Thursday, August 20, 2009

Wah, kamu seperti Jebat!



melompat! bersilat! berdebat!
wah, kamu seperti Jebat!

konon mempertahan saudara,
sanggup dilumur darah,
membantu berniat jahat,
kamu fikir kamu hebat?

orang lemah kamu perendah,
orang mengalah diajak berbalah,
dicari silap dan salah,
kerana kamu suka menghina,
membangga,
mentertawa tidak sudah.

wah, kamu memang hebat!
kalau Jebat nampak pasti dia hormat,
berdiri tegak siap berjabat.

mari, mari lari cepat!
orang begini jangan kita rapat,
orang begini tidak beradat,
peribadinya seperti ________


p/s: Mustahil orang jahat berubah. Mustahil mereka akan jadi baik satu hari nanti. Mustahil mereka akan insaf. Orang jahat kan jahat, mustahil! Kamu rasa betul ke?

Ada satu kes semalam: Perempuan susah, beranak 3. Dalam perut berisi yang ke 4. Suaminya bekas penagih. Dah lama dah 'clean', dah lebih 5 tahun dah. Tapi dipulau oleh penduduk setempat atas sebab kisah silam suaminya. Anak ke 2 disahkan Thalasemia (betul ke ejaan ni?). Yang ke 3 pula ada paru2 berair. Rumah langsung tiada berlampu letrik, tiada juga bermeter air. Penghulu tak nak bantu, katanya matpit tu akan menjual barang2, atau pakai duit untuk bekalan dadahnya kalau diberi muka. Tapi bantuan semua atas sokongan dia. Macam mana?
Kasihan keluarga ni. Dah 3 tahun mereka cuba mohon bantuan, tapi masih pending sampai sekarang. Masyarakat lebih suka mereka hidup susah merempat dari bantu untuk beri kehidupan yang lebih baik. Bukan diminta beri lebih, atau banyak. Tapi cukuplah untuk keluar dari kedaifan. Oleh kerana kesilapan masa lampau si suami, anak2 jadi mangsa. Si suami cuba mencari pekerjaan, tapi kerana rekodnya, tetap gagal. Si suami ambil upah potong rumput sekarang ini, itu pun terpaksa pergi ke daerah luar, atau kampung yg lain.
"Biarlah diorang merempat. Orang macam ini tak boleh bagi muka. Diorang takkan berubah. Diorang takkan insaf. Sekali jahat, jahat selamanya." - Penghulu
Betapa prejudisnya pandangan masyarakat atas kisah lampau si suami. Negativiti beginilah yang akan mengundang lebih banyak kes yang tak baik.
Manusia ada pilihan. Mereka mungkin pernah pilih jalan salah. Dan kalau boleh, bila mereka cuba bermula di jalan yang betul, bimbinglah, dan bantulah. Allah Maha Adil, Maha Pengampun, Maha Melihat, Maha Mengetahui. Dia kenal hambaNya. Cuma kita yang masih tidak kenal siapa diri kita.

17 comments:

suezen said...

erm.....org yg jht....x semestinya smpi tua pun dia jht....(tetiba..xder motif)

billa naha said...

Allah menerima taubat nasuha...org jahat camne pun, kalau Allah terima taubat dia, masuk syurga gak. Kita manusia ape tau? Marah org je...

lavidalabelle said...

manusia tipikal mmg mcm tu. kalau terjadi kat keluarga sendiri pun mahu dipulaunya.

boleh berhati-hati tapi jgnlah sampai bila2 pun pandang keji. mungkin benar org tu dah berubah.

nasib dia baik punya isteri yg masih sanggup terima dia kan.

CAHAYA said...

suezensuzanna,

Hmm. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Yang pasti, mempercayai semula seseorang itu memerlukan masa. Tapi, biarlah masa menentukan. Orang jahat yang berlakon baik, sampai bila je dia boleh berlakon.

Tapi, kalau dia memang betul2 berubah, orang akan nampak juga satu masa nanti. Ataupun, tak perlu bagi orang lihat, cukuplah Allah saja yang tahu.

(Takde motif ke?)

CAHAYA said...

Nabilla,

Betul. Setuju sangat. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang benar2 mahu berubah dan mahukan yang terbaik untuk diri mereka dan juga orang lain.

Manusia tetap manusia. Tak boleh salahkan mereka jugak. Didikan dan pandangan setiap orang berbeza2. Maka, lain juga penerimaan individu. Kadang2 dek hasutan orang pun manusia boleh terpengaruh. Lagilah kalau hasutan syaitan.

Semoga Allah SWT terima taubatku. Amin.

CAHAYA said...

Belle,

Ha, lupa nak cakap. Penghulu tu dengan perempuan tu bukan orang lain. Anak saudara dia juga. Mula2 dulu ada juga dibantu, bagi tikar 3 helai untuk alas tidur, berus gigi dan ubat gigi 3 set, dan bantal 3 biji. Tapi sampai situ je la. Bila orang kampung semua kata dia tolong penagih, terus dia tak tolong dah. Takut kot jawatan dia tergadai.

Berhati2 itu perlu. Jangan terlalu percaya orang. Jangan pula tak percaya langsung. Beri peluang pada orang lain. Kita tak tahu bila masa kita nanti.

Itulah, setia si isteri insyaALLAH balasnya syurga. ;)

Unknown said...

cahaya,

memang susah nak terima apatah lagi melihat hukum karma pd diri seseorang.

apapun ... kita kena redha, dan meletakkan diri kita ditempatnya .... dan jangan menolak sesuatu yang jahat akan berubah baik, yang buruk menjadi cantik ... dan apa yang mampu kita berikan bantuan, hulurkan ... walau sepotong doa.

"Selamat Menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan jayanya....."

CAHAYA said...

Kak Izan,

Memang susah. Itu hakikat kehidupan. Bila kita buat salah, kita tak boleh expect orang boleh maafkan kita begitu saja. Apa yang berlaku semuanya pengajaran buat diri sendiri dan juga orang lain.

Harap doa kalian boleh jadi kekuatan buat Cahaya. Walaupun payah, atau susah. Tekadnya sudah ada. Enjin pun dah start. Jalan pun dah lurus. InsyaALLAH semuanya akan baik.

Selamat berpuasa buat Kak Izan sekeluarga. ;)

Cikgu Ije said...

manusia boleh berubah. kerana manusia ada hati. =)

CAHAYA said...

ije,

Yep. Manusia boleh berubah. Masa yg menentukan. ;) Selamat berpuasa.

Precious said...

Kan baik pindah saja ... mulakan hidup baru di tempat baru.

CAHAYA said...

Precious,

Hmm. Ramai yang cakap macam tu. Tapi kalau susu anak pun tak mampu nak beli, nak pergi ulang alik pejabat kebajikan pun tak mampu, rasanya berpindah tu lebih susah. Mungkin bila dah okay sikit, baru boleh pindah kot. Lagipun, rumah tu rumah ibu yg perempuan itu.

Hospital Melaka ulang2 alik antar ubat ke rumah mereka untuk anak ke 2 dan ke 3. Tapi yg ke 2 tu kena jugak ke Hospital untuk darahnya.

Tapi, kalau masyarakat ubah sikit persepsi tu, bukankah lebih senang, lebih terbela nasib mereka. :)

Selamat berpuasa.

HEMY said...

mmg masalah masyarakat camni...tp kdg2 mmg ramai yg bekas2 penagih tak pernah nak serik...huh..mmg prejudis

Unknown said...

patutnya, mereka perlu diberi perhatian. bukan dipinggirkan.

perlu diubah persepsi masyarakat kita yang individualistik ni...

CAHAYA said...

HEMY,

Memang la ramai. Tapi cuba la bantu. Bukan suruh bantu bapak dia pun. Bantu la anak2 dia. Kan?

Kalau yer pun lah benci bapaknya, jgn sampai orang lain pulak kena tanggung. Tak adil tu.

-------------------------------------------------

kcynodia,

Betul. Sepatutnya begitu. Tapi akal manusia ni mudah celaru. Senang sangat. Kadang2 mereka kabur tujuan asal mereka di bumi ni. Manusia adalah khalifah di sini. Patutnya tujuannya membantu.

Tapi oleh kerana rasa hasad, rasa sakit dan yg lain2 mengaburi apa yang patut mereka lihat. Persepsi susah diubah. Cuma perlu satu langkah sahaja. Kalau tak mahu tolong, biarkan. Tapi jgnlah kondem, jgnlah tutup periuk nasi mereka.

CATZ said...

sepatutnya mereka diberi peluang. memang sukar utk terima hakikat atas kesalahan yang pernah dilakukan. tetapi once dia berubah, why not beri peluang atau usahakan sesuatu agar bantuan dpt diberi. Usahakn supaya suami ada pekerjaan. kadang akibat tertekan dgn layanan org keliling yg negatif, dia akan terjebak semula. sepatutnya masyarakat/ penghulu mendekati mereka. bimbing, bantu, bagi motivasi supaya mereka hidup lebih baik, berubah dan beri peluang pekerjaan.
setiap manusia pernah lakukan kesalahan.
namun bila mereka insaf,berilah dorongan, dekati mereka.bukan terus menghukum dan meminggirkan.
Di manakah perikemanusiaan mereka...

CAHAYA said...

CATZ,

Biasanya, resam manusia ni terbalik. Yang patut dibantu, tidak dibantu. Mata dah kabur dek cerita orang keliling. Itu yang judgement berterabur.

Tak perlu bagi duit pun, cukuplah bagi peluang. Tapi ntah lah. Mereka lebih suka melihat, mengeji dari membantu. Memang terbalik.