Sunday, February 8, 2009

Balaci.

Sekarang ini ramai yang jadi Balaci.

Balaci itu lebih kurang sama erti dengan hamba, kuli, pekerja. Kot! Aku bukan kamus. Yang penting aku tahu apa itu Balaci.

Aku bukan cakap pasal orang kerja makan gaji. Aku pun makan gaji jugak. Yang aku pelik, Balaci ini tidak bergaji. Free. Bukan paksa rela. Memang rela semulajadi. Dasyat kan?

Sama ada sedar atau tidak. Dah pun jadi Balaci seseorang.

Tukang kipas tak bergaji. Tukang maki tak bergaji. Tukang segala la. Yang penting tak bergaji. Apa motif? Mengharapkan sesuatu ke? Nak kata gaji, memang la bukan.

Tapi, apa yer? Haha. :)

Pelik. Tapi terjadi. Benar.

Sudah sudahlah. Jangan jadi Balaci.

Betul. Duit bukan segalanya. Tapi, janganlah jadi Balaci.

Boleh. Tapi hanya Dia.

27 comments:

en_me said...

Betul. Duit bukan segalanya. Tapi segala-galanya perlukan duit tewww.. hi akak cahaya, salamms dr me dikejauhannnns..

Faisal Admar said...

hmm. kadang2 bila kerja dengan orang... nak taknak automatic dah memang jadi balaci bos pun. nak kira ini kerja kita, itu bukan... susah. kang tak pasal2 prestasi pun teruk. unless kita kerja sendiri.. senang cerita le kan :)

CAHAYA said...

en_me,

Salam. Memang semua perlukan duit. Tu sebab adanya gaji. Kita kerja. Hasilnya dinilai melalui wang gaji walaupun kadang² tak setimpal.

Tapi, kalau x berbayar ni macam mane plak? Rajin kan? Nak kata kerja amal. Bukan plak. :)

------------------------------------------------

FaisalAdmar,

Itu tentu arah kita kerja dengan orang. Tapi yang Cahaya maksudkan, dia tak di'hire' oleh sesiapa. Nak kata volunteer. Tak perlu pun. Tapi sebab apa? Nak approval kot. :)

miezi said...

sedar tak sedar kita semua ni balaci Yang Satu.

CAHAYA said...

yep! jangan sampai lupa itu. :)

Sherita Aziz said...

yup, i pon dulu byk sangat jadi balaci orang.. sebab baik sangat, mula lah org mintak tolong itu dan ini... nak reject tak sampai hati.. so terpaksa laaa jadik balaci....

Marissa said...

Bukankah entry sebelum ni cakap pasal SEDEKAH?

ehehe.. Conflict le statement2 Cahaya ni...

Skullsplitter said...

Kerja sendiri i think it's better agar tk jadi balaci, cume bile dah keje sendiri, jadi bos, jgn jadikan org lain balaci pulak. Boleh ke camtu? Rasenye.. same je kot. hehe.

skullsplitter

Dakjaat™ said...

balaci ?? oo . tu maksudnya ... takpelah . lantaklah orang nak gelarkan kita ni ape.. yg penting kerja siap .. dah .. takyah ambik port ngan kata2 orang .. tak matik pun kalau dorang nak kutuk sekali ..

ixora said...

balaci...?! new word tuk Xora..hehe..

oh, kiranya anjing penjilat bontot sultan la nih...? ermmm...beragak pandai je org macam tuh kan..? bikin panas..huhu...

izan said...

cahaya,

balaci taknak...meenachi..okelah.
yenna...

CAHAYA said...

sheritaAziz,

ye ke? memang kadang² permintaan susah nak tolak. Tapi kalau yang tak minta tu macam mane plak?

---------------------------------------------

Marissa,

ohh, ye ke? Tak tahu plak entri sblm ini pasal SEDEKAH. Huhu.

lenkali Cahaya letak disclaimer pasal entri ini takda kena mengena dengan entry sblm ini. Boleh gitu? Haha. :)

CAHAYA said...

Skully,

Lazim kehidupan. Rantaian. Ada yang di bawah dan di atas. Kalau bekerja, tentu ada bosnya. Kalau ada agenda? Wallahualam.

Yang penting, Sirr kita tu. :)

--------------------------------------------------

Dakjaat,

Itulah, tak mati pun. Bukan dia yang bagi makan.

Minta pada Dia. Itu yang pasti. :)

CAHAYA said...

iXora,

Hehe. bahasa rojak. Kot! *isk sedapnya rojak. Hehe.

Kalau ada sultan takpe jugak. Kalau sama je tarap. Adoooo. :)

--------------------------------------------------

Kak Izan,

Itulah, tapi menachi sumer gi raya la kak. :)

Skullsplitter said...

Eh.. Dah tau ek maksud Sirr tuh? Huhu~ Good! Research. hehe.

skullsplitter

CAHAYA said...

:) Thanks. Jom William tonight.

Cinta said...

Balaci tu faham, tapi dalam kamus ader tak, mcm bahasa tamil jer

haritz said...

Aku Balaci, wah boleh buat novel ni.. tp balaci ke tidak susah nak fahamkan sbb ada terpaksa dan ada rela, Kalau dalam Army tu perkara biasa.

Suka Bebel said...

kat tempat kerja lama memang kena pandai mengipas untuk survive.aku sememangnya tak pandai mengipas tapi boleh survive tapi menyampah.malas sangat bab mengipas ni sebab tu gaji ciput je masa tu walaupun keje setengah mati.alhamdulillah sekarang ni dah dapat kerja yang diidamkan.penuh dedikasi dapat diberikan dan balasan setimpal dengan prestasi.hehe

BasH said...

yeah...jgn jadi balaci orang yer cahaya...hehe

Skullsplitter said...

William? Erm, nanti i fikirkan. Coz I think I nk rest tonite. Maybe next time? Is it ok?

skullsplitter

CAHAYA said...

Cinta,

Dalam kamus memang takde. Tapi dalam kamus hidup seseorang kadang² ada. :)

---------------------------------------------

Haritz,

Nak buat novel ke? Nama dia tak commercial la. Kalau nak buat jugak, nama penulis kene panjang. kalau boleh 3 patah perkataan atau lebih. hehe.

p/s: pelik kenapa novel melayu skang ni nama penulis je dah penuh cover buku. Huhu.

CAHAYA said...

SukaBebel,

Alhamdulillah. Bukan semua orang dapat dream job. :) Tunaikan amanat sebaik mungkin. Sebab semua Dia dah tunaikan. :)

-------------------------------------------

Bash,

Yep. Bash pun jangan jadi balaci orang yer. Tak elok.

CAHAYA said...

Skully,

Salah la. Ok je. Not tonight. Tonight dah makan Ketam. Yummy! Erk. Alhamdulillah. Len kali la.

p/s: Tiba² teringat hamster belaan encik William. Gebu kan?

Faisal Admar said...

ah c'mon. let us see at the bright side again. think positive ok?

its like colleague buy nasi lemak to boss every morning, why should we care? if others tell us that he is licking the boss's butt for his own sake or whatsoever, we take it this way, its his money and his own business.

at least he didn't disturb us :)

got it? :D

CAHAYA said...

Okay. I've that 'think positive' problem. Hehe. I can't really see on the bright side. Haha. But, I'll try next time. Thanks.

Yep. As long as it doesn't affect me, I don't care. :)

Yes. I got it. Crystal! :)

鐵板豆腐Fay said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社