Tuesday, February 16, 2010

Today I am 16 years old with 13 years of experience.

Ok, it's official. Saya sudah dalam angka 29 sekarang. Terima kasih untuk semua birthday wishes yang tak henti-henti dari semalam. Senyum sampai ke telinga saya sekarang ni.

Apa plan untuk hari ni? Takda. Kerja. Lepas tu balik rumah. Duduk rumah. Tengok Chuck. Atau ke Giant sekejap beli stok makanan yang hampir tiada. Ahli keluarga yang lain di kampung. Oleh sebab kerja, terpaksa la duduk KL sorang-sorang. Kawan-kawan lain banyak balik kampung pulak tu. Musim Raya la katakan.

Reminisce apa yang telah saya achieve pada tahun ke-28 saya yang lalu. Saya pernah bercadang mahu kuruskan badan (which masih lagi dalam progress walaupun tak nampak). Haha. Setakat ni, nak kata berpuas hati tu takdalah. Tapi bila terpaksa keluar shopping wardrobe baru atau pakai baju lama yang bertahun2 simpan dalam kotak, rasa excited tu makin tinggi. Lagi best bila ada orang puji kata dah nampak lain. Harap-harap usaha akan makin meningkat, memandangkan usia pun meningkat. Ye tak?

Di bawah achievement tak seberapa saya untuk bulan lepas sebelum adik saya memecahkan scale timbangan yang murah ni. Saya bermula dengan angka 132kg.

-12.8kg

Sebenarnya dah pernah turun lagi dari angka di atas ni. Tapi oleh sebab Raya Puasa bersambung-sambung dengan Raya Haji dan Raya-raya lain, dah naik balik. Cis! So kat bawah ni result selepas saya bercadang untuk tidak menyambut Raya Cina. Harap-harap bertahan sampai Raya Puasa lagi satu.

Doakan saya berjaya yer. Ni azam tahun ke 29.

22 comments:

Adziim said...

Lagi 8 tahun aku akan capai 29.
Dalam 8 tahun itu aku tak mahu menambah lemak yang dah sedia banyak pada diri ini.

Mari sama-sama jaga badan.
:)

CAHAYA said...

bagus!! Doakan saya berjaya.

Dj Epoi said...

Salam....

Dik..Happy belated Birthday....

Huhuuuuuuuuuuuu...masih muda lagi tuh hehehheheeh....
Gua doakan agar apa yg Lu idamkan akan tercapai Dik ....

Um!!! berat dah banyak turun tuh...
Jom update suka - suki dalam blog Gua..untuk seseronok kita berdiet!

Masuk eik?

Heheheheheheh....

Gua skank 103 skank nih heheheh

Nite Garden said...

Saya juga berusaha utk perkara yg sama thn 2010 ni. semoga kita sama2 boleh langsing :)

DrSam said...

With determination, perseverance and patience, I am sure you can do it.

Anonymous said...

teruskan usaha

Honeydy Love said...

HAppy Birthday.. =)

Wahidah said...

wah byk gk dh turun tu..keep on moving k..

sya pun ingin berdiet jua..tp asyik gagal je..:(

Jard The Great said...

chaiyok! chaiyok! ku pon da nk 28 tahun (2011).. huhu...

HEMY said...

wauuu..keep it up cahaya...yg penting sihat..yg tu jgn lupa tau...

Anonymous said...

all de best sis.. sy tau sis leh buat.. =]

yonna said...

caiyok2 akak! hahaha. mana tau leh selim melim nnt ;))

lavidalabelle said...

selamat hari jadi. doakan ko sihat dan gumbira (amin) :>

Fai Zakaria said...

Whoaaa!!! Go Cahaya!

Kniedaz said...

Semoga berjaya cahaya..kniedaz pun nak turunkan berat badan yg naik mencanak akibat raya2 yg cahaya sebutkan dlm n3...huhu

sicKo^ said...

wei.. Gud Luck..

mummysyafie said...

happy birthday dear..

Suka Bebel said...

selamat ulangtahun je la mampu diucapkan, semuga bertambah tabah walau apa pun dugaan melanda. semuga sukses sentiasa.amin

daun kesum said...

ehem,.

29 muda lagii,.

CAHAYA said...

Thanks all for the warm birthday wishes and Doa. God bless you all. :)

Faisal Admar said...

good luck :)

CAHAYA said...

Thanks so much!