Saturday, October 17, 2009

Bila emo baru rajin, betul ke?

Aku, Teja, Kama dan kawannya (lupa lah! ops) ke rumah Dr Sam untuk beraya dua minggu lalu. Sambil makan dengan banyaknya, sempatlah kami berbual tentang blog.

Betul kata mereka, selain faktor busy (kononnya), faktor emo, patah hati, sedih, depress, dan happy banyak menjurus kepada penulisan blog yang kerap. Mungkin bila mood biasa, tiada apa yang mahu dikongsi or tidak berbaloi untuk disaji pada readers.

Ada blog yang dulunya happy, tapi makin lama makin depress penulisannya. Ada sampai nak bunuh diri pun ada. Dan nasihat dari para readers minta si blogger bersabar itu dah naik 3 mukasurat. Tapi hasilnya makin lama makin depress. Aku kasihan golongan ini (aku pun sama kadang2), aku harap mereka dapat pertolongan dari pihak yang sepatutnya. Call 15999 Talian Nur jika perlu kaunseling, okay.

Ada blog yang update hari2. Pergi kedai beli roti pun cerita. Aku salute bloggers yang mampu update hari2 dengan pelbagai cerita. Lagi2 yang siap dengan gambar. Tabik spring terus. Aku yakin hidup mereka happy. Dan setiap post umpama diary itu sangat bagus. Boleh lah si blogger belek masa akan datang. Even bila dah ada cucu cicit nanti. Tahniah daily bloggers.

Banyak lagi jenis bloggers lain. Aku pasti kamu tahu kamu blogger yang mana. Keep on blogging. So I will keep on reading. ;)

Aku akui bila aku happy, aku lupa tentang blog ini. Aku lupa yang aku 'Cahaya'. Sahlah blog ini merupakan terapi untuk aku. Terapi untuk aku luahkan apa yang terbuku, apa yang terjadi dalam life aku yang kecil ini. Blog ini juga menjadi saksi setiap kesakitan dan juga ubat sepanjang hampir 1 tahun ini. Alhamdulillah. Banyak yang aku belajar. Terima kasih 'cikgu cikgi' semua.

Tapi kadang2 bila aku happy, aku update juga kalau tidak bahan. Tapi kebarangkaliannya mungkin hanya satu per sepuluh.

p/s: Selamat Menyambut Deepavali kepada yang menyambutnya hari ini.

Di bawah image yang sempat ku capture waktu kunjungan raya rumah Dr Sam.

Keluarga Dr Sam

Food haven

Cikgu dan anak murid yang berdedikasi

Lubitel, my dream

Classic! Dr Sam ada 1 almari khas untuk kamera lama2.
I envy you!

18 comments:

*~ aRaBeLLa ~* said...

kekadang kite rase lebey rapat/dekat dgn rakan blogger dari rakan di dunia luar...can u believe it??? huhuhu

CAHAYA said...

Arabella,

Betul juga tu. Tapi lebih baik seimbangkan kot. ;)

zaiMi said...

aku blogger rojak.. sume bnda ak nk cite dlm blog.. hehe

CAHAYA said...

zaimi,

ha, dah ada lagi satu kategori. blogger rojak! ;)

DrSam said...

wah...boleh buat penulisan akademik ni CAHAYA. Jenis-jenis blogger, kesan psikologi dan impak persekitaran terhadap emo bloggers. Mendalam juga analisa pada pertemuan yang singkat hari tu ye.

Besok Teja Konvo. Dia tak ajak celebrate ke?

p/s: Lain kali kita buat test ambil gambar kamera-kamera 120mm tu O.K :)

CAHAYA said...

Akademik ke? Haha. No way.

Teja convo. Tapi tak tahu sessi mana satu. Nanti malam nak contact dia kot. Kalau dia tak busy dengan assignment n kuiz, maybe bleh ajak celebrate. ;)

p/s: I will get the 120-film for you. ;)

cik siti penguin said...

emotions shall affect our every action..


eh btw, nice cams. nape tak curik satu? hahaha

[S]itie [B]Um [B]Um said...

woah!!! hobi kumpul kamera ar ni..

HEMY said...

betul..cam aku..aku just nk menaip..tak kisah la nk cter pa pn kadang senang..mcm arkib utk apa yg aku buat..nk cek awat nya aku kena speedtrap..gi mana masa tu..ha..contoh..leh la keep track

CAHAYA said...

cik.siti.penguin,

Indeed. Emotion leads to feelings and actions. And sometimes, the bad one.

Yep. Very nice cams. Can't take my eyes of them.

CAHAYA said...

sitie.bum.bum,

Nak kata hobi tu takdelah. Tapi suka! Suka sangat plak tu.

CAHAYA said...

HEMY,

Betul gak tu. Nanti senang nak tgk bila kejadian. Takpun bila tahun baru leh tengok azam tahun lepas tercapai ke tak. ;)

Keep on blogging yer.

Ad Rifza said...

Hmmm betul kata Cahaya..setuju bebenor...Blog AD kategori camana lak?Depress ek?hehehe...Sah-sah depress sebab tajuknya pun melankolik..haha..
Cuma ada gaklaa selit2 sikit2 personal life..
Tapi bagi AD lah..Ad rasa puas bila menulis sesuatu ..Rasa lega dan lepas di dada...Bila org bagi feedback rasa lebih lega..Give something and get something from blog and bloggers..tq..

CAHAYA said...

Ad Rifza,

Blog Ad, kalau Cahaya nak kategorikan, bukanlah kategori depress. Maybe EMO kot. Hehe. ;) Dan Cahaya perasan Ad akan kerap menulis bila sakit, bila rasa sedih, kecewa or baru putus cinta. Betul ke? Petik je ni. Hehe.

Lega kan menulis? So sama seperti Cahaya yang blog ni merupakan terapi secara tak langsung. Nak jerit luahkan dengan orang sebelah menyebelah rasa macam x wajar kadang2. So sini je la tempat nak luahkan. Yang membaca pula, kalau tak suka, click je [X]. Tak perlu masam muka. ;)

Feedback itu kadang2 boleh bantu atasi emosi juga. Dan kadang2 boleh jadi lawak sampai lupa masalah. So you all bloggers memang rawks!

yOnnA said...

haha.rasanya ramai yang daily bloggers kot :)

utk pendapat yonna sendiri, mungkin utk org yang depress,luahan di blog adalah terapi utk mereka. atas tulisan ja kita boleh merungkaikan semua rasa kan? dalam keadaan tak pernah bersua muka,bertentang mata, it more easier :) even ramai yang baca cakap asyik emo ja. hahhaa.

mcm akak sendiri,yonna pon rasa banyak post2 akak yang mcm sedih2 T__T nasib layout akak x hitam2 mcm org berkabung hahaha

blog yonna,yonna campur 2-2, haha bila happy,tempek gambar banyak2. bila rasa nak meletup,maki suka hati ja dalam blog. :D

CAHAYA said...

Yonna,

Betul2. Blog akak ni banyak sedih kot. Tapi kalau ikutkan takdelah sedih mana. Nak kata buat2 sedih, pun x jugak. Mungkin salah lenggok bahasa kot yg jadikan sedih tu.

Blog Yonna memang sker lepas geram. Blog lepas geram gitu. Hehe. Tapi mesti lega lepas luahkan geram2 yang terbuku. Sebab akak pun rasa yang sama.

Akak hepi je, xdelah depress buat masa ni. Tapi time sentap je baru mood nak menulis tu membuak2. Hehe. ;)

p/s: Hitam x berapa menawan dah di mata akak.

@xiM said...

May i ask you one question CAHAYA,

How you define my Blog??

anyway,lain orang lain ragam..idea pun berlainan..just teruskan menulis ya,tak kira la ianya berbentuk apa sekalipun,ia nya tetap hak cipta kita yang terpelihara..

keep blogging and smile always..:)

CAHAYA said...

Axim,

Blog you, blog makanan. Apa2 berkaitan makanan (or vacation) mesti ada kat blog you. So kalau kenyang, I pi blog u. Sebab leh loose kan sikit perut. Haha.

Yep. Lain orang lain. Rambut je sama hitam, hati? No komen though.

Keep on flogging Axim. ;)