Imej aku Google jek
Tempoh hari aku sempat berbual dengan Papa (bukan ayah aku) berkenaan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang patut ibubapa dan anak2 lakukan.
Papa hari2 berdoa supaya anak2 papa dilindungiNya dan dalam keadaan baik2. Tapi diorang sepatutnya sebagai seorang anak hormat pada orang tua. Lebih lagi pada Papa. Buku mana pun semua ada cakap, anak kena hormat mak ayah.
Aku jawab,
Memang semua buku tulis macam itu. Semua kitab agama, baik Islam ataupun tidak, memang ada tulis yang muda perlu hormati yang tua. Memang diorang sepatutnya jadi begitu dan begini. Tapi isunya di sini, diorang tak ikut buku. Diorang refused untuk ikut buku. So macam mana?
Aku mahu tahu di sini, ibubapa semua fikir macam Papa ke? Semua fikir yang anak mereka sepatutnya begitu dan begini tapi tidak pernah mahu tunjuk jalan kepada anak2 untuk kembali. Dalam kes ini, anak Papa tidak mahu pulang kerana merajuk Papanya berikan layanan istimewa pada anak2 yang lain.
Bila anak merajuk, Papa hanya cakap, "Pergilah, aku tak kesah. Aku tak mati tiada kau kat rumah ni." Walaupun dalam hatinya, dia mahu anaknya stay bersama dia.
Itu ego ke? Atau dia mahu tunjuk kuasanya sebagai seorang bapa. Tapi dalam masa yang sama, anak dia tak tahu pun niat bapanya begitu. Anak dia hanya tahu, bapa dia halau dia, dan bapa dia tidak mahu lihat muka dia lagi.
Kamu rasa macam mana nak settle hal ini? Dua2 besar kepala taknak bincang. Taknak bersemuka. Si anak dah berikrar takkan jejak kaki ke rumah Papanya lagi. Si bapa pula apabila di tanya orang lain, bangga riak mengatakan dia tak hadap sangat anak dia balik. Padahal dalam hatinya aku tahu dia mahu anaknya kembali.
p/s: dulu aku salute Papa sebab hubungannya dengan anak macam kawan2. Anak2 open for discussion everytime nak apa2, ataupun untuk minta advice. Tapi skang ni, entahlah. :( Aku harap yang terbaik untuk mereka semua.













