Friday, October 9, 2009

Aku Ditembak!

Sumber imej Google.com

Merujuk kepada entry tanggal Oktober 6, 2009. Ternyata mereka masih belum puas. Mereka masih lagi belum mahu berhenti. Aku tidak tahu sampai bila aku harus bertahan. Dan sampai bila mereka akan mendesak. Yang pasti, keputusan ku tetap sama. Tidak tidak tidak!

Tapi aku pelik kenapa aku boleh bersabar. Temper aku selalunya loose semacam je. Pelik! Alhamdulillah atas kekuatan ini.

Ayat terbaru aku ditembak:

"Sakinah simpan duit dalam ASB kan? ASB tu keuntungan melalui interest. Interest tu riba'. Riba' haram!"

Bisnes mereka dapat hasil dari siapa ya? Bisnes menindas orang lain sudah dipandang 'mulia' sekarang ni agaknya. I wonder.

Faisal Admar, terangkan pasal ASB, please.

p/s: Bila cermin diri sendiri digunakan mencermin orang lain. Pelik jadinya. Salam jumaat dan selamat ber'huha' di hujung minggu.

21 comments:

joegrimjow said...

xmo update ke ujung mgu?

cik siti penguin said...

typical. people always see other's faults rather than their own. the best thing to do is just keep an open mind and reflect on our own selves.

reena said...

tepuk dada tanye selera yang... do the best for urself...k

CAHAYA said...

Joe,

InsyaALLAH update. Tentatif penuh buat masa ni.

-----------------------------------

cik.siti.penguin,

Indeed. ;)

CAHAYA said...

reena,

InsyaALLAH. I'm holding on.

HEMY said...

huhu..ada gak dgar pasal ASB...kalau kita ragu2 gi tanya la sapa yg ptut...kalau mmg riba..better elakkan..ari tu ada dengar ayat quran ke hadis yg bgtu punya hebat blsan kat akhirat sapa yg makan riba

CAHAYA said...

HEMY,

Rasanya rata2 sudah tahu apa hukumnya riba'. Cuma soalnya, betul ke duit itu duit riba'? Atau hanya andaian orang yang pentingkan diri sendiri?

Dalam kes ini, mereka bercakap untuk membuka mata orang lain yang MLM mereka itu bagus dan halal. Bukankah kalau 1 orang pun teraniaya dalam bisnes apa2 pun sudah dikira tidak halal? Dalam kes ini, bukan 1 orang yang komplen, ramai dah pun.

So, tepuk dada, tanya hati. Tapi Cahaya masih mahu penjelasan ttg ASB itu.

sicKo^ said...

klau kita lihat dr sudut lain, perbankan islam pun ada interest, cuma diorang tak namakan sebagai interest...

tapi btul gak cakap ko.. betul ke duit tu riba??

balqissy said...

hurm~ teringin nak belajar menembak!

p/s: sayangnya cahaya xdpt ikut plak p singapore. btw, wish congrats to the newly wed's friend tu, ye. ^.^

CAHAYA said...

sicko,

Itulah dia. Dah confuse sebenarnya Cahaya ni. Maybank ada buat Islamic loan lagi utk ASB. Itu ape citer pulak? Isk isk.

So, duit apa sebenarnya tu?

CAHAYA said...

balqissy,

Teringin kan? Sangat teringin.

p/s: bukan kawan yang kawen. Tapi cousin. Tu sebab kena pegi. kalau kawan tak kesah sangat kot. ;)

Firol said...

macamni tanya ustaz yg bertauliah dan benar2.supaya tak keliru

CAHAYA said...

Firol,

Aku rasa hal begini perlu dapat penjelasan dari orang yang tahu pasal perbankan ASB dan juga ilmu agama. Ustaz memang tahu halal haram dan hukum riba'. Kita semua pun sudah maklum.

Tapi dari mana sumber kewangan ASB itu hanya mereka yang arif dalam bidang itu sahaja yang tahu. Jadi pengetahuan dlm kedua2 bidang penting sblm membuat keputusan.

Fast Bone said...

Just ignore them sakinah, sebenarnya diorang bercakap bukan berlandas kan nas al-quran atau pun hadith. nothing in this world come easily.

CATZ said...

cahaya,
buat tak tau je..ignore je mereka itu..
lama2 penat..diam..
kalau dilayan..lagi meroyan.
:).

CAHAYA said...

Fast-Bone,

Hey Khalid. Thanks komen kat blog aku. Aku dah cerita pun pasal benda ni kat open house Din & Cikin ari tu kan?

Aku memang bohlayan diorang semua skang ni. Tapi dalam masa yang sama aku nak tahu gak betul ke tidak pasal ASB tu. Kalau aku curious ini pun kira was-was ke eh?

CAHAYA said...

CATZ,

InsyaALLAH. Kalau tak dilayan pun dah meroyan semacam, lagiklah kalau dilayan. Mahunya aku pun ikut meroyan.

Perkara macam ini perlu constant ignorance. Kalau sekali amik peduli, selamanya lah benda ini akan haunting kita. Hope aku tak macam tu.

Aku xnak meroyan.

izan said...

cahaya,

bab ni k zan pun susah...

ada kwn k zan seorang tu. bila cukup masa dapat faedah dia terus bayar zakat.... dia juga seorang yg mementingkan kebersihan.

cuma dalam hal ini tiada wang disana melainkan sijil...

CAHAYA said...

Kak Izan,

Zakat dan Riba' adalah dua perkara yang berlainan.

Yang pasti zakat itu adalah kewajipan bagi seorang muslim.

Riba' pula memang haram, tak kiralah macam mana perlaksanaannya. Kalau makan riba' tp berzakat, itu tak bermakna dia terlepas dari dosa makan riba' tu.

Memang 'harta' utk ke sana bukan materi.

Ad Rifza said...

Masuk jer tabung haji..zakatpun tabung haji bayarkan..Dijamin tidak konfius..hehe

CAHAYA said...

Ad Rifza,

Ada juga simpanan di Tabung Haji. Dan ada lagi sebahagian di ASB. Kalau ikutkan, memang senang begitu. Keluar yang sana, masukkan yang sini. Tapi, masih belum dipastikan hukumnya. Kalau mengharamkan yang halal atau sebaliknya juga berdosa. Bagaimana?

p/s: keluar dari masalah memang kerja mudah.