Saturday, October 3, 2009

Buka Rumah.

Hari ini hujung minggu. Ramai yang bertindak mem'buka' rumah mereka pada saudara dan sahabat handai. Aku tidak buka rumah tahun ini. Aku memilih menjadi peserta rumah ke rumah mereka yang mem'buka' rumah.

Hari ini sahaja aku punya lebih dari sepuluh kawan yang mem'buka' rumah. Itu belum dicampur yang mem'buka' rumah mereka esok. Aku mungkin hanya akan pilih 2 atau 3 bergantung pada masa yang ada. Lokasi pun diambil kira juga. Lebih-lebih lagi aku bekerja hari ini sehingga jam 2ptg. Jadi acara menyerang rumah yang sedia ada terbuka itu akan dimulakan paling awal pun jam 3ptg.

Aku pasti kamu pun terima banyak undangan, bukan? Ke mana pun arah tuju kamu, aku doakan kamu pandu dgn cermat dan jaga diri baik-baik. Semoga selamat pergi dan pulang. Jangan makan ikut perasaan. Duit raya jangan buat-buat lupa pula. Apa-apa pun, selamat menjamu selera dan mata.

p/s: Dalam tidak ada baju ini ramai pula yang menjemput. Sigh!

20 comments:

Jard The Great said...

bnyk undangan.. tp kalo jauh sgt.. tak nk pegi.. ehehe

CAHAYA said...

Tul. Aku tengah pilih2. Kira jarak dan kemampuan aku sendiri. Huhu.

zaiMi said...

10 kawan bukak rumah.. rumah 1st bleh makan sket2.. rumah 2nd rasa dh kenyang dh.. rumah 3rd rasa dh loaded dh.. rumah 4th dh xleh masuk makanan dh.. rumah 5th pengsan kekenyangan.. cmne dgn 5 rumah lagi? :)

Wahidah said...

br je alek dr open house..huhuhu

lavidalabelle said...

tak kenyang makan kat openhouse ni. asyik bercakap je dgn kengkawan xD

beb, whts ur ym..

Unknown said...

baru lepas buat makan2 semalam. penat gila~

Suka Bebel said...

Selamat ari raya maaf zahir batin!
kesibukan balik kampung dan kerja buatkan aktiviti bloging banyak terbantut. tahun ni ekonomi tak berapa mengizinkan nak buka buka rumah. minggu depan baru nak jemput kawan2 terdekat makan makan apa yang ada.hehe

MariaFaizal said...

Darling,
Relating your blog background, I'm thinking Buka Rumah for Halloween..he he he..

Come over to my place dik! For RAYA..he he..

Take care.

HEMY said...

sabtu mmg byk gak..tp ada 3 umah tak dapat pi..sbb tetiba plan ke senawang lawat cikgu sekolah menengah dulu

dukunlintahplk said...

untongnya dapat makan free.. XD

IamYonna said...

pergi buka rumah,kena la buka perut skali :p hehe

CAHAYA said...

zaimi,

mula2 layan jugak makan. pastu, sambung borak je. rumah2 yang akhir tu mata pun dah nak tutup dah. tapi layankan aje. ;)

--------------------------------------------------

wahidah,

banyak jemputan tahun ni?

CAHAYA said...

i.am.belle,

betul gak tu. lagi2 kalau pegi convoy. ade je hal nak gossip. haha. best2. ;)

ym: nsmd81@yahoo.com

--------------------------------------------------

olin,

x jemput pun. :(

CAHAYA said...

sukabebel,

jemputlah aku. hehe. (x malu btol jemput diri sendiri. haha) balik kampung mane tahun ni? aku balik kuching raya haji nanti. aktiviti blogging aku terbantut sebab aku dah takde idea nak update ape. haha. boleh?

--------------------------------------------------

kak maria,

halloween pun okay juga. boleh buat 'treat-or-trick' party kan? ajak tak bagi alamat pun sis? hehe. nanti insyaALLAH akan ajak geng2 dtg ramai2. boleh?

CAHAYA said...

HEMY,

jejak kasih ke? aku ada gak terabai umah open house hari ahad. huhu. mohon ampun. best berjalan raya, lagi2 convoy. tempat perjumpaan standard, pam minyak. hehe.

--------------------------------------------------

dukunlintah plk,

dapat jemputan tak tahun ni? kat KL ni raya sebulan. kuching mcm mana?

CAHAYA said...

yonna,

itu la pasal. bila dah pegi, x makan kang tuan rumah kecik hati kan? huhu. yang best tu, bila naik keta, sesak sudah nafas sebab kain pun dah ketat. hahahha.

Unknown said...

cahaya,

k zan bagi duit raya pada si cilik aje tau...
teringin nak duit raya dari cahaya hihi....

CAHAYA said...

Kak izan,

Cahaya semalam beraya dapat angpow. best woo. lama dah x dpt duit raya. Hehe. ;)

mummysyafie said...

saya pun tak buka rumah taun ni..saya buka atap je..

salam aidilfitri cahaya..

CAHAYA said...

mummysyafie,

buka atap ke? wah, fesen baru tu.