Dah lupa nama host tu. Glamer. Tapi dah lupa.
"Kumpulan_______ telah menyumbangkan RM100k," sekali lagi berkumandang suara host glamer itu.
Setiap kali, hanya nama syarikat/kumpulan/jabatan yang bertukar, amount? lebih kurang sama je.
"Seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut menyumbangkan RM500k."
Terus pandanganku teralih ke kaca TV.
"Alhamdulillah," detik hati Nur.Betul ke macam tu? Ntah. Wallahualam.
"Berapa Nur?" tanya mak.
"RM500k dan dia tak pakai nama dia." jawab Nur semangat.
"Ye ke? Dia taknak orang tanya mana dia dapat duit kot?" kata mak lagi.
"Tak lah, dia ikhlas kot." boleh ke jawab macam ni?
"Kompeni lain tu pun, boleh claim income tax. Diorang sebut nama taknak orang mengata. Kang tak pasal² orang cakap. Eh, kompeni XYZ tak derma pun?" panjang lebar penerangan mak.
"Pernah tak kita bagi sesuatu, kita tak sebut, tak cerita pada orang?"- Eddy
"Kalau nak derma… Tangan kanan bagi tangan kiri tak boleh tau pun.. Itulah ibaratnya..." - Arep
Aidiladha yang lalu,
"Kitorang pegi derma air kat masjid, kasihan mak, dia haus kat Mina," ujar KakMie pada Acu.
"Ohh, ye ke?" jawab Acu.
"Kakmie, lenkali kalau kita bagi apa² pun, kita tak payah cerita kat orang boleh tak?"Terdiam kami semua. Salah kot cara. Takpe, cuba lagi. :) Kalau diizinNya, insyaAllah dia terima dengan terbuka. Bukan menyalah. Tapi belajar. Sama².
"Alah, aku nak share je. Takkan tak boleh?" jawab Kakmie.
"Yelah, kita tak tahu ape orang fikir, kalau terdetik kat hati dia kata kita riak, kan susah. Tak pasal² je dapat dosa."
"Lain kali aku tak cakaplah. Semua aku buat, semua salah. Aku tiap² malam jumaat derma kat masjid apa² masa mak ayah pegi haji. Korang ade kesah?" sambung Kakmie lagi.
"Kan baru cakap tadi, boleh tak jangan sebut, jangan ungkit!"
"Aku nak share je. Takkan share pun tak boleh?" tinggi suara Kakmie. Berdesing juga telinga.
"Yelah. Bukan apa..."
"I GOT IT, I GOT IT!" dah separuh menjerit.
Cahaya: u ada bayar tol tak baru2 ni.
Dia: knape ngn tol?"
Cahaya: ada x?
Dia: ade, knape?
Cahaya: perasan tak sesuatu yg lain?
Dia: ape ek? tk perasan pun.. maybe cadangan tol mesra pengguna tu kot. dah jln ke?
Cahaya: hehe. bukan la.
Dia: bih tul? ape? yg jage seme cun & hensem?
Cahaya: xde ape la. hehe. :))
Dia: isk.. ape da..
Cahaya: mane plak. i pakai touch n go. xde orang jaga.
Dia: la.. dah lame la camtu..
Cahaya: takde. i nak tahu u notice or tak.
Dia: i dah tahu setahun lepas. isk..
Cahaya: dah lama ape?
Dia: touch n go tade org tu la
Cahaya: hehe. bukan la. i nak tahu u notice ke tak ape yg i perasan. itu je. :)
Dia: tk paham la.. u perasan ape? isk..
Cahaya: ada la something. nanti u lalu tol u tgk la. almost semua tol ade.
Dia: isk.. gaza nyer tabung? dah sebulan dah
Cahaya: memang dah sebulan. u perasan x?
Dia: perasan..
Cahaya: u rasa ada org boh derma tak?
Dia: ada. slalu yg balance tol tuh.. dorang masukkan
Cahaya: u rasa org letak duit syiling ke?
Dia: i ade nmpk
Cahaya: ok.
Dia: ade yg letak lebih
Cahaya: ada satu kat smart tag. org sumer laju. camne?
Dia: ek? bole je.. hehe. betul.. serius boleh..
Cahaya: perasan x kalau u pakai smart tag?
Dia: trust me
Cahaya: u pandang depan ke tepi?
Dia: tk pakai smart tag
Bagaimana pun saluran derma, minta sampailah ke tangan mereka yang berhak. Menderma ada macam² cara. Sama ada beri secara ikhlas atau paksa rela, itu terpulang. Kalau niat ingin membantu, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, setting balik niat yer. Harap² kita semua tak tergolong di dalam orang yang tidak ikhlas dan riak.
Mintak jauh. Mintak simpang. :)
Tepuk dada, tanya hati.
23 comments:
bersedekahlah....
i'm smiling now..
kira bersedekah la tu...
btw sedekah n derma sama tak?
:) tgh senyum jugak.
senyum itu satu sedekah kan? free lagi. Dia yang bagi. :)
sedekah ngan derma. ntah. sama kot? tak tahu. u tahu?
peminta sedekah dengan peminta derma, takkan sama kot.
You ada jawapan?
sedekah adalah sesuatu pemberian yang tidak termasuk dalam permintaan, tetapi derma lebih kepada permintaan. Mungkin. Just my thought. =)
skullsplitter
thanks skully.
di dalam kamus JKM, peminta sedekah/derma dikategorikan sebagai destitute. Sama macam beggar.
Kalau repot, dua² situasi diletakkan di bawah kes yang sama. iaitu BEGGAR.
ini termasuk juga dengan kutu rayau, homeless, pemain muzik jalanan dan juga penjual tisu/kerepek.
thanks akak cahaya for d info.. mendermalah dengan ikhlas..
salammms dr me dikejauhannnns..
salam. btol kan kat brunei skang ni? ke dah balik?
define ikhlas!
kita derma je, kalau ada orang yang salah gunakan, tu antara dia dengan tuhan :)
tak tahu pula kutipan income tax banyak ke tak. harap2 income tax pun tak announce lah... hehe. tapi kalau announce pun salah income tax bukan salah orang yang menderma :)
cahaya..awak kena tag tau. sila ke blog akak. :)
jgn tak sampai kat Palestin udah cahaya, skrg banyak penipuan
FaisalAdmar,
yeh? Takkan tak announce kot. Like my mum said, nanti orang mengata plak income tax tak bagi. Hehe. :)
Tu lah, sama² kita berdoa jgn disalahgunakan.
p/s: harap² derma bina masjid pun sampailah terbina masjid tersebut. Jgn bina rumah sendiri sudah. Tapi, kerajaan kan dah bagi peruntukkan?
mummySyafie,
insyaAllah. nanti cahaya gi sana. :)
-----------------------------------------------
haritz,
itulah, harap² sampai. Tadi Cahaya tgk majalah3. sedih sangat. Nanges. Dasyat btol effect bom fosforus itu. Kasihan sangat. :(
:) HAMBA ALLAH tu sorang anak yang ingat pesan mak utk sedekah separuh gaji dia pada org miskin. Sejak hari pertama dia dpt dapat gaji sampailah sekrang dah jadi jutawan hebat Malaysia pesan tu masih dipegang.
Sedekah. Mmg la kalau kiri bagi, kanan tak bleh tau. Sbb tu setengah org suka low profile. Tapi setengah org suka tayang muka. Ehehehe.. kaedahnya sama la juga dgn bagi RM50k, tp mock cheque besar rumah. org len bagi RM2.5mil, cheque kecik dlm sampul je.
Glamer kan best.. Tak dapt glamer sbb sedekah, glamer sbb komen pon jadilah... :) Cheers, dear.
Alhamdulillah. Ada orang macam tu. Mungkin banyak juga kat luar sana. :)
Tu la kan? Perlu ke cheque besar2 tu. membazir je. Pastu panggil media semua amik gambar. Tak patut! Tapi, masing2 kan, susah nak cakap. :)
Glamer best ke? Tatau plak sbb tak penah glamer. Sindir ke ni? Apsal eh? Boleh tahu?
p/s: kadang2 ada yang lebih senang jadi balaci. :)
bila menderma, nawaitu tu penting kan.. :)
tul. kalau nak glamer or nak riak. baik takyah. tapi kalau nak jugak. sendiri la tanggung. huhu. :)
dunia dan akhirat. ramai tak dpt bezakan. :)
Derma & sedekah ini satu perkara yang boleh kita istilahkan sebagai 'pemberian ikhlas dan rahsia antara kita, DIA dan penerima. Persoalannya, pernahkah kita menderma dan hanya kita, DIA dan penerima sahaja yang tahu, tidak timbul sedikit pun riak dihati, tidak menceritakan pada orang lain? Tenangkan diri, fikirkan, pernah tak tidak sekali pun yang diatas kita lakukan bila menderma?
**Seperti biasa, Mee Kari anda tidak pernah mengecewakan! Thanks again. Sedap!
skullsplitter
Pemberian ikhlas should datang dari hati yang suci murni. Tak perlu riak atau menunjuk², insyaAllah 'sampai'lah pemberian itu. :)
p/s: I'm glad you like it. :)
nak mee kari jugak!
haha. dah abis la F.A. :)
mahadzir lokman tu, aku naik nyampah nengok bab penyampaian derma tu.sepatutnya bagi macamtu aje la.hehe
yang kat toll gate tu aku pun perasan tapi macamana nak letak duit kalau dah sekali lalu je?hehe
Ha. Tu lah. Lupa plak nama host tu. Mula² Cahaya teka Suhaimi Sulaiman. Gagal betul. Hehe. Thanks anyway.
Kenapa menyampah eh? Dah kerja dia. Biarkan. Isunya di tempat lain. :)
Selalu eh perasan kat tol tu? Susah ke nak letak? Alahai, nak seribu daya. :) huhu.
nyampah kat sessi penyerahan tu,macam tak ikhlas jak.hehe
kat toll gate tu tak leh stop lama lama, nanti kena hon.hehe
hehe. sape yang tak ikhlas. yang beri ke? tukang serah ke? or host dia? mane satu? hehe.
haha. macam Cahaya cakap sebelum ini. Nak seribu daya. Standby duit siang², sampai kat tol terus masukkan.
p/s: Tapi dah takde dah tabung tu. Separuh dah ditanggalkan. Separuh, lubang tempat isi duit itu dikaver. :(
Post a Comment