Thursday, August 19, 2010

Saf.

8 Ramadhan. Solat Tarawikh malam ke-9.

"Rapatkan saf..." suara Imam berkumandang satu masjid.

"Penuhkan depan. Penuhkan depan. Belah kanan ada kosong lagi..."
kata Makcik nombor 1 tak berganjak dari tempatnya. Sebelah kiri, depan kipas.

"Ke depan. Ke depan..." kata Makcik nombor 2 yang berdiri di sebelah Makcik nombor 1. Depan kipas, sebelah kiri sekali.

"Makcik, Imam suruh rapatkan saf ke kanan. Bukan rapatkan saf ke kipas..." padan muka, kena sebijik dengan aku!

Nota kaki: Ternyata aku tetap hangin walaupun dah kenyang berbuka. Ye lah, sape suruh buat gestures ridiculous depan muka aku. Kan dah kena! Mesti aku kena banned dengan makcik-makcik geng masjid lepas ni.

14 comments:

Mohd Adziim said...

Aku cadangkan kau suruh diorang bawak external plug dengan kipas tiang dari rumah masing-masing. Pesan suruh diorang bawak duit lebih untuk sumbangan bayar bil elektrik.
Nak lagi best, mintak diorang kutip duit pasang aircond.

Kalau sound macam tu agaknya memang mak cik-mak cik masjid tu tak duduk rapat dengan kau. Haha~

CAHAYA said...

Adziim - Now pun makcik2 tu dah bisik2 masa tazkirah. Hehe. Makcik2 tu kena sound lagi masa ambil wuduk. Eh, dalam masjid pun mengumpat? Haha.

Tu la pasal. Aku tak kisah kalau dia nak duduk depan kipas ke depan mana pun. Tapi takyah la marah orang kalau belah kanan tu kosong. Dia injak la ke kanan. So orang yg baru datang boleh masuk saf.

dukunlintahplk said...

macam2 jak ragam para jemaah.. hehe..

CAHAYA said...

dukunlintak plk - Tu la. Duduk je depan kipas. Nak sejuk. Esok neraka lagi panas kot. Mana nak carik kipas? Ape ntah!

Wahidah said...

hehehe..sekali kena sounds da makcik2 tu...senyum je wai bace entry ne keen..:)

HEMY said...

nk beribadah kena selesa..makcik tu cari keselesaan la tu..hehehe

billa naha said...

sabar kamu, bulan pose.. hahahaha..

MariaFaizal said...

mak cik yg obsessed about kipas dlm masjid : D
makcik2 tu baik dok kat rumah jer kalau menyakitkan hati jemaah lain he he he.Selamat Berterawih Cahaya..

mummysyafie said...

tapi memang betul la..itu selalu terjadi bila kiter nak gi terawih kan..

CAHAYA said...

Wai - Makcik2 tu mintak. Cahaya bagi je. :P


HEMY - Ko mesti geng saf kipas jugak kan? Haha.

CAHAYA said...

Billa - Orait. Dah cool down. Dah salam dah ngan makcik tu semua. :)


Kak Maria - Haha. Funny la diorang tu. Saya bukan nak sound sangat diorang tu. Tapi dah buat keje merepek, mmg dapat lah kan. Haha. :)

CAHAYA said...

mummysyafie - Tu lah. Ada je hari2 perangai orang merepek. Ada yang sebok kipas. Ada yang solat berduet ngan Imam. Macam2 lah.

yonna said...

HAHAHAHA kena sejibik! lain kali datang bawak extension plug and kipas, tala kat muka tu sampai terbang telekung!

CAHAYA said...

yonna - Mmg telekung and jubah masing2 dah macam Superman. Terbang2 sampai kena muka orang belakang. Tak senonoh btol.