Tuesday, October 20, 2009

Surat Kepada Cik Puan Beyonce.

Imej aku ambil dari Google.com, since kamu belum pun sampai sini.

Kehadapan Cik Puan Beyonce yang aku minati,

Aku menulis kepada kamu kali ini adalah ingin bertanya tentang why on earth kamu mahu postphone konsert yang bakal berlangsung Ahad ini di Stadium Bukit Jalil. FYI, aku sangat looking forward untuk berjumpa dengan kamu. Begitu juga dengan adik aku. Aku tahu di Stadium Bukit Jalil yang gah itu, kamu mungkin hanya sebesar jari kelingking aku dari jarak jauh, tapi aku masih mahu dengar kamu menyanyi live.

Walaupun tiket yang adikku beli itu masih lagi berstatus hutang, aku ingin sangat jadi salah seorang yang hadir di konsert kamu. Aku tahu tiket konsert yang berharga rm93 itu aku masih lagi boleh refund, tapi kenapa kamu tangguh2 datang Malaysia ni? Aku dengar dalam radio, kamu dah pun sampai ke Seoul. Malaysia takda lah jauh sangat dari Korea tu. Jom datang jom. Tak DIVA la postphone konsert lagi seminggu nak ON. Sedih woo.

Apa alasan kamu kali ini Beyonce? Adakah kamu berkecil hati dengan kerajaan Malaysia yang minta kamu pakai sopan sikit? Aku rasa suara kamu still mantap walaupun kamu pakai baju kurung. Tak caya? Cuba try. Kalau nak try, kenalah datang Malaysia. Tak DIVA la tak sahut cabaran.

Sekian sahaja surat aku buat kamu Cik Puan Beyonce. Aku malas menulis panjang2, susah kamu nak translate nanti. Aku dah translate satu dua perkataan, bagi senang kerja kamu. Aku harap jadilah konsert kamu tu nanti.

p/s: sejarah konsert postphone ni dah selalu. Lepas tu, sure senyap je.

27 comments:

HEMY said...

huhuhu..haah kena pakai sopan kan msia...mmg ilang tune la kot..

kena plak cm pussy cat dolls tu..ehhehe..tetiba kena pakai sopan..ahahaha..bygkan nicole pakai baju kurung..nari jai ho

CAHAYA said...

HEMY,

Takkan la sebab tu dia taknak datang Malaysia. Ari tu kata tak kesah.

Maybe tailor yang buat baju decent tu cuti bersalin. So dia takde baju nak pakai.

Jard The Great said...

hehehe... sopan2 pon... org mesia yg dtg tinguk konsert tu ade yg tak sopan.. heeeeeee

CAHAYA said...

Jard,

Dia tak jadi buat konsert pun this weekend. So tatau la dia sopan ke tidak. Orang Malaysia takyah cakaplah, memang banyak yg x sopan. Pi genting highland pun pakai 'baju kecil' je.

DrSam said...

Agaknya dia dah suka sangat makan kimchi kat Korea tu sampai terlupa konsert dia kat Malaysia.

Dj Epoi said...

Teringin Gua nak nengok dia pakai baju kurung.....cantik aper!!

Tapi Gua setuju ngn Jard The Great.

Yang mai.... tengok konsert rasanya lebih tak sopan heheheehh

CAHAYA said...

DrSam,

Mungkin jugak dia makan kimchi terlalu banyak sampai kena cirit birit. Pastu takleh datang. Apa pun alasan dia, dia dah janji nak dtg.

-------------------------------------

DjEpoi,

Mungkin boleh request dia berbuat demikian nanti (kalau ada rezeki dia dtg sini la).

Betul. Penonton lagi 'hangat' kot! Hahahaha.

Pemuda Berani said...

hahaha..klakor baca surat utk akak beyonce...
tp mntak2 jd ler erk die mai cnie...klo x mek meraung nyeh.....waa....

Wahidah said...

alahai bile postpone ne kebarangkalian utk tk jd dtg terus tu tinggi..huhuh..aperla beyonce ne..meh la dtg..hehehe

CAHAYA said...

Maya Qistina,

Tu la. Mintak2 la jadi. Sweet dreammmm or beautiful nightmare... Lalalala.

-------------------------------------

Wahidah,

Bukan tinggi lagi. Now dah ada feeling macam tak jadi terus je. Since dalam paper pun ada tulis, sape xleh tunggu, sila amik refund anda. Kalau konsert lain sumer suruh hold on to tix. Ape daa Beyonce, takut cabaran la.

billa naha said...

alahai kesian makcik kita ni nak tgk Beyonce.. nanti pos la kat dia surat cinta ni..huhu..

Firol said...

pakai baju sopan...



tak yah datang terus pun ok gak...

Suka Bebel said...

kalau betul dia nyanyi pakai baju kurung, aku nak gak nengok. aku booking tempat duduk paling dekat dengan stage.heheehe

Faisal Admar said...

ouch! i didn't know about this postpone issue!

hmm. some how, i think we are more strict than any Arab country :)

CAHAYA said...

Nabilla Naha,

Dah sent kat email dia. Harap2 dia baca. ;)

-----------------------------------

Firol,

Boleh je dia nak datang. Orang Malaysia entertainer memang tak pakai macam tu. Orang2 Malaysia ramai kot yang pakai macam tu.

Aku still nak dia dtg.

CAHAYA said...

Suka Bebel,

Tiket depan paling mahal rm500++. Sure ke ko nak datang kalau dia pakai baju kurung?

-----------------------------------

Faisal Admar,

It was all over the news. Mesti u neglect paper dua tiga hari ni kan?

Yep. Strict lebih2. Tak tahu diorang nak jaga apa sebenarnya. Position or memang betul sebab agama.

theblabber said...

sedih bila baca orang kutuk-kutuk malaysia pasal her postponement. lagi sedih bila ada yang kutuk pasal islam. duhh..

IamYonna said...

hari tu Rihanna tu pon sampai sudah senyap. muka dah x berlebam,x dtg jugak Malaysia!

ni dah la diva dunia nak dtg ni! still ada kejadian yang sama! Beyonce ke yang minta tangguh?

CAHAYA said...

Miezi,

Sebab kenapa dia postphone belum dipastikan lagi. Tunggu saja press release dalam minggu ini. Seperti yang ditulis didada akhbar hal ini tiada kena mengena dengan isu pakaian or Malaysia. Mungkin isu dalam pihak Beyonce sendiri.

-----------------------------------

Yonna,

Itulah pasal. Betul la tu. Tak lama lagi cancel la.

Cikgu Ije said...

harap2 cik puan beyonce paham isi kandungan surat ni. =)

ehe

Sitie BUm BUm said...

ade sebab yg xdpt dielak kot tu..

CAHAYA said...

ije,

Google dah ada translator dalam Bahasa Melayu. Best kan?

-----------------------------------

sitie.bum.bum,

Haha. Ke dia nak elak datang sini?

lavidalabelle said...

aku suka beyonce' beb! next time kita pergi sama2 okeh!

lavidalabelle said...

aku dah agak batal lagi sbb beyonce mana reti pakai sopan masa concert xD

CAHAYA said...

i.am.belle,

Ko pun suka? Best2. Kalau dia jadi datang nanti kita pegi sama2 la.

Ko dah agak dah ke? Huhu. Tapi kan, ari tu dia kata okay je masa pihak Malaysia suruh dia pakai sopan sikit. Lepas tu agaknya tailor dia tak sempat nak siapkan baju sopan dia, itu yang tak jadi tu.

@xiM said...

dia tak mau datang sebab tak leh nak show off dia punya bontot yang berkilat tuh..

CAHAYA said...

Axim,

Haha. Mungkin gak kot. Frust aku!