepala nak fikir. kan?

For me, Kondem ataupun kritik sangat bagus. We know what's going on after all. Sama ada orang suka atau tidak. :)

--------------------------------------------

amerYusof,

persepsi. btol la tu. tapi ada yang taknak berpijak dibumi nyata.

Ntah!

CAHAYA said...

landaklaut,

sokong sangat. ada yang nak komen dia beribu2. hehe. popular la katakan. orang popular plak yang komen. lagi la kembang kan?

back in 2005, when i first time blog. kawan2 blogging cahaya masa tu, semua dah tutup/change link. tapi efek dia sampai skang rasa. diorang memang sangat popular sampai diumpat² didlm blog orang lain. haha. itu baru popular!

---------------------------------------------

Marissa,

Cahaya cakap comel sebab tak terfikir. Tapi sangat betul. Kadang2, ada yang berhujah panjang lebar, tapi kopipes dr mana². Takde letak kredit plak tu. Tak patut!

Ada yang asal komen je. Pada Cahaya, kalau komen tu ade kena mengena, ok jugak. Hehe. Kalau takde, macam contohnya say hi or spam suruh lawat blog dia. Hangin weh! Hehe. Ops! Sah² diorang baca pun tidak ape Cahaya type ni. Huhu.

Bahasa jiwa bangsa. Asalkan tak langgar etika. cukuplah!

CAHAYA said...

arep,

buat contoh eh? Pandai la. mesti x masuk kelas corot ni. Hehe. :)

---------------------------------------------

sheritaAziz,

bad girl selalu fofular. walaupun kelas corot. janji fofular u ols. :)

CAHAYA said...

haritz,

itu beza sesama insan. kulit maybe sama. hati lain2. jiwa lain2. :)

tak semestinya pandai. explain dlm laymen term pun ok kan?

--------------------------------------------------

kNiedaz,

yep. apa yang terlintas. itu yg ditulis. kadangkala penulisan seseorang tu ada kaitan dengan peristiwa bersejarah dahulu kala. tu yang sebok nak komen gak. huhu.

CAHAYA said...

faisalAdmar,

It doesn't matter how long. Janji u punya opinion. Or anything you wanna share. :)

--------------------------------------------------

wahidah,

nak komen dari mana pun tak kesah. dari hati ke, naluri ke, jantung ke. nak share, share je la. no restriction.

CAHAYA said...

skully,

itulah dia. teguran. btol la tu. tegur macam mana kalau hanya dibalas dengan :) je? sindir la kot.

Kalau berbahasa bunga tu IQ tinggi ke? Or kadang² untung pandai berbahasa. Tapi kosong di dalam. Begitu?

Kaedahnya. Takyah komen. Senang. Kang salah anggap. Maklumlah gaya tulisan ala² A. Samad Said.

Skullsplitter said...

Haha. :) tu kadang-kadang mungkin penulis happy bahawa anda telah benar-benar memahami apa yang ingin disampaikan. Ada kemungkinannyakan? Mengapa perlu diambil yang buruk dahulu sebelum yang baikkan cik cahaya? =)

skullsplitter

Skullsplitter said...

erm.. pasal penulisan, bahasa berbunga mmg tidak semestinya berisi yang padat. Tapi selalunya penulis yang mempunyai agenda dalam penulisan akan menggunakan fantasi bagi menceritakan isi yang ingin disampaikan dan sebenarnya penulisan yang berisi boleh dibaca dan mempunyai cerita. mungkin cuma untuk difahami itu ada kesukarannya.

tentang komen. tiada siapa menghalang untuk memberi komenkan. itu adalah hak individu, cuma kekadang tuh mungkin penulis cuba memberi teguran atau menyatakan kegembiraan bukan secara jelas, tetapi secara fizikal, humor atau sebaliknya. sekira penulisannya sukar difahami, apatah lagi reaksinya. betul tak? just my 2cents. =)

skullsplitter

ixora said...

sis, peduli ape org nk kata..asal kita ikhlas..kan kan kan...komen jgn tak komen... Xora open je..xde hal...

=) salam jumaat..mulakan hari dgn senyuman..

miezi said...

Cahaya..
Nnt mungkin kita boleh suggest kpd penulis blog yg dimaksudkan supaya mengkopipes semua komen-komen cahaya diblognya kat blog cahaya ni? boleh kita judge sama-sama dgn pembaca blog cahaya yg lainnya.
anything happened for a reason kan?

Anyway, I'de appreciate if cahaya boleh definasikan IQ tinggi camne, IQ rendah camne. Personally, sy rasa benda ni sgt subjektif dan sgt sensitif. Dalam hidup, kita tak boleh nak simply jump into conclusion.Never presume.Nnt makan diri, malu sendiri. Ingt, faham,nilai then only baru judge. Itu baru satu proses yg sy rasa adil, setuju tak?

Sy yg dah berblogging since 2005 ni tak paham knp org ketagih komen. As Cahaya said, "tak mengharap org komen blog cahaya", tp sy keliru dgn ayat cahaya yg ini Cahaya teringin nak tulis2 macam tu. Bila dapat komen nanti, kita tahu ape yang orang fikir. At least, what they can get from whatever we babbled here.. boleh explain tak? macam ada split of agreement di situ.

Question is, back on why kita berblogging. Bagi saya, it's a medium to lempiaskan segala apa yg saya rasa. walaupun ada komen moderate, sy approvekan semua, kecuali satu hr tu dari mamat annoying mana ntah.

apa pun, chill. dun take it siyesly, tak berbaloi pun nak saket2 hati kan? kita berblog ni sbb kita suka, nak share rasa/pandangan. kalau betullah nak glamer, jom kita malukan diri masuk AF nak? situ lebih meriah glamernya.haha. (suara sy sgt tak sedap)

P/S: Blog cahaya mmg best. Sy personally rasa sama taraf dgn A.samad Said, or maybe Khaled Hosseini?

oh ye, hadapi dengan senyuman segala apa yg berlaku :)

Ad Rifza said...

Komen ada yg sama dan ada yg tidak dgn kehendak penulis.. BUT yg penting bleh accept ketidaksamaan itu dan akan mencambahkan suatu fikir yang baru mungkin..

Marissa said...

Entahlah..

Di sini saya setuju dgn incik Skull dan penjelasan Miezi panjang sekali.. juga saya setuju.

Pada saya... Kalau nak komen, biar komen sbb betul2 berniat mahu komen. Macam saya.. saya hari-hari lawat blog Cahaya. To be honest tak semua Entry Cahaya yang best, saya minat. Dan sama juga dgn Entry saya, tak semua mem'best'kan org.

Makanya, saya hanya akan drop komen bila saya rasa saya patut komen. macam entri ni, saya rasa interesting untuk dibualkan.

Sesetengah orang ni(mungkin cik Cahaya over-do-it tanpa sedar) semua entry orang dia nak komen... walaupun dia mungkin tak baca/tak paham apa yang penulis cuba sampaikan.

Jadinya... Komen tu bukan lagi menggembirakan penulis, tapi buat rasa irritate.

Apa-apa pun, saya masih rasa you are lucky, sbb ditegur. At least boleh buat penambahbaikan terhadap komen lepas ni.

Kawan yang baik adalah kawan yang mampu menegur kelemahan kita demi kebaikan. Ingat... tak semua yang di sekeliling kita, itu kawan. Kebanyakan yang timbul ketika senang dan malu menegur kelemahan teman sendiri itu akan hilang waktu diperlukan. Bak kata Fynn Kamal.. byk kawan ni sampah je.

p/s: Kalau la Cahaya membaca blog Chedet, Cahaya pasti sedar, dari lebih kurang 400 komen yang chedet terima setiap hari, 1/4 je komen yang berguna. Yang lain tu sampah. So, it's ur choice untuk biar org anggap komen Cahaya bernilai atau sampah. Thanks... :)

CAHAYA said...

skully, miezi and marissa,

it supposed to be sarcastic la. don't you guys get it?

anyway thanks. presume and assume. :) haha.

miezi, tulisan sarcastic dibalas dengan sarcastic. bagus!

skully, itu la motif post ni, mengharapkan teguran.

marissa, tak over-do-it pun. just drop a thought je. :)

p/s: i'm still being sarcastic right now. haha. i'm in sarcastic mood this whole week. :)

CAHAYA said...

ixora,

maybe. who knows? Haha.

p/s: sambil senyum.

----------------------------------------------------

adrifza,

tak semua fikir begitu. kan? so, abaikan je la.

zara said...

I blog not because I want to be commented. If there's comment left, I am grateful because it means the entry posted are worthy to be commented. Still, it depends.

Like this one, I komen je. :)

izan said...

cahaya,

jangan kesah orang yang pandai kerana kita memang tak pandai. teruskan jalan sendiri, yakin dan bersemangat.

kan itu lebih bagus, sebab kita tersendiri dan tidak mengikut cara orang semata untuk menunjukkan kita juga pandai. maka akan terlihat kebodohan(maaf) kita.

CAHAYA said...

Zara,

Right, it depends. Itulah, bila rasa patut komen, komenlah. Perlu asah bakat ke sblm komen? Hehe.

Thanks. :)

-------------------------------------------

Kak Izan,

Thanks. Btol la tu. Ikut orang buat apa. Jadi diri sendiri. Kan lebih baik. :)