Wednesday, August 18, 2010

Sabar.

7 Ramadhan. Alhamdulillah. Genap seminggu umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Seperti yang kita semua tahu, Ramadhan sepatutnya mendidik kita menjadi umat yang bersabar. Sabar dalam segala ujian dariNya. Rasa-rasa anda jadi semakin penyabar tak? Atau sebaliknya?

Di jalanraya, makin ramai pemandu yang hati panas bawak kereta. Nak kata experience first hand perkara itu, tak jugalah. Tapi selalu nampak tweet-tweet kawan-kawan yang geram dengan pemandu sekeliling mereka tatkala lagi 2 atau 3 jam sebelum berbuka. Boleh dikatakan semua tweet-tweet amarah.

Di rumah, especially rumah saya. Saya cepat hilang sabar bila orang membuat sesuatu yang ridiculous. Ayah saya cepat melenting kalau orang bertanya banyak dengan dia. Mak pula jawab soalan semua dengan high pitch. Semuanya berlaku 2 atau 3 jam sebelum berbuka.

Banyak lagi tempat lain. Tapi saya rasa cukuplah 2 tempat yang saya sering dengar rungutan tentangnya.

So, Ramadhan ini, anda makin sabar atau sebaliknya?

9 comments:

yonna said...

mmmg rasa sakit jiwa kalau orang tanya banyak2 ni hahaha.yonna sendiru pun, rasa nak jadi monster je bila org tanya banyak2 ni T___T

tapi kalau benda terjadi 2-3 jam before berbuka,mmg sakit hati, mmg takleh sabar dah rasanya. dah la kita pun tgh lapar. org lapar kan cepat marah :D

CAHAYA said...

Yonna - Hehe. Yonna leh geng ngan ayah akak la kalau macam tu. Tapi memang annoying kalau orang tanya banyak soalan. Lagi-lagi soalan yang sama. Dah la tengah puasa, air liur pun makin kering jawab soalan dia.

2 ke 3 jam sebelum berbuka memang tempoh genting. Kalau boleh jangan lah sape2 buat lawak bangang or tanya soalan merepek time tu. Memang memanggil-manggil utk di'fire' lah tu.

fndrocka said...

ramadhan ni tetasa lebih tenang dan senang...

CAHAYA said...

fdnrocka - Alhamdulillah. I'm jealous!

As said...

oh as tak pernah face camni..
supposed makin dekat nak buka, makin bertenang semua....
ramadhan tu juga madrasah sabar kan.. :)

take care cahaya

HEMY said...

sebenarnya ramadhan = menguji kesabaran lebih tepat bagi aku

nak sabar atau tak tu kena cuba..

CAHAYA said...

As - Wah! Bagusnya. Cahaya ni teruk kot. Tu yang tak penyabar tu. Rasa nak terkam2 orang je kul 7mlm. Haha.


HEMY - So teruji tak sabar ko bulan ni?

billa naha said...

Kesabaran... we have this little cousin named Iman Natasha. My brother seumur dengan dia, almost her best friend.

One day, my brother sangat tak sabar mintak itu n ini, and I told him; Sabarlah. Sabar tu separuh dari Iman.

Since then, kalau I tak sabar, he will say, "sabar kakak, sabar tu separuh dari Iman Natasha" and somehow, da evolve jadi nama setiap org yg tak sabar.

Nowadays, dia akan kata sabar itu separuh dari Nabilla pulak.. bless those kids, they enjoy Ramadhan much more than we do~

CAHAYA said...

Awww. That is so schweet. :) And I guess now sabar itu separuh dari Cahaya. :)

Enjoy yours too. XOXO Iman Natasha and Nabilla.