Thursday, October 8, 2009

Doa yang Mengancam.

“Wayang ibarat cermin, seperti melihat kita sendiri”

Aku diberi DVD bertajuk 'Doa Yang Mengancam' oleh Encik Tapa minggu lalu. Aku hanya sempat menonton kelmarin. 'Doa Yang Mengancam' ialah filem keluaran negara jiran Indonesia pada tahun 2008. Filem 1 jam 30 minit itu boleh ku klasifikasikan sebagai bagus dan jarang sekali untuk lihat filem yang bercerita tentang kekuasaan Allah SWT, lebih2 lagi dari negara jiran kita, Indonesia. Kalau ada pun, tidak banyak sedikit, mesti ada kontroversi.


Kisah berkisar tentang seorang hamba Allah bernama Madrim, yang bekerja sebagai kuli mengangkat barang, dan dia merasakan dirinya paling malang di dunia. Selepas dihalau keluar oleh tuan rumahnya (oleh kerana hutang), dia tinggal di surau berhampiran di tempat kawannya bernama Kadir bekerja. Sebelum dihalau keluar dari rumah sewa, iaitu pada hari yang sama, isteri Madrim juga telah lari meninggalkannya kerana kesempitan hidup dan tidak diberi nafkah.
Madrim mempersoalkan kenapa nasib malang sering menimpanya. Madrim juga mengadu yang nasibnya tidak pernah berubah walaupun dia selalu bekerja keras membanting tulang empat kerat. Kadir menasihatkan Madrim supaya rajin solat, berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya memberikan kehidupan yang lebih baik. Madrim mula solat dan berdoa setiap hari, sehinggalah suatu hari dia mempersoalkan bila doanya akan dimakbulkan. Madrim mula berdoa dengan mengancam Allah SWT dan memberi masa 3 hari 3 malam memohon Allah SWT mengubah nasibnya. Sekiranya doanya tidak dimakbulkan, dia akan berpaling dari menyembah Allah SWT.


Madrim mengembara keluar dari kampungnya dan pada hari ketiga, Madrim disambar petir dan pengsan. Setelah sedar, Madrim mendapati dirinya mempunyai kemampuan mencari orang dengan melihat gambar orang yang berkenaan. "Kemampuan melihat" tersebut digunakan oleh pihak polis untuk memberkas penjenayah2 terkenal pada masa itu. Oleh kerana ini, seorang penjenayah kolar putih bernama Tantra, berasa tidak senang duduk. Tantra menculik Madrim, menawarkan gaji buta 10 juta rupiah, sebuah apartment mewah dan dikawal ketat. Madrim lagi sekali mengancam Tuhan untuk menarik kembali "kemampuan" yang dimilikinya. Akan tetapi Madrim diberi lebih "kemampuan" di mana dia boleh me'lihat' masa depan dan lampau selain tahu dimana mereka berada.

Madrim kemudiannya berdoa lagi supaya dipertemukan dengan isterinya dan doanya dimakbulkan. Isteri Madrim yang bekerja sebagai pelacur tidak mahu kembali kepadanya dan bertindak membunuh diri kerana tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan. Madrim bersedih kerana dengan kekayaan yang dimilikinya, dia masih tidak bahagia kerana kehilangan isteri. Kawannya, Kadir menasihatkan supaya dia tidak putus asa berdoa kepada Allah SWT dan Madrim semakin tenang.

Akhirnya Madrim hidup secara sederhana, membuka kedai makan bersama ibunya dan juga Kadir. Madrim juga bakal berkahwin dengan seorang gadis yang baik bernama Yati, pekerja warung makan masa dia susah dulu.

Aku tertarik dengan kata2 Kadir kepada Madrim;

"Jangan putus2 berdoa, karena Allah SWT mendengar doa sesiapa sahaja. Walau sekecil mana pun ia."

Jadi, aku akan terus berdoa. Tapi aku tidaklah sampai mengancam. Ini cuma cerita untuk dijadikan tauladan di mana manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia ada. Yang pasti, aku akan terus berdoa, supaya nasibku berubah sedikit demi sedikit dengan jalan yang diredhaiNya. Aku tidak minta "kemampuan" luar biasa. Cukup sekadar kemampuan untuk berbakti kepada dua orang tuaku sementara hayat mereka masih ada. Cukup sekadar diberi tempat berlindung di atas kepala, makanan yang halal untuk disuapkan ke mulut, dan yang lain2 keperluan.

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53

**Semua gambar diambil dari Google.com

34 comments:

HEMY said...

mengancam gak citer ni..nk pinjam

CAHAYA said...

Boleh. Bila nak?

@xiM said...

menarik nya jalan cerita..nak cari lah DVD cerita ni..sebenarnya,kalau kita sedar,filem dari seberang kebanyakannya memang bagus bagus dan berani.maksud aku berani dengan kontroversi sebegini.kalau kat malaysia buat filem macam ni mesti dah kena gam lah apa lah..jarang kita kan kupas moral di sebalik sebuah karya,probably the way of thinkong kot..

apa ap pun,jangan putus harapan..terus berdoa,kerana sesungguhnya TUHAN maha mendengar walau sekecil manapun ia..

dukunlintahplk said...

mcm best jak cita tok.. mun ku madah "pinjam".. tepaksa lah bepost nak haha.. *numpang doa ngan ngamin perenggan terakhir ya :)

CAHAYA said...

Axim,

Setuju dengan Axim. Filem2 seberang kebanyakannya kontroversi dan direct. Filem Malaysia pun tidak kurangnya. Cuma ada sesetengah pihak yang masih 'protect' minda rakyat dengan karya2 yang tipikal. Sedih sebab balik2 citer cinta, citer motor, kereta, gangster dan macam2 lagi lah tipikaliti.

InsyaALLAH masih kuat. InsyaALLAH masih usaha selagi tulang empat kerat ini mampu berdiri.

Btw, kawan Cahaya 'jumpa' DVD ni di Bukit Mertajam.

CAHAYA said...

dukunlintah plk,

Memang best jalan ceritanya. Kalau mahu pinjam, bak alamat. Tapi pinjam kena pulang balik la kan? Cahaya balit Kuching raya aji tok. ;)

Cuba try download. Waktu Cahaya surf gambar banyak jumpa link download.

Amin. Thanks.

Unknown said...

cam menarik je cita nie...

nanti nak gi cari la...

suezen said...

wah...mcm best je nih...nk cr lah...:D

Suka Bebel said...

sila lah menjadi tokan mengedarkan dvd copy tersebut.hehe...

doa yang makbul datang dari hati yang tulus ikhlas dan betul betul mengharapkan keredhaan Allah. Kalau sampai tahap mengugut tu, bahaya tu.harap2 tak diamalkan lah.hehe

CAHAYA said...

~o~ dan suezensuzanna,

Jalan cerita dia menarik. Dan ada sedikit humor di dalamnya. Kalau mahu cari DVD ini, cari yang cetak rompak. Sebab rasanya tidak ada yang ori. ;)

CAHAYA said...

Suka Bebel,

Jadi tokan? Haha. Tak pasal2 je aku kena cekup nanti. ;)

InsyaALLAH. Yang pasti, semua datang dari Dia. Bukan kerja kita persoal kerja Dia. Part mengancam dalam filem ini ternyata untuk beri pengajaran supaya kita tidak memandai2 berdoa pelik2 dan mencabar kuasa Dia.

Bila sudah ada semua, dia tidak rasa bahagia, dia mahu kembali kepada dirinya yang dulu.

Anonymous said...

nak kak tgk cite ni,cam best jek..

tu la,kekadang kita ni tak reti bersyukur ngn ape yg kita ade kan,bila dpt lebih2 tak nk plak..ehe

balqissy said...

haah. sokong3... citer ni sngta lah mengancam ^.^

Unknown said...

cahaya,

dulu2 kan suami k zan suka beli citer mak lampir .... kalau pasang citer ni mesti k zan cabut. sekali dia mengilai... sepanjang malam tak leh tido....

berdoa untuk cari kebaikkan ....

CAHAYA said...

Nemo,

Memang best pun. Silalah cari DVD di kedai2 DVD cetak rompak berdekatan. Biasanya pasar malam ada jual DVD cerita Indonesia.

Manusia makhluk paling susah bersyukur. Susah nak puaskan hati manusia ni. Harap2 kita mampu bertahan dan bersyukur atas apa yang Dia kurniakan. Pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi. Wallahualam.

CAHAYA said...

balqissy,

Dah tengok ke? Mengancam kan? ;)

CAHAYA said...

Kak Izan,

Mak Lampir? Cahaya pun takut kot. Hehe.

Apabila meminta, Cahaya minta pada Dia. Hanya Dia. Minta Dia beri ketaqwaan, ketenangan dan kebaikan, rezeki dan lain2. Baik di dunia, mahupun akhirat.

Faisal Admar said...

menarik juga ye movie ni. hmm. mana nak cari? :) boleh download je ke?

plan this week nak tonton twilight, since i baru je habis baca novel twilight.

sekarang tengah baca new moon. tak sabar pula rasanya nak habiskan buku sebab 20 november 2009 tayangan new moon :)

eh, you tengah baca buku apa lak sekarang ni babe?

Firol said...

wahh bestlah citer ni...mana gua nak cari ye...

seni macam ni lah bagus ada nilai




daripada filem haru biru ,anak halal yg tah hape2

Wahidah said...

kesimpulannya jgn berhenti berdoa...:)

CAHAYA said...

Faisal,

Menarik sangat. Jarang Cahaya tertarik dengan cerita2 melayu/indonesia begini. Bukan kekwat, tapi meluat bila disogokkan bahan yang sama setiap kali.

DVD ini dapat dari Bukit Mertajam. Hehe. :) Rasanya available for download juga. But under *.rar file.

Twilight? Eh, dah lama kot movie tu. Jgn meluat tengok vampire bercinta yer. I can't wait for New Moon. Dah lama baca. You kena habiskan baca cepat. Lagi best baca then tengok movie. Baru thrill.

Now I baca 'Does My Head Look Big In This?' by Randa Abdel-Fattah.

CAHAYA said...

Firol,

Bagus jalan ceritanya. Lain dari yang lain. Indonesia memang terkenal dengan style kopikucing negara2 barat tapi it's good somehow. Cuba lihat dan nilai sendiri. Camera trick dia pun power. Ada style 'Slumdog Millionaire'.

Pengusaha filem Malaysia belum cukup berani untuk jalan cerita yang lain macam selain Allahyarham Yasmin Ahmad. Ada sedikit kelainan ditonjolkan, akan tetapi semakin lama tipikalitinya timbul. Konsep dah lebih kurang sama dan penonton dah boleh agak apa yang bakal dihidangkan.

Harap filem Malaysia akan maju dan variasi. Benci dan meluat tengok balik2 cerita yang sama ttg rempit, lumba haram, bohsia. Sedangkan benda2 tu dari dulu dah orang lain buat. Cerita 'Azura', 'Ali Setan' pun dah ada mat rempit zaman itu. Tinggal belum pakai je istilah itu lagi.

Antara 'Haru Biru' dan 'Anak Halal' aku suka 'Anak Halal' lebih. Bukan kerana Farid Kamil menjadi tunjang utama filem itu, tapi aku suka 'berani' dalam filem ini. Tapi aku benci part terpekik2 macam bagus yang aku rasa dalam dunia nyata takde orang perangai macam tu. Try too hard maybe.

CAHAYA said...

Wahidah,

Betul. Doa tidak putus2. DIA yang Maha Kuasa mendengar. ;)

Itu salah satu sifatNya.

Ad Rifza said...

Menarik jugak...sambil2 ada motif yg baik dlm cerita..Doa yang mengancam..Selalulah berdoa mohon apa sahaja..INSYALLAH...ALLAH akan makbulkan nanti cuma masanya kita tidak tahu bila..Teruskan berdoa yea..

joegrimjow said...

mana nak cari ni??
ishh
besh2

CAHAYA said...

Ad,

Menarik dan ada pengajaran. ;)

Meminta hanya pada DIA. Kalau harap manusia, belum tentu terkabul. Usaha, doa, tawakkal, dan redha. InsyaALLAH lapang dada.

Its proven!

CAHAYA said...

joe,

Kamu tinggal jauh. Kalau aku suruh kamu cari di pasar malam, sangatlah mustahil kan? Try donlod la dik oi. ;)

Best dan berbaloi menonton.

izzaty zafirah said...

halo. dropping by.
nywy, maner nak dpt eyh citer ni ?
tringin sgt nak tgk !!

hope dpt bkongsi. ;)

CAHAYA said...

Izzaty,

Thanks for drop by. Cuba try cari kat pasar malam. Rasanya ari tu nampak banyak cerita Indonesia.

;) Kalau still tak dpt, cuba download yer yang.

Skullsplitter said...

just want to share. hanung bramantyo is one of the great director at indonesia. if you watched his film, make yourself into that film coz it's so many hiding message he want us to learn.

and so many film he do is from a novel. another great movie from him and novel is ayat-ayat cinta by Habiburrahman El-Shirazy and perempuan bekalung sorban by Abidah el Khalieqy.

watch it! it's really good.

skullsplitter

CAHAYA said...

Thanks for sharing. I've seen both the movie you've mentioned.

I suggest you try other superb Indonesian director other than Hanung. I highly recommend you to watch 'Kun Fayakun' and 'Kiamat Sudah Dekat'.

Skullsplitter said...

Already watched it. It was a great film too, but in term of movie work with not direct info, which is mean so many double meaning inside there, I preferred Hanung. People love to hear anything about Islam in this way, story and double meaning. Kononnya thrill. :)

skullsplitter

Skullsplitter said...

but it was a good film too. i can't deny it. :)

CAHAYA said...

Yep2. I'm currently falling in love with Khabir Bhatia's work plak. Have you watched 'Nur Kasih'? He got a new one; 'Keabadian Cinta' thou. Good story too.