Friday, January 28, 2011

drama minggu ini.

Allah itu Maha Kuasa, Maha Agung. DIA jadikan manusia ini dengan macam-macam ragam. Dalam masa 3 minggu ini je aku dah nampak macam-macam gelagat manusia. Ada yang buat aku terkejut pun ada. Haih, manusia ohh manusia.


Hidup aku makin kelam kabut sekarang ni. Study aku dah tunggang langgang. Takda masa jumpa kawan-kawan atau bertwitter. Semuanya aku habiskan bersama keluarga (dan masalah keluarga). Hidupku statik. Sudah jadi rutin. Pagi bangun jam 6.30 pagi, pergi kerja jam 7.30 pagi dan pulang jam 5.30 ptg. Kemudian ke Damansara Specialist sehingga jam 10 atau 11 malam. Balik rumah, then tidur jam 12-12.30pg. Esok pun sama. Hari selepas esok pun sama. Hari esok selepas hari selepas esok pun sama. Kecuali Sabtu, Ahad dan Public Holiday. Cliche'.


Dalam hati aku pun hampir dah takda rasa. Kosong. Aku tak sedih pun ayah aku ada kanser. Dan aku tak sedih pun the fact yang penyakit dia alami tu incurable. Jahat ke aku ni? Anak derhaka? Entahlah. Allah je tahu apa aku rasa. Mungkin pada orang yang biasa dikhianati akan rasa perkara ni perkara biasa. Ye lah, ayah kawin lagi. So kita redha. But pada aku, no way. Takda maknanya aku nak redha. Nak cakap apa pun cakaplah. Itu yang aku rasa. Ramai saudara mara cakap dengan aku suruh redha, suruh lupakan perkara itu dan beri ayah aku support sebanyak mungkin. No way, ayah korang tak kawin dua boleh la cakap. Plus, kalau ayah korang tu adil saksama, takpe jugak. Ni segala serbi tak cukup, tapi sebok nak kawin dua. Aku tak cakap yang tak cukup tu makan pakai, tempat tinggal atau duit. Tapi kasih sayang. Dah lama kot dia buat perangai, sejak aku sekolah. Siap halau-halau aku dari rumah lagi lepas aku tangkap dia ada skandal dulu. Kononnya aku buat fitnah kat dia. Bullshit.


Kalau nak ingat pasal dulu, makin panas hati aku dibuatnya. Lantak dia lah. Itu la ada peribahasa 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." Ingat diorang suka-suka je buat peribahasa, sebab ada kejadian macam ni la. Ye lah, 12 tahun kot skandal ni, tak sangka plak bila kali terakhir aku tangkap dia dengan skandal dia, masa tu diorang dah kawin. Ironinya dia bagitau masa dia sakit. Masa tu sesak nafas dan dia macam dah pasti yang dia akan pergi meninggalkan kami semua. So untuk avoid surprise, dia bagitau. So much of killing two birds in one stone. Maybe dia ingat lepas bagitau dia kanser, and lepas tu bagi tahu dia dah kawin lain tu akan buat kitorang neutral? Sorry lah. Hilang terus rasa kesian aku.


Apa-apa pun semua mungkin akan terjawab esok. Mak bapak isteri kedua ayah aku yang sebaya kakak aku tu akan datang esok untuk berbincang. Apparently ayah aku dah lafaz cerai talak 3 kat perempuan tu dalam telefon kelmarin. Tunggu dan lihat je la. Apa yang keluar dari mulut ayah aku bukan boleh percaya sangat. Kalau sebelum ni terer sangat menipu, jangan harap la aku nak percaya lagi. Macam drama kisah family aku ni. Meluat. Kalau lah ada tukar ganti keluarga macam tukar kereta, nak je aku tukar. Tak best.

5 comments:

catz said...

Salam,

Cahaya,
harap u tabah menghadapi ujian ini.
mungkin ada hikmahnya.
be strong!

catz miow

Kniedaz said...

sakit bila dikhianati oleh org yg kita sayang...be strong

(salam sis, lama tak jenguk blog ni :)

yonna said...

i miss you,akak! jarang dah nampak akak kat twitter :) semoga semua baik2 untuk akak k?

C-I-K-I-N-T-O said...

akak...hugs! xoxo

CAHAYA said...

Thanks everyone. XOXO.